Pages

Thursday, May 8

Kerisauan Melanda Bila Baby Songsang Minggu Terakhir Kandungan

Salam Semua ...

Dah beberapa hari dah tak ada entry baru. Just nak nak cerita sikit kerisauan yang melanda ni. Last two days BW pergi checkup kat klinik. Kandungan dah 33 weeks. Kali ni plan nak tanya la baby lelaki ke perempuan sebab dua kali scan sebelum ni tak nampak.

 Begini agaknya kedudukan baby songsang


Tapi time scan tu doktor cakap baby kepala kat atas, kaki kat bawah. Terus jadi risau tapi tak tunjuk la reaksi kat doktor tu. Sampai lupa nak tanya jantina. Last month scan baby melintang, kepala kat tangan kanan BW, kaki kat tangan kiri BW. Skarang ni songsang pula. Doktor bagi appointment dua minggu lagi untuk scan semula. Kalau tak pusing juga, kena refer hospital terus. Dup dap dup dap ni sebab first time.

Nasib baik yang lain semuanya ok. Berat baby ok, uri ok, semua ok la kata doktor, cuma kedudukan je tak ok. Hopefully baby akan pusing dengan sendirinya. Asyik usap perut je ni, cakap dengan baby biar kepala turun bawah.

Kalau org dulu-dulu ke, mesti diorang akan minta bidan urut kan. Tapi BW memang tak berani la, takut terbelit uri. BW hanya akan ikut nasihat doktor. So, hanya mampu menunggu dan berdoa supaya baby pusing ke kedudukan normal dengan sendirinya.

Kalau korang pun pernah alami situasi macam ni, share la sikit. Supaya dapat merelaxkan minda BW ni :)

Thanks For Viewing! By: BW (Buat Wanita)

23 comments:

  1. Moga xde pape lah yg berlaku...insyallah..Allah permudahkan segalanya..

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum wbt...

    Sis BW... kita opkos lah tak ada pengalaman.. k.a.w.i.n pun belum... hehehe...

    Kita doakan semoga urusan sis dipermudahkan dan selamat sejahtera semuanya... Insya Allah...

    p/s: check up kat mana? HUKM dengarnya ramai O&G yang bagus2...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wassalam .. tq nhhas

      p/s: check up di KK terdekat je.. ni kalau kena refer hospital terdekat, Hospital Putrajaya.. HUKM jauh la :)

      Delete
  3. Assalamualaikum, semoga semua berjalan dengan baik...amiin, yang penting tawakkal dan sabar

    ReplyDelete
  4. Nur doakan semoga semuanya di permudahkan dan baik2 saja...in shaa Allah

    ReplyDelete
  5. semoga keadaan akan kembali normal ... insha Allah .

    ReplyDelete
  6. in shaa allah takda apa2 tu.. kdang2 bila dh dkat dgn due baby akan normal.

    ReplyDelete
    Replies
    1. InshaAllah, hopefully baby akan keposisi normal

      Delete
  7. x pndai sgt bab bidan ni.. tapi mak saya kata, saya dulu lahir pakai bedah. so, jenis kepala kat atas jugak la kot..
    papepon, smoga nnti dipermudahkanNya.. amiin..

    ReplyDelete
    Replies
    1. tq Pha Is ... takut juga ni takut bersalin kena bedah

      Delete
    2. insyaAllah... doa banyak2.. smoga masa bersalin nanti, apa pun caranya, smoga ianya berjalan lancar dan selamat.. amiin..

      Delete
  8. Saya doakan moga dipermudahkan lahsegala urusan .. insyallah doa banyak2 :D

    ReplyDelete
  9. doa sy moga semuanya di permudahkan.

    ReplyDelete
  10. semoga diberi keselamatan dan keselesaan

    ReplyDelete
  11. wife saya pun songsang last minit.. minggu 36 baru songsang..bby aktif tp xnak duk betul... esok scan lagi..kalau songsang lg kene refer hospital doktor kk ckp..doakan semua yer wife n bby dipermudahkan.....

    ReplyDelete

TERIMA KASIH KERANA BERKUNJUNG DI 'BUAT WANITA', BLOG PERKONGSIAN CERITA, RESEPI & REVIEW. SUDI-SUDIKANLAH TINGGALKAN KOMEN DISINI KAY. THANKS :)