Pages

Thursday, January 22

Tempat Makan Best : Nasi Arab @ Sultan Restaurant Cyberjaya

Selamat Pagi ...

Makan nasi arab je, terasa nak review. Kalau restoran yang biasa pergi, cam restoran melayu; nasi campur ataupun restoran thai; tomyam, takde mood pula nak review sebab ramai orang dan panas, so takde mood nak snap gambar :p

Kat Cyberjaya ni, restaurant nasi arab yang famous, restaurant Saba. Restoran Saba memang ramai orang, nak snap gambar pun rasa segan. Dah 10 kali kot asyik pergi Saba, kali ni kami tukar selera pula.

Kami ke Sultan Restaurant. Dari luar nampak macam restoran mewah. Kami datang malam, so lampu-lampu dia kot menyebabkan restoran nampak cam mewah. Sebab nak cuba kami masuk juga.

 Nasi Mandi dengan Beef kebab. Nasi mandi lembut dan wangi. Beef kebab tu best sangat, rempah dia tak terlalu kuat, anak pun suka. Dihidangkan bersama salad timun, limau dan mayonese. Ni BW share dengan si kakak.


 Kabsah Lamb. My hubby yang order. Dia makan dulu sikit, baru snap gambar ;) Nasi kabsah tu best, lembut je. Kambing tu pula not bad la, tak berbau pun bila BW cuba, tapi tak gemar kambing :p Dihidangkan dengan sup kambing, salad timun dan sambal arab.

Ni tempek sikit harga menu kat sini. Walaupun nampak macam restoran mewah tapi harga menunya standard la. Tak mahal sangat.

Kami order dua menu je dulu. Biasa kalau order tiga set, mengah nak habiskan. Makanan arab kan untuk perut orang arab, double saiz kita :) Plannya kalau tak kenyang nak order lagi, tapi bila habis makan semua pun dah kenyang ;)

Air takyah review la yer, biasanya kalau kami ke restoran nasi arab kami akan order barbican atau arabic tea, feeling arab la konon. Barbican kat sini mahal sikit dari tempat lain, harga RM5 sebotol. Tempat lain, biasanya RM3.50-RM4.00 ;)

Rasa: Sedap
Suasana: Selesa
Kebersihan: Bersih
Servis: Cepat
Harga: Mahal sikit dari Saba
(Compare dengan saba, sebab saba kan famous :)

Alamat: No 43-G, Biz Avenue, Neo Cyber, Cyberjaya
No Tel: 03-8318 2676 / 017-8801813
Web / Fb : Klik Sini

Klik Sini untuk review Nasi Arab @ Mr Kabab and Beriyani, Cyberjaya

Thanks For Viewing! By: BW (Buat Wanita)

23 comments:

  1. SUKA JUGA MAKAN MAKANAN ARAB SEKALI SEKALA..hihi sedapp

    ReplyDelete
    Replies
    1. sama lah... kadang-kadang makan tu yang na review. kalau selalu makan, takde mood nak review ;)

      Delete
  2. nampak menyelerakan.. bersih menjadi keutamaan.. baru lah berselera.. hihiii

    ReplyDelete
    Replies
    1. yezze betul.. kalau kotor, nak minum air pun geli :p

      Delete
  3. kebab tu nampak mnyelerakan...berbaloi dengan harga kalau sedap kan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. berbaloi.. sedap, banyak dan tak mahal mana kebab dan nasi tu belas-belas ringgit, siap share ngan anak lagi ;)

      Delete
  4. Makan nadi arab ni hubby yg ajar, kalo tak mmg tak pernah la nak makan. Tapi sue makan ayam x lalu mkn kambing.

    ReplyDelete
    Replies
    1. samalah.. kami biasa pun order ayam. husband je order kambing je kerjanya :)

      Delete
  5. awal thn hari tu ada gak cari nasi arab kat cyberjaya ni ... sudahnya mkn kat tpt sendiri je .

    ReplyDelete
    Replies
    1. la yer ke? banyak sangat restoran arab kat cyberjaya ni. ada yg harga standard ada yg harga mahal :)

      Delete
  6. Sis... dia area mana?
    Tak suka saba sbb restoran dia x bersih.
    kembang tekak... eeeeee...

    Kalo teringin kna g mr.kabab... tp rasa dia x mcm ns arab sgt. Just mcm mkn nasik kaler2 jer.
    haha...

    ReplyDelete
    Replies
    1. are neo cyber nama tempat tu. lot kedai design unik. area tu penuh dengan kedai makan. kedai melayu, mamak, arab banyak kat situ. boleh pilih mana yg suka :)

      saba tak bersih? erk.. tak pernah pula ngintai dapur dia, biasa tengok luar ok je bersih, kecuali public holiday kureng sikit sbb ramai orang. pasni tak nak makan dah ler nampaknya

      yezze, mr kabab nasi dia kurang berempah, warna je lebih. yang ni sedap. nanti cuba la :)

      Delete
    2. pernah dgr berkenaan Saba' restoran nasi arab tu..katanya ruang dapur mmg x bersih main campak2 atas lantai tapi susah nk percaya sbb x pernah lihat dgn mata sendiri

      Delete
    3. erk.. yer ke? serious tak pernah intai. dapurnya kan tertutup. bahagian yang open bersih aje. banyak kali dah makan kat sana. kalau betul-betul kotor, rasa geli pulak :p

      Delete
  7. pernah makan kat area senawang seremban.. memang sedapp.. dah lama tak pekena nasi arab nii.. lagi2 Wardah sukakan laban dia.. sini ade mkn sekali ngan laban tak? err. terliur dah nii..

    ReplyDelete
    Replies
    1. oh nasi arab damsyik kan ;) laban? yogurt ke? hehe.. 1st time dengar laban ;) erm.. dekat nasi arab damsyik tu ada sekali yogurt dihidang bersama nasi.

      Delete
  8. kalau ke sana memang terjah la. heheh nampak sedap la pulak
    tgh tnggu ofismate belanja nasi arab. berjanggut tnggu

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha ... tunggu bonus kot ;) boleh la terjah nanti yer

      Delete
  9. Hehe...tengok pun teringin ni :)

    ReplyDelete

TERIMA KASIH KERANA BERKUNJUNG DI 'BUAT WANITA', BLOG PERKONGSIAN CERITA, RESEPI & REVIEW. SUDI-SUDIKANLAH TINGGALKAN KOMEN DISINI KAY. THANKS :)