Pages

Friday, October 18

Tempat Makan Best : Nasi Arab @ Mr Kabab & Briyani Cyberjaya

Salam Jumaat Semua ...

Mesti seronok sebab besok nak cuti :) Hari ni BW nak review restoran Mr Kabab & Briyani. Restoran nasi arab dan makanan pakistani. Restoran ni cawangan cyberjaya yer, 1 lot kedai je. Yang main nya ada kat Putrajaya, 3 lot kedai tu, area Mydin. Tapi yang dekat Putrajaya tu just tengok je belum cuba pun :p

Restoran Mr Kabab cyberjaya ni sangat la cantik kalau datang waktu malam. Penuh dengan lampu-lampu yang cantik. My dotter cakap "wow! cantiknya. yeay! yeay! nak makan kat sini". Serius memang cantik dan nampak eksklusif bahagian luar and dalam. Bahagian dalam ada air-cond yer sesuai la kalau bawa anak-anak.

 Meja makan pun guna meja kayu ekslusif, bukan kerusi plastik bagai yer :p


Banyak juga selection menu nya. Tapi masa kami datang tu pizza selection semua tak ada lagi la. Harga pula standard la. Harga air kat sini murah compare ngan restoran nasi arab lain. Harga nasi pulak mahal sikit compare ngan restoran nasi arab lain.

Semua jenis air pun RM3 je tau!

Pelbagai jenis nasi untuk dipilih. Harga antara RM13-RM17.

Menu yang kami order, Lamb Mendy with Mendy Rice, Tandoori Naan Cheese dengan Tandoori Chicken. Air pula kami order Horlick Ais RM3 segelas dengan air wajib kami kalau pergi makan nasi arab, Barbican RM4 sebotol dan air mineral RM1.50 sebotol.

Lamb Mendy with Mendy Rice RM15

Rasa nasi mandi ni kureng sikit compare dengan Saba' ke Sana'a ke. Tapi daging kambing tu sedap, lembut dan tak berbau langsung. BW yang tak suka kambing pun, makan juga sikit :) Tomato cincang tu tak sedap. Tapi kuah kari tu sedap dan unik rasanya.

Tandoori Nan Cheese RM4

Roti nan ni lembut. Kuah dhal tu pun sedap. Tapi cam tade rasa cheese pun :p

Tandoori Chicken RM8

Ayam yang lembut dan penuh dengan rasa rempah ratus. Memang sedap tau. Rasanya tak sama dengan ayam tandoori kat kedai mamak yang warna merah tu. Memang lain rasanya, mesti cuba kay :)

Overall, dari segi makanan ok sedap. Mr Kabab nyer specialty actually nasi briyani, so nasi mendy tak berapa kick la :p. Kedai ni sangat cantik, bersih, servis pun cepat (maybe sebab belum ramai customer) Service charge yang dikenakan pun 5% je, tax semua takde.

Thanks For Viewing! By: BW (Buat Wanita)


6 comments:

  1. lai2 bab makanan memang menyelerakan =D

    ReplyDelete
  2. Tadi datang blog ni nak bawa entry sebelah berkenaan cara membuat kek.. alang2 terus buat blog walking kat sini huhuu.. makanan semua sedap2 huhuu

    ReplyDelete
    Replies
    1. tq sudi blogwalking kat sini ... memang sedap makanan kat mr kabab ni :)

      Delete
  3. Replies
    1. Cubalah ... sekarang tempat dia dah besar, dah ada playground :)

      Delete

TERIMA KASIH KERANA BERKUNJUNG DI 'BUAT WANITA', BLOG PERKONGSIAN CERITA, RESEPI & REVIEW. SUDI-SUDIKANLAH TINGGALKAN KOMEN DISINI KAY. THANKS :)