Pages

Friday, April 4

Tempat Menarik di Selangor : Taman Botani, Bukit Cerakah, Shah Alam

Salam Jumaat,

Hari ni baru nak post entri dua bulan lepas. Hehe. Cuti Sekolah bulan dua ituhari kami just ronda-ronda dekat Taman Botani Negara, Bukit Cerakah, Shah Alam. Ni kali ketiga kami pergi. First time dulu pergi sebab ada family day area Perkampungan Budaya dalam tu.

Tiket masuk RM3 dewasa, RM1 kanak-kanak. Bukan la best sangat sampai pergi tiga kali, cuma dalam ni ada bas mini yang my dotter suka sangat naik dan ada tempat yang diorang suka, Taman Haiwan. Ala-ala mini zoo, tapi haiwannya tak seberapa, ala-ala mati segan hidup tak mau. Boleh la kan, anak kecik bukan tau memilih :p

 Cute kan rumah kayu ni. Kalau ada sebiji macam ni kat rumah, syok main playhouse :)


 Suka lak diorang dengan lady bird ni. On the way ke rumah empat musim.

 Nama pun anak perempuan, pantang nampak bunga ;)

 Malasnya nak menunggu, macam la kat tempat lain tak ada playground, layan aje la :p

 Kami berjalan kaki sekejap, nak layan nature kononnya. Mengah BW bawa perut :)

 Ni la dia tempat faveret sangat tu, asyik-asyik nak tengok haiwan je. Sikit pun tape, asal dapat tengok

Haiwan kat sini ada la beberapa ekor, landak, rusa, kuda, burung kakak tua ...

Thanks For Viewing! By: BW (Buat Wanita)

12 comments:

  1. Kalau tak salah bunda taman ni dulu dah senyap sekejap....baru2 ni aje ni di usahakan balik kan?...

    ReplyDelete
    Replies
    1. bukan senyap terus... mati segan hidup tak mau aje, ada je yg masuk cuma tak ramai... skang ni nampak dia macam upgrade la kat bahagian depan tu, time kami datang tak siap lagi yg upgrade tu

      Delete
    2. salam

      3 tahun saya tinggal di shah alam tapi tidak berpeluang hendak pergi ke taman botani bukit cerakah shah alam. rasa rugi pulak

      Delete
    3. salam... pergi jangan tak pergi, sekadar mengisi masa lapang boleh la, anak-anak pun suka :)

      Delete
  2. Salam...

    sis... rumah mini tu kan, ada saya pernah tgk sorang akak ne, dia buat dengan anak dia dari botol2 mineral terpakai... diaorang kumpul banyak n buat rumah mini ne... subhanallah... comel betul...kreatif dan sangat bagus lah tgk effort and fun diaorang anak beranak... jeles...
    tapi tak ingat apa belog akak tu... huhuhuhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. wow... rajinnya.. pernah buat playhouse untuk doll aje pakai kotak terpakai... itu pun asyik tangguh je, lebih sebulan baru la siap :)

      Delete
  3. katpenang pun ada jugak taman botani.. hehehe.
    menabung sini..

    ReplyDelete
  4. aiza juga belum pernah berkunjung ke taman botani bukit cerakah ini.. seronok membawa anak-anak..

    ReplyDelete
    Replies
    1. yezze... kita seronok sebab tengok anak-anak seronok :) ada juga aktiviti untuk org dewasa macam jungle tracking and cycling, ramai teenagers dtg cycling

      Delete
  5. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete

TERIMA KASIH KERANA BERKUNJUNG DI 'BUAT WANITA', BLOG PERKONGSIAN CERITA, RESEPI & REVIEW. SUDI-SUDIKANLAH TINGGALKAN KOMEN DISINI KAY. THANKS :)