Resepi sambal bilis untuk adik-adik. Teringat dulu masa baru belajar masak, masak sambal ikan bilis jer pun tapi tak sedap. So, nak bagi tips sikit bagi yang baru belajar memasak :)
sambal ikan bilis sedap mudah
Sambal bilis merah pedas kurang garing pilihanku :) |
Untuk masak sambal ni kita boleh masak ikut suka hati. Boleh lebihkan minyak jika suka, boleh tambahkan air jika suka sambal sedikit cair dan boleh juga masak hingga kering. Kepada yang sukakan sambal pedas hanya biarkan sambal garing sekejap sahaja. Kepada yang tidak suka pedas, masak sambal hingga garing agak lama, hingga bertukar ke warna agak gelap.
sambal ikan bilis sedap mudah
Pastikan cili kering yang korang beli tu cili kering china bukan india. Sebab chili kering india pedasnya agak melampau, walaupun dah tumis sampai garing, still pedas giler lagi. Pastikan juga kandungan bawang mencukupi, lebih pun ok. Kalau cili blend kita kurang bawang, time kita masak cili tu tak ada bau wangi, nanti rasa sambal pun kurang sedap. Lagi satu, pastikan minyak untuk menumis cukup, kalau minyak kurang, agak kureng lah rasa sambal tu nanti.
Untuk blend cili pula, pastikan korang buang biji cili. Kalau korang rajin boleh la buang biji cili sampai licin. Kalau tak berapa rajin, buat macam BW, buang biji cili lebih kurag ajer. Caranya, gunting cili kecil-kecil kemudian ramas menggunakan surat khabar. Biasanya biji cili akan turun kebawah, so asingkan jer cili tu. Cucu bersih cili kering yang dipotong, then rebus hingga mendidih dan kembang. Tapis cili tu, kemudian blend bersama bawang. Disebabkan cili dah kembang, bila kita blend ianya senang hancur.
Sambal bilis betul-betul garing, kurang pedas dan sedikit cair.
|
Bahan-Bahan;
sambal ikan bilis sedap mudah
- 1 Cawan Bilis (Siap Kopek)
- 20 Helai Cili Kering (Dikisar)
- 2 Biji Bawang Kecil (Dikisar)
- 2 Biji Bawang Besar (Dikisar)
- 1/2 Biji Bawang Besar (Dihiris)
- 4 Ulas Bawang Putih (Dikisar)
- 1 Cawan Minyak Masak
- Garam (Secukupnya)
- Gula (Secukupnya)
- Air Asam Jawa (Secukupnya)
sambal ikan bilis sedap mudah
Nota: Jika bawang besar yang digunakan bersaiz agak kecil, masukkan empat biji semasa cili dikisar. Jika bawang besar bersaiz betul-betul besar, cukup sekadar dua biji.
sambal ikan bilis sedap mudah
Cara-Cara;
sambal ikan bilis sedap mudah
1. Panaskan minyak dan goreng ikan bilis hingga garing.
1. Keluarkan bilis dan masukkan bahan kisar serta gula.
2. Tumis lama sehingga naik bau, pecah minyak dan garing.
3. Masukkan bawang besar yang dihiris, air asam jawa dan garam.
4. Kacau lagi dan lagi sehingga kering dan sambal jadi gelap.
5. Masukkan sedikit air dan bilis goreng, kacau rata.
6. Tutup api dan hidang.
sambal ikan bilis sedap mudah
Sambal bilis garing dan kering sesuai dimakan bersama roti, cucur dan donut :) |
Sambal bilis petai agak cair kesukaan encik suami. Dia sorang ajer yang makan petai kat rumah ni ;p |
Sambal bilis sesuai dimakan dengan apa sahaja. Sedap dimakan bersama roti, cucur dan donut. Sedap juga dimakan bersama mee goreng dan bihun goreng yang tidak pedas. Lagi sedap dimakan bersama nasi lemak dan lontong :)
sambal ikan bilis sedap mudah
Klik Sini untuk resepi nasi lemak. |
Klik Sini untuk resepi lontong. |
Selamat Mencuba!
sambal ikan bilis sedap mudah
Thanks For Viewing! By: BW (Buat Wanita)
sambal ikan bilis sedap mudah
Dah lama Zumal tak buat sambal bilis. Terliur pula tengok. Esok nak buat la
ReplyDeletebuat zumal buat ... zumal ni mesti terer masak ni :)
DeleteTakde la terer sekadar boleh makan aje...
Deletelelaki kalau pandai masak dikira terer la :)
Deletesetiap kali masak sambal mesti fail astu malas nak asing biji dulu...pernah x asingkan biji cili tu bila blend x hancur...ada petua ckp waktu blend tu letak minyak still x hancur..Zie ada tips x
ReplyDeletenasib baik JM tanya, dah update dah :) ... cara buang biji tu mudah ajer, gunting kecil-kecil ramas dengan surat khabar pastu asingkan cili dari bijinya lebih kurang ajer. Cuci bersih lepas tu rebus sampai mendidih, kemudian tapis dan blend, biasanya hancur la sebab dah kena rebus :)
DeleteJM suka masak sambal yang mcm ni tak masukkan belacan...tapi kan..pernah tau letak gula pasir warna x cantik pastu JM tukar letak gula melaka
ReplyDeletenak warna gelap kena tumis lama-lama ... pastu gula pasir tu masuk awal-awal biar dia caramelized gitew :)
Deletetersangat beruntung encik suami dapat cik isteri yang terer bab memasak...boleh gemuk-gemuk gitu.
ReplyDeleteJumpa lagi dan salam singgah dari penulis blog Hero Borneo
encik suami pening bini dia asyik masak makan ajer ... yang gemuk tu diri sendiri dan anak-anak, encik suami maintain slim hahaha :)
DeleteTerliur...
ReplyDeletenyum :)~
Deletehave a nice weekend :)
ReplyDeleteSalam singgah sini sis..m.wahh..boleh lah buat di hujung minggu ni....hihi
ReplyDeletesalam diana ... masak diana masak :)
DeleteSambal makan ngan nasi lemak best.. Org ganu suka buat manis skit..
ReplyDeletekannn best makan dengan nasi lemak ... yezze orang ganu kelate suka manis sikit, orang belah selatan, johor melaka nogori suka pedas-pedas :)
Deletesy suka samabal yg agak cair ni...yg pekat sgt tgk keadaan. contoh, mcm mkn nasi lemak
ReplyDeletesama macam encik suami kat rumah ni, sebab orang kedah masak sambal cair, so dia suka cair sikit la :)
DeleteSalah satu makanan kegemaran aiza ni.. Aiza suka yang garing, sedap makan dengan roti atau boleh ratah begitu sahaja..
ReplyDeletebetul tu ... kalau garing kurang pedas sesuai sangat nak ratah :)
DeleteHaha... buat bnyk2 simpan. Mkn buat stok... time x smpt masak... bantai ni je ngn nasik or roti pun sodappp
ReplyDeletebetul tu huda ... tapi kat rumah ni jarang sangat sempat simpan, encik suami suka ratah :)
DeleteHr tu sy g jepun bwk sekilo lbh sambal ni...
DeletePack kck2...
Mkn ngn nasik... sedap nya....
bagus idea huda ni kan ... bawa sambal pack kecil-kecil. so just ambil yang nak makan ajer... huda ni rajin memasak juga nampaknya ... cuma tak upload resepi kat blog jer kan :)
DeleteAssalamualaikum. tumpang tanye, sambal bilis ni lepas ke dekat kastam jepun? insyaallah pegi akhir bulan 2 ni. cadang nak bawak homemade chocolate chip, tart nenas, sambal bilis n brownies. tapi takut tak lepas kat kastam jepun
DeleteWassalam ... boleh kot. sebab nhhas kata dia bawa sekilo ke jepun tu. cuba ke blog nhhas dan tanya lebih details... saya tak pernah jejakkan kaki ke jepun ;)
Deletesedap dimakan.. selalunya mesti letak ikan bilis banyak..
ReplyDeletekalau letak bilis banyak-banyak, memang sedap meratah :)~
DeleteThis comment has been removed by a blog administrator.
ReplyDeleteSorry, ads not allowed!
DeleteFuh, sedap tu..
ReplyDeletenyummm :)
DeleteSy pn suka sambal tumis..tp xletak belacan..garing sgt pn x..nk bt sambal mcm mak xjd..
ReplyDeletesaya pun tak suka letak belacan juga ... nak buat sambal macam mak kena practice berpuluh kali lah kot :)
DeleteSaya orng Filipina..tp sambal di best i ever tried...thanks..
ReplyDeletetak sangka orang filipina pun makan pedas ... sedap kan :)
Deleteterima kaseh. dah lama nk belajaq buat sambai ikan bilis ni. sgt sedap bila try sendiri. huhuhu dapdapp 😍
ReplyDeletesama-sama ... boleh lah masak lagi dan lagi pas ni :)
DeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeleterepeated ke? ;)
DeleteSedapnya ..trliur yg sambal ikan bilis petai tu ..sedapnya.....nyum2...nnti sahur hri ni nk buat smbal ikan bilis resepi hakak la untk en.suami....hehe...
ReplyDeletebuat jangan tak buat ... bagi encik suami sayang lebih :)
DeleteSedapnya ..trliur yg sambal ikan bilis petai tu ..sedapnya.....nyum2...nnti sahur hri ni nk buat smbal ikan bilis resepi hakak la untk en.suami....hehe...
ReplyDeletebuat jangan tak buat ... bagi encik suami sayang lebih :)
Deletesedapnya sambal tumis tu..klu cicah ngan lempeng pun sodap kan..
ReplyDeletesedapnya kan cicah dengan lempeng :)
DeleteThis comment has been removed by a blog administrator.
ReplyDeleteSorry, ads not allowed!
DeleteAlhamdulillah ... pedas sebab sis beli cili kering india ni, next time beli cili kering dari china kay, kurang pedas... pastu tumis bagi betul-betul garing tau lebihkan gula sedikit kalau kurang suka pedas :)
ReplyDeleteTerliur tengok..nampak menarik.
ReplyDeleteBolehlah cuba En. Daud Mohamad :)
Delete🌈🌈🌈💓💓💓
ReplyDeleteThis comment has been removed by a blog administrator.
ReplyDeleteSorry. Ads Not Allowed. Tq
DeleteSambal klau ltak bwang putih, xsedap.
ReplyDeleteOk jer sis, tak ada pun rasa bawang putih bila dah masak ... sedap dan wangi ... Lagipun bawang putih bagus untuk kesihatan :)
DeleteZie has, bole saya tahu, gula nak letak berapa sudu ye?
ReplyDeleteIkut citarasa masing-masing, kalau suka manis-manis sikit boleh letak banyak. Anggaran 2-5 sudu macam tu, masuk sikit-sikit dan rasa :)
DeleteJika saya pula, saya campur sedikit belacan.Citarasa memasing.TQ Sis kongsi resepi ni.
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeleteResend..
ReplyDeleteBoleh terangkan sedikit mcmna saya nak tau keadaan dah pecah minyak tu mcmna? Berapa lama perlu tumis hingga jadi pecah minyak? Minta maaf sbb saya mmg tak pandai masak.
This comment has been removed by the author.
ReplyDeleteBest Black Friday Deals 2018: Black Friday is “the day after Thanksgiving Day” celebrated in the United States. Being the most bustling day in the US and now in the UK as well, Black Friday is not a federal holiday but is a public holiday in some states. This year BlackFriday is on November 23rd, 2018. This shopping event is used to describe a “Pre-Christmas” day of high commercial sales.
ReplyDeletebest Black Friday deals 2018
Tahan lame x??
ReplyDeletekalau x ltak dlm peti??
tq
ReplyDeleteExcellent post here. I am really very impressed by your blog. You have done very great work on that blog. With my site insta stalker you can download free anything you like on instagram, please go to
ReplyDeleteIzinkan saya mengcopy resepi. Terima kasih
ReplyDelete