Pages

Saturday, October 17

Resepi Ikan Masak 3 Tiga Rasa Simple Ala Thai

Salam ...

Resepi ikan masak tiga rasa ala thai yang simple untuk semua. Kita boleh guna apa sahaja jenis ikan yang kita suka antaranya ikan siakap, jenahak, bawal, gerut dan selar. Untuk blogging kali ni BW gunakan ikan gerut.
ikan masak 3 tiga rasa sedap
Resepi ikan masak tiga 3 rasa sedap simple. Cara masak ikan siakap jenahak gerut bawal 3 tiga rasa sedap mudah
Ikan Masak Tiga Rasa
ikan masak 3 tiga rasa sedap
Bahan-Bahan;
ikan masak 3 tiga rasa sedap
- 1 Ekor Ikan
- Minyak Masak
- Sedikit Serbuk Kunyit
- 1 Batang Serai (Diketuk)
- 4 Helai Daun Limau
- 4 Biji Cili Hijau
- 1/2 Biji Bawang Holland
- Sehiris Halia
- 2 Sudu Cili Bawang Blend
- 2 Sudu Besar Sos Cili
- 1 Biji Limau Kasturi
- 1 Sudu Besar Kicap
- Garam Secukup Rasa
- Gula Secukupnya
- Sedikit Air
ikan masak 3 tiga rasa sedap
Cara-Cara;
ikan masak 3 tiga rasa sedap
1. Ikan diperap dengan sedikit serbuk kunyit dan garam.
2. Panaskan minyak masak dan goreng ikan sehingga garing, ketepikan.
3. Panaskan sedikit minyak masak dan tumis cili bawang blend hingga naik bau.
4. Masukkan halia, serai, bawang holland dadu dan cili hijau, tumis lagi hingga wangi.
5. Perahkan limau kasturi dan masukkan sos cili serta kicap, masak lagi dan kacau rata.
6. Masukkan sedikit air, secubit garam dan gula secukupnya, masak hingga mendidih.
7. Tutup api dan tuang diatas ikan yang telah digoreng garing.
ikan masak 3 tiga rasa sedap
Resepi ikan masak tiga 3 rasa sedap simple. Cara masak ikan siakap jenahak gerut bawal 3 tiga rasa sedap mudah
Ikan yang telah digoreng garing diketepikan dulu.
ikan masak 3 tiga rasa sedap
Resepi ikan masak tiga 3 rasa sedap simple. Cara masak ikan siakap jenahak gerut bawal 3 tiga rasa sedap mudah
Masak kuah tiga rasa hingga mendidih dan pekat.
ikan masak 3 tiga rasa sedap
Resepi ikan masak tiga 3 rasa sedap simple. Cara masak ikan siakap jenahak gerut bawal 3 tiga rasa sedap mudah
Tuang kuah tiga rasa diatas ikan goreng.
ikan masak 3 tiga rasa sedap
Kepada yang gemar ikan bakar, boleh la mencuba resepi ikan bakar udang kering, Klik Sini.
ikan masak 3 tiga rasa sedap
Selamat Mencuba!
ikan masak 3 tiga rasa sedap
Thanks For Viewing! By: BW (Buat Wanita)
ikan masak 3 tiga rasa sedap

24 comments:

  1. Wah senang yer resepinya. Boleh cuba ^-^

    ReplyDelete
  2. Resipi sedap ni. Kebetulan isteri Etuza gemar makan ikan no..

    ReplyDelete
    Replies
    1. samalah sy dengan isteri brother etuza, sy pun suka makan ikan :)

      Delete
  3. Ikan masak tiga rasa....sedapnya sis...

    ReplyDelete
    Replies
    1. sedap kan, nak nak makan dengan nasi panas :)

      Delete
  4. Replies
    1. kalau ada sos tiram masukkan satu sudu ... kalau tak ada pun tak apa :)

      Delete
  5. ikan gerut? ishh pertama kali dengar ni....guna ikan kembong pun boleh kan...klau ikan keli or haruan x biasa lak org masak eh?

    ReplyDelete
    Replies
    1. gerun tak nama gerut tu? :p ... ikan kembong pun boleh .. ikan keli, ikan haruan boleh kot, cer JM cuba :)

      Delete
  6. ikan tu besar or pinggan tu kecik kih kih kih

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha tu pinggan standard, ikan tu yang besar sikit ... tak besar mana pun, cukup sangat la dua orang dewasa makan ;)

      Delete
  7. Nice.... hihi...

    Slalu kita guna siakap... dan kita potong 2 supaya semua duduk dlm pinggan.. hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe ... samalah kita, biasa memang potong dua siakap ke, kerapu ke, gerut ke, semua potong dua, muat pinggan dan senang goreng ... tapi bila nak blogging haruslah goreng sekor macam kedai gitew :)

      Delete
  8. faveret ni kalau ke kedai makan.. hehee

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau order kat kedai memang terangkat la ... bila order kedai rasa sedap berganda kan :)

      Delete
  9. Thank you very much for sharing information that will be much helpful for making coursework my effective.

    ReplyDelete

TERIMA KASIH KERANA BERKUNJUNG DI 'BUAT WANITA', BLOG PERKONGSIAN CERITA, RESEPI & REVIEW. SUDI-SUDIKANLAH TINGGALKAN KOMEN DISINI KAY. THANKS :)