Pages

Tuesday, October 20

Mamee Chef Betul Ke Sehebat Masakan Chef?

Salam ...

Lagi food review yang tak berbayar :p Kali ni nak share pasal Mamee Chef. Betul ke Mamee Chef ni sehebat masakan chef? :)
sedap ke mamee chef
Sedap Ke Mamee Chef Ni? Berapa Harga? Apa Ada Didalamnya
Mamee Chef perisa laksa kari.
sedap ke mamee chef
Untuk review kali BW guna Mamee Chef perisa laksa kari. BW dah cuba beberapa perisa Mamee Chef antaranya Mamee Chef perisa sup cendawan shitake dan Mamee Chef perisa lontong. Yang lontong tu kauhnya sedap, sebab BW orang johor kan ;)
sedap ke mamee chef
Mamee Chef ni harganya agak mahal compare dengan mee segera yang lain. So, setiap pack mini Mamee Chef ni didatangkan dengan bahan extra seperti paste, serbuk santan (untuk perisa yang bersantan) dan sayuran kering selain daripada bahan perasa macam mee segera yang lain.
sedap ke mamee chef
Sedap Ke Mamee Chef Ni? Berapa Harga? Apa Ada Didalamnya
Didalamnya ada mee segera berbentuk bulat, paste kari, 
serbuk perasa, serbuk santan dan tauhu cili kering.
sedap ke mamee chef
Betul ke Mamee Chef ni sehebat masakan chef? Erm, memang tak la yer, dah nama pun mee segera, mee segera la juga rasanya cuma ada sedikit add on sahaja. Dari segi harga worth it la kalau sekadar nak mencuba. Tapi kalau korang selalu sangat makan mee segera especially student, lebih berbaloi beli yang biasa-biasa ajer ;)
sedap ke mamee chef
Sedap Ke Mamee Chef Ni? Berapa Harga? Apa Ada Didalamnya
Macam mee segera biasa la juga bila dah masak ;)
sedap ke mamee chef
Sama macam mee segera yang biasa-biasa tu jer bila dah masak. Cuma dari segi rasa, lebih sedap sedikit kuahnya berbanding mee segera biasa. Yang kurang sedap tu sayuran kering dia, kecil sangat dan rasa bahan pengawet pada sayuran tu macam kuat jer. Kalau sekadar nak cuba try test, best juga la kan. Next time nak cuba lagi perisa yang lain. Nak cuba sampai habis semua perisa yang ada pastu stop dah la beli ;)
sedap ke mamee chef
Thanks For Viewing! By: BW (Buat Wanita)
sedap ke mamee chef

20 comments:

  1. mummy paling suka makan maggi waktu hujan2, tak tau kenapa.. mungkin hujan sejuk, maggi panas..serasi bersama..hahaha :P

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu mummy ... kalau time hujan memang feel habis la makan megi :)

      Delete
  2. Salam singgah petang sini sis....sedapnya maggi tu sis tapi paling Diana suka mee sedap...hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam diana ... mee sedap goreng ke? yang tu memang sedap :)

      Delete
    2. Betul betul... de only yg kita suka mee goreng cap mee sedap... terbaekkk

      Delete
    3. memang terbaik mee sedap goreng tu kan :)

      Delete
  3. X pernah try lg chef ni...

    Sbb x suka sgt mkn mee segara... rasa muak.

    Tp ada je megi saji kt umah ni... simpan buat stok kecemasan... huuhuhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. mee segera ni selalu makan kat hostel dulu ... la ni dah kawin pun rajin juga beli mee segera, terbiasa agaknya ;)

      Delete
  4. Tau tak kita teringat apa?

    Hihi... kita teringat iklan megi kari kt tv tu... dialog anak perempuan dia... "pandai mak ajar megi buat mee kari"...

    Haha... kesian anak... kck2 kna kelentong ngn mak mkn megi... haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha kannn ... tapi kat rumah ni biasanya makan mee segera berdua ajer dengan encik suami, makan senyap-senyap, tak nak lah ajar anak makan megi :p

      Delete
    2. Haha... sama lh kt sini pun... mkn kna nyorok2 dr anak sedara...
      Depa yg x berkhasiat tu mmg suka...
      Eh bukan depa ja... kita pun sama...
      Hihihi

      Delete
    3. yang tak berkhasiat tu sedap ... kita yang dah tau buruk mee segera pun ngidam juga :)

      Delete
  5. pernah makan...tapi MAMEE perisa Hot Kari tetap di hati

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu ... perisa kari yang biasa tu lagi sedap kan :)

      Delete
  6. Kalau brnd mamee ni yg sedap kn kari laksa ke asam laksa..pnh cuba..mmg sedap!

    ReplyDelete
  7. Aiza tak suka sangar mamee.. Maggi kari tetap aiza suka.. ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau saya suka dua-dua ... mamee dan maggi :)

      Delete
  8. sedap pula tgk maggi.. lama xmkan.. hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. lama tak makan? bagusnya la ... kat rumah ni mee segera sentiasa ada, jadi tabiat lak :p

      Delete

TERIMA KASIH KERANA BERKUNJUNG DI 'BUAT WANITA', BLOG PERKONGSIAN CERITA, RESEPI & REVIEW. SUDI-SUDIKANLAH TINGGALKAN KOMEN DISINI KAY. THANKS :)