Siapa suka makan jeruk madu Pak Ali? BW dan encik suami suka makan jeruk madu pak ali ni. Jom buat sendiri. Resepi jeruk madu ni diambil dari label ingredients dalam pack jeruk madu Pak Ali, tapi BW tukar dengan bahan yang ada didapur :)
jeruk madu sedap senang
Jeruk madu sengkuang feveretku :) |
Kami biasa beli jeruk madu Pak Ali dari kisok-kiosk ajer. Bila time bertuah, dapat jeruk madu yang baru dibuat, masih rangup lagi jeruk-jeruk dia. Kadang-kadang dapat stok lama, semua dah lembik. Biasalah kan, stok yang sampai kat Selangor ni semua yang dah siap pack, bukannya yang fresh timbang tu. So, apa lagi, buat sendiri jer kalau nak jeruk madu yang masih rangup bila dikunyah :)
jeruk madu sedap senang
Bahan-bahan asas air jeruk madu. |
Bahan-Bahan;
jeruk madu sedap senang
- 1 Biji Sengkuang
- 2 Cawan Air (Air Tapis)
- 6 Sudu Gula (Membukit)
- 6 Sudu Madu
- 6 Sudu Cuka
- 1 Biji Laimau Kasturi (Optional)
- Garam Secukup rasa.
jeruk madu sedap senang
Actually jeruk madu Pak Ali dia guna cuka epal. Tapi mana lah ada cuka epal kat rumah ni, so just guna cuka buatan ajer dan ditambah dengan sedikit perahan limau kasturi bagi nak dapatkan rasa dan wangi limau :)
jeruk madu sedap senang
Cara-Cara;
jeruk madu sedap senang
1. Senguang dibuang kulit, dibersihkan dan dipotong saiz besar.
2. Masak air sehingga mendidih dan masukkan gula, masak lagi.
3. Masukkan madu, perahan limau, cuka dan sedikit garam.
4. Kacau rata dan masak hingga mendidih, kemudian tutup api.
5. Masukkan potongan sengkuang, kacau sedikit dan biarkan sejuk.
6. Bila dah sejuk masukkan dalam bekas bertutup dan simpan dalam fridge.
7. Simpan at least dua malam, biar rasa jeruk madu sebati dengan sengkuang.
jeruk madu sedap senang
Bila air jeruk madu dah mendidih, tutup api dan masukkan sengkuang. |
Setelah sejuk, masukkan dalam bekas dan simpan dalam fridge. |
Jeruk madu sengkuang ni boleh tahan lama kalau disimpan dalam fridge. Tapi tak sampai seminggu pun dah habis BW kerjakan. Tipulah kalau cakap rasa dia sama macam jeruk madu Pak Ali tu kan. Tapi korang kena cuba. Memang sedap jeruk madu sengkuang ni.
jeruk madu sedap senang
Bila makan jeruk madu sengkuang ni teringat kecil-kecil dulu. My brother suka bawa balik kampung sebotol besar jeruk yang batuk-batuk tu. Bila jeruk dalam balang tu dah habis, airnya masih ada banyak lagi. So, BW pergi kedai runcit, beli sengkuang, buang kulit, bersihkan dan potong masuk dalam bekas jeruk tu. Air jeruk tu jenis yang tak sihat la kot, rendam 4-5 jam ajer dah boleh makan. Memang hantu jeruk betul time kecil-kecil dulu, nasib baik exam semua score :p
jeruk madu sedap senang
Kalau korang tak suka sengkuang, korang boleh la gantikan dengan apa-apa buah yang korang suka. Warna air jeruk tu pula bergantung kepada warna madu yang kita guna. Kalau nak kuning macam jeruk madu Pak Ali tu, tambahlah sedikit pewarna kuning. Yang penting sedap dan tak batuk ;)
jeruk madu sedap senang
Selamat Mencuba!
jeruk madu sedap senang
Thanks For Viewing! By: BW (Buat Wanita)
jeruk madu sedap senang
Salam singgah sini sis....diana suka makan jeruk mangga sis...hihi
ReplyDeletesalam diana ... memang sedap kan jeruk mangga ... kalau ada mangga muda ni nak juga buat jeruk madu mangga :)
DeleteSelalu tengok yg kaler kuning..
ReplyDeletekuning tu pewarna sebenarnya ... resepi ni tanpa pewarna, tu warna asli madu :)
Deletemenarik untuk di cuba ni sis.... sini susah sikit nak jumpa sengkuang... huhu
ReplyDeletecuba tau ... kalau tak ada sengkuang, boleh gantikan dengan apa sahaja buah yang kita suka :)
Deletejeruk sengkuang blom pernah jumpa lagi, buat sendiri lagi puas hati.
ReplyDeletetak pernah jumpa eh? ... kat my kampung famous jeruk sengkuang ni ... jeruk madu pak ali pun ada jeruk madu sengkuang :)
Deletenice sharing
ReplyDeletetq :)
Deletebaru tahu
ReplyDeleteorang lelaki pun boleh buat ni ... senang :)
DeleteTambah pewarna ? Bahaya tak pewarna tu.
ReplyDeleteyups, yang kuning tu pewarna makanan ... tak la sampai tahap bahaya, tak bagus untuk kesihatan jer :)
DeleteTgk cuka terus tak jadi...
ReplyDeleteTak mo tak mo
hahaha ... apesal alergik dengan cuka ke? ;)
DeleteGastrik sampai terduduk nnt :-)
Deletela yer ker ... takut la kalau dengar gastrik ... dulu tengok member bila sakit gastrik dok hostel jer asyik pegang perut dia jer tahan sakit, memang kesian
Deletenampak sedap...tp sy ni kureng sket mkn jeruk2 ni... ;-)
ReplyDeletebagus la tak suka makan jeruk ... tak ada la mak ayah risau especially time exam :)
DeleteLama tak makan jeruk ni
ReplyDeletekannn ... bila dah dewasa memang jarang makan jeruk berbanding kecil-kecil dulu, asyik ke kedai beli jeruk :)
Deletenak makan jeruk madu pak ali kena la mai penang. heheh
ReplyDeletesyok yer la kan kalau dapat pergi penang ... nak borong jeruk madu pak ali berkilo-kilo :)
DeleteJeruk madu segkuang? nama pun menarik..mesti sedap ni
ReplyDeletekalau suka makan sengkuang calit ... sure suka makan jeruk madu sengkuang ni JM :)
DeleteJeruk madu pak ali? me! me! angkat tangan sambil tutup ketiak..kalau ada member outstation ke Penang mesti pesan beli jeruk madu ni sbb cuka x kuat, xperlu basuh sblm mkn
ReplyDeletepakai singlet ke tu kat rumah, angkat tangan sambil tuup ketiak tu hehe ... sedap kan jeruk madu pak ali, tak batuk pun kalau makan banyak :)
Deletemestilah x sama rasanya kan...sebuk jeruk madu pak ali guna cuka epal..klau Zie Has guna cuka epal mesti rasanya sama kan :-)
ReplyDeletekalau guna cuka epal, belum tentu sama kot rasa dia dengan jeruk madu pak ali, sebab sukatan bahan-bahan tak sama :)
Deletemasukkan sengkuang dalam kuah yang masih anas tu ada kemungkinan sengkuang tu lembik x..kalau bg JM biar kuah tu sejuk dulu astu masukkan sengkuang ke mcm mana
ReplyDeleteNi tanya2 ni buat x?
DeleteHaaaa kalo buat meh hantar kt saya skit jm...
Kita kn berjiran. Hihihi
ahahaahah...Huda...carikan sengkuang boleh....psst i ada nk pos something kat u
Deletetak lembik la JM ... macam buat lada hijau jeruk yang makan dengan char kueh teow tu,walaupun masukkan dalam air panas dia tak lembik, jangan rebus sudah :)
Deletehuda ... JM belajar buat dulu, buatnya kemudian kot sebab dia busy travel :)
aiza bukan penggemar jeruk.. tapi sesekali makan sedap juga..
ReplyDeletebagus la kalau tak gemar jeruk ni aiza ... jeruk bukan bagus pun untuk kesihatan, bagus untuk kesedapan tekak ajer :)
DeleteCuka tu nk guna brp byk ya
ReplyDelete