Pages

Saturday, April 12

Amalkan Makan Buah-Buahan. Murah, Sedap lagi Berkhasiat.

Selamat Berhujung Minggu ...

Hari ni nak bebel pasal buah-buahan. Skang ni banyak produk jus buahan-buahan dikeluarkan, ada yang dalam kotak, botol dan ada juga yang serbuk. Mana yang korang pilih? Makan buah-buahan segar ke makan jus segera dipasaran?

BW pilih buah-buahan segar. Disamping harganya yang murah, rasanya yang sedap, yang penting sekali tak ada bahan pewarna, pengawet dan bahan tambahan lain. Tapi la ni, kebanyakan buah-buahan dicemari racun serangga. So, make sure buang kulit dulu la sebelum makan, apa-apa jenis buah pun. Anggur tu pun kalau boleh buang kulitnya, tapi kalau tak rajin, boleh la rendam dengan air garam dalam 10 minit dan cuci bersih sebelum dimakan.

 Buah-buahan yang biasa terdapat di pasar malam. Tayah susah-susah cari :)


Rasanya tak perlu la kita beli buah-buah mahal selalu untuk dapatkan pelbagai khasiat dan nutrien. Buah-buahan macam Strawberry, Blueberry, Avacado bagai, mahal kot, beli kadang-kadang aje la kan. Kami setiap minggu pun beli buah yang sama di pasar malam. Kalau pergi mall boleh la beli anggur, kiwi tu, murah sikit ;)

Buah potong yang menjadi kegemaran kami sekeluarga.

Setiap buah mempunyai khasiat yang berbeza. So, untuk mendapatkan pelbagai khasiat dan nutrien, makanlah buah-buah campur. Selain berkhasiat, buah-buahan berserat membantu memudahkan proses buang air besar :p So, marilah kita amalkan dan ajar anak-anak banyakkan makan buah-buahan.

Thanks For Viewing! By: BW (Buat Wanita)

5 comments:

  1. baru ni duk kat rumah keje makan buah pelam je.. buat mencicah. heheh

    ReplyDelete
    Replies
    1. wahh.. sedapnya pelam muda cicah kuah rojak kan ;)~ terliur lak

      Delete
    2. ha ah.. macam2 jenis pelam ada kat rumah.. pelam epal, pelam telur, pelam harumanis.. heheh..

      Delete
    3. bestnya ada pokok pelam harumanis... sedap tuuu :)

      Delete
  2. Sedapnya tgh buat tembikai tu, tambah2 time panas ni. hehe

    ReplyDelete

TERIMA KASIH KERANA BERKUNJUNG DI 'BUAT WANITA', BLOG PERKONGSIAN CERITA, RESEPI & REVIEW. SUDI-SUDIKANLAH TINGGALKAN KOMEN DISINI KAY. THANKS :)