Pages

Saturday, March 15

Bengkung Bersalin Mana Yang Best? Yang Mudah Dipakai?

Selamat Bercuti Semua ...

Pagi ni nak survey bengkung untuk pantang kali ke-4 :) So nak share pengalaman dengan korang-korang yang tengah survey juga.

First time pantang, BW guna corset bertali macam kat bawah ni. Beli kat kedai jamu brand Sendayu Tinggi. Lebih kurang je dengan gambar ni. Leceh sikit nak pakai bengkung ni kena dua org ikat kalau nak ketat, kalau pakai sendiri memang tak ketat la. Bengkung ni bila pakai ketat, selesa sangat sebab panjang, tapi bila kita bergerak, tali mudah longgar dan akan jatuh kebawah. Leceh la asyik nak kena betulkan.

 Bengkung Bertali


Berpantang kali kedua, BW guna bengkung zap on beli kat shopping complex je. Yang ni mudah sangat, pakai sendiri pun senang ketat. Bila terjatuh kebawah pun kita senang nak betulkan, sebab just zap on. Cuma yang tak bestnya bengkung ni pendek, tak boleh nak cover semua bahagian yang nak dikempiskan tu :p

Bengkung Zap On

Kali ketiga pula, BW beli 4 Step Shape, bengkung jenis berzip secara online. Ni bengkung paling fail yang BW pernah guna. Tatau la material apa yang diguna, kotaknya tulis bahasa cina. Pakai sekali tumbuh biji-biji kecil kat perut, lepas tu perut rasa gatal mengenyam. Pakai kali kedua, biji-biji tu besar sikit dan berair. Terus BW buang kat tong sampah. Bukan setakat gatal je, saiz pendek, pastu material jenis stretchable, so tak rasa ketat ke kempis ke. Rasa buncit juga :p Tak best langsung. Terpaksa la BW guna bengkung lama, yang berpantang kali kedua tu.

Bengkung Berzip Brand 4 Step Shape

So, bila dah survey ni, BW rasa nak guna bengkung yang zap on macam berpantang kali kedua je la. Tapi nak cari yang panjang sikit. Kalau tak jumpa yang panjang, nak pakai dua sekali gus, bahagian perut yg atas satu, bawah satu, boleh tak agaknya yer ;)

Thanks For Viewing! By: BW (Buat Wanita)

3 comments:

  1. kalau pakai dua sekali, baru power.. hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan... tapi kalau tak kempis juga bukan salah bengkung la. salah ibu mengandung? haha

      Delete
    2. HAHHAHAHAHAHAHAHAHAHAHA.....

      Delete

TERIMA KASIH KERANA BERKUNJUNG DI 'BUAT WANITA', BLOG PERKONGSIAN CERITA, RESEPI & REVIEW. SUDI-SUDIKANLAH TINGGALKAN KOMEN DISINI KAY. THANKS :)