Pages

Wednesday, September 16

Resepi Mudah Sambal Sotong Hitam

Salam ...

Resepi sambal sotong. Mudah aje nak masak sambal ni, cuma perlu tunggu lama, tunggu sehingga cili masak garing aje.
cara masak sambal sotong sedap
Resepi dan cara masak sambal sotong hitam, mudah dan sedap
Sambal sotong hitam :)~
cara masak sambal sotong sedap
 Bahan-Bahan;
cara masak sambal sotong sedap
- 10 Ekor Sotong
- 10 Helai Cili Kering  (Dikisar)
- 1 Biji Bawang Kecil  (Dikisar)
- 1 Biji Bawang Besar (Dikisar)
- 1/2 Biji Bawang Besar (Dihiris)
- 2 Ulas Bawang Putih (Dikisar)
- 1/2 Cawan Minyak Masak
- Garam (Secukupnya)
- Gula (Secukupnya)
- Air Asam Jawa (Secukupnya)
cara masak sambal sotong sedap
Nota: Jika bawang besar yang digunakan bersaiz agak kecil, masukkan dua biji semasa cili dikisar. Jika bawang besar bersaiz betul-betul besar, cukup sekadar sebiji.
cara masak sambal sotong sedap
Cara-Cara;
cara masak sambal sotong sedap
1. Panaskan minyak dan masukkan bahan kisar serta gula.
2. Tumis lama sehingga naik bau, pecah minyak dan garing.
3. Masukkan sotong, bawang besar, air asam jawa dan garam.
4. Kacau lagi dan lagi sehingga air sotong kering dan sambal jadi hitam.
cara masak sambal sotong sedap
Resepi dan cara masak sambal sotong hitam, mudah dan sedap
Sambal sotong dengan hirisan bawang besar.
cara masak sambal sotong sedap
Selamat Mencuba!
cara masak sambal sotong sedap
Thanks For Viewing! By: BW (Buat Wanita)
cara masak sambal sotong sedap

10 comments:

  1. mask sambal mmg failed...tak tahan tu perlu tunggu lama pastu x de dapat warna cantik mcm ni..pastu waktu tggu cili tu masak satu hal...terpercik2 satu dapur

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu ... kalau tunggu warna hitam macam ni memang lama, tutup kuali JM barulah kurang terpecik, letih nak ngelap :

      Delete
  2. mcm2 petua kwn bagi...nak kasi warna sambal tu cantik jgn letak gula putih letak gula melaka...satu lagi part...sebelum blender cili kering tu...gigih buang biji setiap keping cili kering...kalau x buang biji tu bila blender biji tu x hancur...ada pesan letak minyak pun hasilnya sama huhuh.,.mencabar tu....so nk senang dan cepat beli je cili giling adabi..

    ReplyDelete
    Replies
    1. cili giling adabi sedap ke? lagi cepat beli siap aje JM, teringat dulu time single, memang semua beli je la, senang kerja :)

      Delete
  3. Zie Has x letak belacan eh...oklah...JM pun jenis x mkn belacan..so boleh try resipi ni tapi ganti ikan bilis

    ReplyDelete
    Replies
    1. yups memang tak letak belacan kalau masak sambal ... JM ni rajin memasak juga ni, walaupun dah banyak kali masak sambal fail, ada semangat nak masak lagi, bagus ni, kipidap :)

      Delete
  4. sedapnya.. nak cari sotong juga la nanti..

    ReplyDelete

TERIMA KASIH KERANA BERKUNJUNG DI 'BUAT WANITA', BLOG PERKONGSIAN CERITA, RESEPI & REVIEW. SUDI-SUDIKANLAH TINGGALKAN KOMEN DISINI KAY. THANKS :)