Pages

Friday, May 2

Resepi Kuih Talam Honey Dew (Sukatan Cawan)

Salam...

Hari ni nak share resepi mudah. Kuih talam ni antara kuih paling mudah kot, kacau-kacau pastu kukus. Sejak ngandung ni asyik la makan manis. Nasib baik tak kena kencing manis :p Resepi ni dah dikurangkan penggunaan gula dan santan. Talam honey dew ni tak ada dipasaran tau. BW je kot yang buat, sebab suka sangat makan honey dew :)

 Inilah dia talam honey dew. Honey dew yang dikukus rasa macam nata pun ada.


Ni pula rupanya bila dipotong. Sedap dimakan sejuk :)

Bahan-Bahan;

- 1 Cawan Tepung Beras
- 1/2 Cawan Tepung Gandum
- 1 Cawan Santan
- 11/2 Cawan Air
- 1/2 Cawan Gula
- Sedikit Pewarna Merah
- Honey Dew Dipotong Dadu

Cara-Cara;

1. Masukkan tepung, gula, santan dan air. Gaul sebati.
2. Asingkan menjadi dua bahagian, kemudian masukkan sedikit pewarna merah.
3. Tuang adunan selang seli beserta dengan honey dew yang dipotong dadu tu.
4. Kukus selama 30 minit dengan api sederhana kuat.

Selamat Mencuba!

Thanks For Viewing! By: BW (Buat Wanita)

8 comments:

  1. tak pernah buat kuih talam . dulu selalu tgk bonda buat . nak try bila ada bahannya nanti .

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh cuba... senang sangat, kalau suka keras sikit guna nisbah tepung:air 1:2... kalau nak lembik sikit 1:3 ;)

      Delete
  2. 1st time dengar kuih talam honey dew nih.. hehehe.. takat kuih talam biasa2, mak pernah la buat. tapi kami anak2 x makan sangat pun.. dulu mak selalu buat atas perminaan arwah tok wan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe.. tu la takde dipasaran :p biasanya memang kuih talam ni org-org tua yang suka, org muda lebih suka kuih moden, tapi BW semua pun suka, haha :)

      Delete
  3. Saya juga first time dengan pasal kuih ini..saya memang suka makan honew dew..tak sangka pula boleh buat kuih talam

    ReplyDelete
    Replies
    1. ni resepi sendiri, buat ikut tekak sendiri dan bahan yang ada dirumah :)

      Delete
  4. nampak sedap.warna pink lagi tu..hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. sedap (perasan) hehe ... untuk penggemar honeydew .. warna pink tu nak bagi my dotter berselera :)

      Delete

TERIMA KASIH KERANA BERKUNJUNG DI 'BUAT WANITA', BLOG PERKONGSIAN CERITA, RESEPI & REVIEW. SUDI-SUDIKANLAH TINGGALKAN KOMEN DISINI KAY. THANKS :)