Lately ni BW layan satu rancangan realiti Let Me In dari Korea. Punyalah dahsyat penangan plastik surgery, daripada tak cantik jadi cun giler. Dahsyat tahap potong tengkorak muka jadi runcing. Yang join rancangan Let Me In pun dahsyat juga, ada yang sanggup buat loan ahlong kot, untuk datang uji rupa rancangan Let Me In ni.
Gara-Gara Plastik Surgery. |
BW juga tertarik dengan cerita Suami Saman Isteri Gara-Gara Lahirkan Anak Hodoh. Erm, plastik surgery boleh menipu pandangan mata kita, tapi baka tidak menipu. Penipuan jangka panjang ni.
Dipetik dari Sinar Harian ...
BEIJING - CHINA . Seorang lelaki di China sanggup menceraikan dan memfailkan saman ke atas isterinya hanya kerana wanita itu melahirkan anak hodoh.
Akhbar tempatan melaporkan, Jian Feng turut mendakwa dia tertipu dengan kecantikan palsu isterinya selepas wanita itu mengaku pernah melakukan pembedahan plastik di Korea Selatan sebelum mereka berkahwin.
Sebelum rahsia itu terbongkar, Feng telah menuduh wanita yang dikahwini atas dasar cinta itu mengadakan hubungan sulit dengan lelaki lain berikutan wajah anak mereka langsung tidak seirasnya atau isterinya.
Bagaimanapun, bekas isteri Feng menafikan dakwaan tersebut kerana dia percaya anak mereka mewarisi genetiknya.
Susulan daripada itu, mahkamah mengarahkan bekas isterinya membayar ganti rugi sebanyak AS$120,000 (RM370,000) kepada Feng, dipetik dari laporan TVOR.
Gara-Gara Pandai Makeup. |
Lagi satu cerita yang menarik perhatian BW, Suami Saman Isteri Kerana Terkejut Dengan Rupanya Tanpa Makeup. Makeup pun boleh menipu mata kita macam plastik surgery juga, cuma yang ni penipuan jangka pendek.
Dipetik dari Sensasi ...
Seorang lelaki bertindak menyaman isteri yang baru dikahwininya atas alasan penipuan, trauman dan penderitaan psikologi setelah melihat wajah sebenar isterinya tanpa mekap buat pertama kali.
Pagi selepas perkahwinannya, lelaki tersebut mendakwa dia terkejut melihat muka natural isterinya. Menurut lelaki tersebut, dia ditipu oleh mekap tebal wanita tersebut sebelum perkahwinan.
"Dia berkata isterinya kelihatan sangat cantik dan mempersonakan sebelum perkahwinan. Tetapi apabila dia bangun di waktu pagi dan isterinya pergi membasuh muka, dia terkejut muka isterinya sangat lain sehingga dia menyangka isterinya itu seorang pencuri".
Lelaki terbabit menyaman isterinya RM58,000.
Kepada semua perempuan diluar sana, especially yang belum berkahwin. Jangan la pula teringin nak buat kosmetik surgery ni, haram wey. Dan juga, jangan la suka makeup over-over sampai jadi lain muka tu. Biarlah bersederhana, supaya kita akan jumpa pasangan yang sederhana juga, yang boleh terima kita seadanya.
Kepada lelaki-lelaki yang belum berkahwin dan terlampau memilih rupa, nak yang cantik comel perfect, kalau korang terkena macam kes atas ni, padan muka. Hahaha :p
Jom layan salah satu episod rancangan realiti Korea, Let Me In ...
Thanks For Viewing! By: BW (Buat Wanita)
Jadi la asli jangan jadi plastik. Hehe ^-^
ReplyDeletekannn ... better jadi diri sendiri :)
DeleteBetul tu ^-^
Delete:)
Deletesalam singgah sini sis...takut nak makeup tebal nanti hubby pula yang terkejut...hihi
ReplyDeletesalam diana ... makeup tebal kalau tak pandai mau jadi hantu cina hehe :)
Deleteyang asli juga akan kekal kan ,salam ukhuwah kak ana singgah ke sini dari anajingga.com :)
ReplyDeletesalam ukhuwah kak ana :)
Deletekat cina n korea selatan mmg terknal dgn plastik surgerynya . Sbb tu jgn percaya dgn kecantikan artis korea ya ... heheheee
ReplyDeletememang ... artis korea ke jepun ke cina ke, semua cun-cun... tapi bila tengok rancangan realiti, orang kebanyakan biasa-biasa aje ... artis-artis tu plastik semua :p
DeleteHahahaa pangkah terus jejaka korea.. Oh! Kamu kamu kamu plastik!
ReplyDeletekannn ... kat korea lelaki perempuan majority plastik :p
DeleteKalau dah niat nak yg cantik bukan jatuh cinta pd hatj sama hati.. mcm2 lah jadi nyer huhuhu..
ReplyDeletekannn ... bila niat tak betul, suka sebab cantik, terkenalah akhirnya, dapat yang cantik plastik :p
DeleteCantik macam mana pun bila dah mati tetap bersatu dengan tanah..
ReplyDeletekannn ... cantik bukan hak milik selamanya :)
Deleteeuwww... tak sanggup nk ubah anugerah Allah. nk bt mcm mna skrg smua taksub nk cantik
ReplyDeletekannn, tak sanggup nak sakit demi cantik, bersyukur dengan anugerah Allah :)
Deletekalau sebut korea je mmg x boleh di pisahkan dgn plastik surgery ni ada yg ubah secara keseluruhan ada yg operate hidung je ada yg operate mats je. Parent akan hadiahkan anak mereka yg berusia 17 tahun uk buat plastik surgery n yes! Semua lelaki n perempuan korea yg cantik n perfect tu semua dh di bentuk!
ReplyDeletekannn semuanya plastik ... tak sabar nak tunggu 30 tahun lagi mesti banyak video viral kesan buruk plastik surgery ;)
Deleteada kisah JM pernah dgr si suami beristeri cantik dan dia x tahu isterinya telah buat pembedahan, si isteri cuba menipu tetapi malangnya selepas dpt zuriat anak yg d lahirkan mmg hodoh terus si suami ceraikan isterinya kerana x jujur
ReplyDeletekisah atas tu la JM, bukan setakat cerai, saman terus ;)
Delete