Pages

Wednesday, February 12

Oh Kampungku. Tetiba Rasa Macam Nak Balik Kampung

Salam ...

Hari ni tetiba rasa cam nak balik kampung johor bila dapat sms dari schoolmate sekolah rendah. Tapi bukan ada sapa pun kat kampung kalau balik skang ni. Last sekali balik kampung, raya tahun lepas.

FYI, ayah BW dah passed away since BW darjah 5. Bila sek men pula, BW masuk mrsm kat pahang. So, time tu kakak-kakak dan abang-abang BW ambil mak duduk rumah diorang gilir-gilir. Start sek men BW pun dah jarang balik kampung. So, kami just balik kampung bila cuti panjang, raya dan raya haji. Last year mak pun passed away. Lepas ni setahun sekali pun susah kot balik kampung :(

 Si kakak posing depan rumah atuk. Rumah kampung BW memanjang ke belakang, luas boleh muat 12 adik beradik, sekali dengan anak-anak ;) Amacam, ramai tak? :p


 Rumah pun dah usang, cat pun dah tak cantik, sebab dah jadi rumah tinggal. Ni la dipanggil rumah tempat beraya :)

 Ni gambar raya tahun lepas :) Dengan best cousin la kononnya. Tapi asyik gaduh aje ;p

 Korang ada tak rak macam ni? Kebanyakan orang kampung memang ada rak kenangan macam ni :)

 Wow swimming pool? Ini bukan kat rumah BW tau, ni kat tadika kemas belakang rumah :P

 Kat jeti bersama kakak cousin kesayangan dia.

Hari pun dah nak maghrib, jom balik :)

Thanks For Viewing! By: BW (Buat Wanita)


2 comments:

  1. paling indah bila duduk di kampung

    ReplyDelete
    Replies
    1. yezze... memang nyaman dok kampung ... paling best time kecik-kecik, macam-macam pengalaman dok kampung ni :)

      Delete

TERIMA KASIH KERANA BERKUNJUNG DI 'BUAT WANITA', BLOG PERKONGSIAN CERITA, RESEPI & REVIEW. SUDI-SUDIKANLAH TINGGALKAN KOMEN DISINI KAY. THANKS :)