Pages

Thursday, December 11

Resepi Mudah Apam Balik Gebu Sukatan Cawan

Salam ...

Korang suka makan apam balik tak? Jom buat sendiri dirumah. Mudah aje. Sama macam buat pencake, cuma tambah yis dan lebihkan gula (sekali sekala) :)

Apam balik. Lebihkan kacang dan jagung memang umphh :)

Bahan-Bahan;

- 1 Cawan Tepung Gandum
- 1 Cawan Tepung Naik Sendiri
- 1 Sudu Teh Yis
- 1 Bji telur Gred A
- 5 Scoop Susu Tepung
- 5 Sudu Butter Cair
- 5 Sudu Gula (Membukit)
- Air Secukupnya.

Topping;

- GulaPasir
- Kacang Hancur
- Jagung Tin

Cara-Cara;

1. Masukkan semua bahan kedalam bekas dan bancuh guna sudu atau pukul guna mixer sehingga menjadi adunan seperti adunan kek.
2. Perap adunan selama 1 jam 30 minit. Sehingga adunan berbuih sedikit dan baunya seperti bau roti. Jangan perap terlalu lama sebab ianya akan menjadi masam dan berbau seperti tapai.
3. Panaskan tempat bakar, tuang adunan sebanyak tiga scoop senduk kecil. Bakar dengan api betul-betul perlahan.
4. Sekiranya buih-buih sudah timbul, taburkan gula, kacang tanah dan jagung.
5. Bakar sehingga nampak seperti adunan telah masak kesuamuanya dan lipat.

Bakar sampai timbul buih-buih macam ni tau.

Taburkan gula, kacang tumbuk dan jagung. Nyum~

Ni pandangan belakang. Tak berapa cun sebab tak ada pan, just guna pembakar burger tu je :)
Selamat Mencuba!

Thank for Viewing! By: BW (Buat Wanita)

8 comments:

  1. asalamualaikum...pandainya bw buat..macam senang je..nanti yan cuba..nak letak jagung banyak2... :-))

    ReplyDelete
    Replies
    1. macam buat pancake je.. cuma tambah yis n perap :) cuba lah

      Delete
  2. Sedapnya...terima kasih Puteri Wanita

    ReplyDelete
  3. Zumal suka makan apam nie... Nanti nak try buat ^-^

    ReplyDelete
  4. nak try la.. lama xmakan apam balik. kalau pegi pasar malam mesti beli :) nyumm2

    ReplyDelete

TERIMA KASIH KERANA BERKUNJUNG DI 'BUAT WANITA', BLOG PERKONGSIAN CERITA, RESEPI & REVIEW. SUDI-SUDIKANLAH TINGGALKAN KOMEN DISINI KAY. THANKS :)