Pages

Tuesday, February 25

Tempat Menarik di Johor : Melawat Zoo Paling Murah Di Dunia

Selamat Pagi ... 

Korang tahu kewujudan Zoo Johor tak? :p Tak famous Zoo Johor ni. Kalau korang pernah pergi jb, korang mesti pernah nampak zoo johor ni bila lalu nak ke Masjid Sultan Abu Bakar. Nampak macam tak ada apa je dari luar. Tapi don't judge a book by it's cover tau.

Zoo Johor merupakan zoo yang paling murah didunia, sebab harga tiket masuk terkini, RM2 untuk dewasa RM1 untuk kanak-kanak. Murah giler kot, boleh pergi banyak kali, haha. Kalau mat salleh pergi ni, convert duit diorang, bape sen sangat lah. Tapi jangan underestimate dengan harga tiketnya yang murah tu kay.

Zoo Johor ni bersih terjaga. Walaupun zoo nya tak berapa nak luas tapi dalam tu complete dengan pelbagai haiwan, ada singa, harimau, unta, buaya, rusa, orang utan bagai. Dari haiwan kecil sampai haiwan besar, macam-macam ada.

Jom Layan ...

Badak Air. Time kami pergi gerimis, my nephew tu pakai penutup kepala segera :p


 Unta pun ada tau, jangan pandang remeh ngan Zoo Johor ni :p

 Batang kayu belakang tu tempat orang utan memanjat.

 Harimau pun ada. Time ni gerimis lebat sikit, penutup kepala my nephew di upgrade :p

 Kuda, lupa dah namanya, kuda kecil-kecil tu.

 Kat pentas pertunjukan burung kakak tua, excited lak dia nak gi pentas tu ;)

 Still kat area pentas pertunjukan tu.

 On the way nak pergi ke area kolam buaya.

 Ni area rusa bagai. Nyaman jer berehat kat sini bila dah penat.

Time kami pergi ni gajah je yang tak ada. Sebab time tu gajah pergi pahang buat latihan. Haiwan pun berlatih tau, haha. Tu apa yang tertulis di pintu kandang gajah tu la ;)

Klik Sini, untuk lihat Zoo KL @ Zoo Negara. Klik Sini pula, untuk lihat Zoo Taiping.
 
Thanks For Viewing! By: BW (Buat Wanita)

14 comments:

  1. memang murah pun masuk zoo johor nie...kebersihan pun ditahap memuaskan..walaupun duduk johor..tapi jarang beno ke sana..

    ReplyDelete
    Replies
    1. sebab tak ada adik kecil ke anak buah kecil ke... det's y jarang pergi kot, nanti dah ada anak terpaksa la pergi ;p

      Delete
  2. hehehe.... dulu2 masa belajar pernah TER singgah (macam tak ada motip sangat)... pastu cam ... eeee tak best nyer... sbb masa tu mmg nampak macam terbiar, haiwan pun macam tak banyak dan tak terjaga,... mungkin sekarang dah okay kot.
    lama dah tak pergi jaybee...

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu, lama dulu la, memang dari pagar pun dah nampak lalang semak semua, bayar murah pun tak hingin nak pergi :p tapi skang dah banyak yang improve

      Delete
  3. sy dlu dok johor lgsung xg lgi...heheheh

    ReplyDelete
    Replies
    1. dulu tu bila? lamaaa dulu ker?? time tu tak terurus la zoo johor ni, memang patut tak pergi ;)

      Delete
  4. eh, murahnya.. kalau zoo taiping pun dah belas2, kalau x silap..

    ReplyDelete
    Replies
    1. yups zoo taiping, zoo melaka belas-belas ringgit, zoo johor je dua hengget :p

      Delete
    2. untung lerr.. boleh pi selalu.. hehe

      Delete
    3. batul.. memang pergi la kalau balik johor, anak-anak je yg suka, ibu ayah penat :p

      Delete
  5. Amat2 memuaskan hati melawat zoo johor.. sesuai bawa anak2.. standby sapu tangan jer tuk lap peluh...

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu ... sesuai bawa anak-anak, walaupun kawasan zoo tak lah luas sangat, tapi berpeluh juga lah kan nak pusing tengok semua haiwan :)

      Delete
  6. Tgok game bola d stadium larkin yg terbaik tu pon hanya rm10.. mana dapat harga masuk stadium mcm tu... lpas p zoo, solat d masjid Sultan Abu Bakar (dpn zoo).. pastu p larkin tgok game.. best2...

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang murah kan, boleh pergi berkali-kali. tapi stadium tu kami belum pernah pergi lagi :)

      Delete

TERIMA KASIH KERANA BERKUNJUNG DI 'BUAT WANITA', BLOG PERKONGSIAN CERITA, RESEPI & REVIEW. SUDI-SUDIKANLAH TINGGALKAN KOMEN DISINI KAY. THANKS :)