Jom buat puff kastard peach, senang dan sedap :) Memang senang sangat nak buat ...
pastry puff kastard peach sedap
Puff Kastard Peach |
Siap letak dalam kotak kan dah macam nak menjual pula dah ;p Actually ni BW bawa ke rumah kakak, makan dengan my anak buah. Kat rumah tak ada tipuware yang sesuai untuk letak puff kastard peach ni, tu yang BW beli kotak :)
pastry puff kastard peach sedap
Puff ready made dipotong kecil. |
Dah namanya pun puff kastard peach, so bahan utama tentulah puff pastry, tepung kastard dan peach. Puff pastry tu beli yang ready made ajer, senang kan. Manakala peach pula beli yang dalam tin, dah siap kopek, double senang :)
pastry puff kastard peach sedap
Susun potongan puff pastry dalam loyang dan bakar hingga golden brown. |
Puff ready made tu dipotong kecil-kecil, kemudian disusun dalam loyang yang telah digris dan dibakar pada suhu 180 celcius selama 15 - 20 minit sehingga puff pastry jadi golden brown. Peach pula dikeluarkan dari tin dan dipotong kecil, potong memanjang. So, kita hanya perlu masak cream kastard sahaja. Klik Sini untuk resepi asas cream kastard.
pastry puff kastard peach sedap
Bancuhan kastard dimasak hingga pekat dan licin.
Bila sejuk masukkan kedalam piping bag.
Bahan-Bahan (Cream Kastard);
pastry puff kastard peach sedap
- 1 Cawan Tepung Kastard
- 31/2 Cawan Air
- 10 Sudu Besar Susu Pekat
- 1 Sudu Besar Buttercup
pastry puff kastard peach sedap
Cara-Cara (Cream Kastard)):
pastry puff kastard peach sedap
1. Bancuhkan tepung kastard bersama air dan susu pekat hingga sebati.
2. Masak dengan api sederhana kuat dan sentiasa dikacau-kacau.
3. Masak hingga mendidih, pekat dan menggelembung.
4. Tutup api, masukkan buttercup dan kacau hingga sebati.
5. Biarkan sejuk sedikit kemudian masukkan dalam piping bag.
pastry puff kastard peach sedap
Susun puff di dalam kotak, pastikan ada plastik dibawahnya. |
Pipingkan cream kastard dia atas puff dan letak peach diatasnya. |
Ulang sehingga siap satu kotak kay :) |
Bukan untuk dijual. Hahaha perasan tak? Macam la ada yang nak order kan :p |
Selamat Mencuba!
pastry puff kastard peach sedap
Thanks For Viewing! By: BW (Buat Wanita)
pastry puff kastard peach sedap
Tergoda tengok...
ReplyDeletejemput tengok ;)
DeleteBW dah boleh buat biz dah ni, mmg berbakat bakery..
ReplyDeletehehe seronok-seronok je ni, syok buat bakery kat rumah :)
DeleteWow... Dap tuhhh... SS ske peach...
ReplyDeletesedapkan peach ... tapi kat rumah ni saya sorang ajer suka peach :)
DeleteSS pun suka peach? give 5 10!!! JM suka mkn buah peach dna suka warna peach n pink :-)
Deletesamalah kita JM ... suka peach dan warna peach :) warna pink tu my dotter yang suka
DeleteTetiba rasa tersangat lapar ^-^
ReplyDeletehehe ... belum dinner lagi kot :)
DeleteSedapnya.. Jual mesti laku ni..
ReplyDeletenyum ... laku ke kalau jual, puff pun ready made :p
Deleteingatkan masukkan buah peach dalam kulit puff tu...susun di atas je...hurmm...resipi ni mmg x leh nak try..sbb? tak de oven
ReplyDeletetayah susah-susah nak masukkan dalam tu, tempek je kat atas :) ... nanti dah ada oven leh cuba JM, guna puff ready made ajer ;)
DeleteAssalamualaikum, boleh share tak guna puff pastry brand apa? Terima kasih
ReplyDeleteWassalam ... saya guna puff pastry brand kawan. so far, kalau saya cari di hypermarket, jumpa satu brand ni jer :)
Delete