Pages

Monday, November 23

Resepi Mudah Gulai Kari Tulang Daging Lembu

Salam ...

Menu utara untuk hari ini. Gulai kari tulang daging lembu. Ini menu feveret encik suami. Selalu kalau masak menu anak-anak, pening katanya asyik masak ajer. Sekali sekala masak juga menu feveret encik suami, barulah dia tak pening kan :p
resepi kari daging tulang sedap
Resepi Mudah Gulai Kari Tulang Lembu. Cara Masak Gulai Kari Tulang Lembu. Gulai Kari Tulang Lembu Sedap Simple Senang
Gulai kari tulang daging lembu.
resepi kari daging tulang sedap
Kalau orang utara dia sebut gulai jer lah kan. Tapi sebab BW bukan orang utara mestilah sebut kari. Gulai tu maksudnya makanan berkuah. Lain negeri lain gulainya. So, tak boleh sebut gulai sahaja kalau kita bersembang dengan orang negeri lain. Kena sebut penuh, gulai kari ke, gulai tempoyak ke, gulai asam pedas ke ;)
resepi kari daging tulang sedap
Untuk masak kari tulang kali ini BW guna tulang kiub. Tulang lembu import. Encik suami tak memilih, tulang dan daging lembu import pun dia okay. So, jom masak gulai kari tulang daging lembu.
resepi kari daging tulang sedap
Bahan-Bahan;
resepi kari daging tulang sedap
- 800 Gram Tulang Lembu
- 1/2 Biji Kelapa Parut
- 3/4 Pack Rempah Kari Daging
- 6 Biji Kentang (Potong Dadu)
- Sedikit Daun Kari
- Rempah Empat Sekawan
- 2 Biji Bawang Kecil (Dihiris)
- 2 Ulas Bawang Putih (Dihiris)
- 2 Sudu Besar Minyak Masak
- Garam Secukup Rasa
resepi kari daging tulang sedap
Cara-Cara;
resepi kari daging tulang sedap
1. Kelapa parut diblend dan ditapis santannya, asingkan santan pekat dan santan cair.
2. Tulang dan isi daging lembu dimasak dalam pressure cooker selama 30 minit.
3. Panaskan minyak dan tumis bawang, daun kari serta rempah empat sekawan hingga naik bau.
4. Masukkan sedikit santan cair dan rempah kari daging, masak hingga pecah minyak.
5. Masukkan lagi santan cair serta kentang dan tulang yang telah dimasak tadi.
6. Masak hingga mendidih kemudian masukkan santan pekat, kacau rata.
7. Masukkan garam secukup rasa dan sentiasa kacau hingga mendidih.
resepi kari daging tulang sedap
Resepi Mudah Gulai Kari Tulang Lembu. Cara Masak Gulai Kari Tulang Lembu. Gulai Kari Tulang Lembu Sedap Simple Senang
Setelah siap dimasak.
resepi kari daging tulang sedap
Resepi Mudah Gulai Kari Tulang Lembu. Cara Masak Gulai Kari Tulang Lembu. Gulai Kari Tulang Lembu Sedap Simple Senang
Sedap dimakan bersama roti jala.
Klik Sini untuk resepi penuh roti jala.
resepi kari daging tulang sedap
Resepi Mudah Gulai Kari Tulang Lembu. Cara Masak Gulai Kari Tulang Lembu. Gulai Kari Tulang Lembu Sedap Simple Senang
Zoom sikit ;)
resepi kari daging tulang sedap
Sedap dimakan bersama roti jala, lempeng dan juga pulut kuning. Makan dengan nasi putih dan roti gardenia pun sedap juga. Untuk penggemar tulang, ratah pun sodap :)
resepi kari daging tulang sedap
Selamat Mencuba!
resepi kari daging tulang sedap
Thanks For Viewing! By: BW (Buat Wanita)
resepi kari daging tulang sedap

24 comments:

  1. lama tak makan gulai since duk Kedah dulu... suka makan... cecah roti jala tu lagi terbaik lah sis..:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. samalah kita ... kalau kari suka makan dengan roti jala ke, pulut ke :)

      Delete
  2. teruja nampak..sedap kelihatannya

    ReplyDelete
  3. Sedap tu zie has.. Puas hati makan.. ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang puas sebab masak sendiri kan ... boleh lah makan banyak hehe :)

      Delete
  4. Replies
    1. yups husband orang kedah ... so semua jenis kari dia suka sangat la :)

      Delete
  5. Selalu makan sup tulang jer, kari tulang belum pernah ^-^

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang jarang kan orang buat tulang masak kari :)

      Delete
  6. Tak pernah lg bt tulang masal kari...

    Slalu bt sup je

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang selalu tulang buat sup kan ... tapi bantai la buat kari sebab nak makan roti jala :)

      Delete
  7. adezzzz menggugat iman org skt ni ;-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. anies tengah sakit ke tu? sakit per? demam ke? sabar yer :)

      Delete
  8. teruja nk makan.. hahaha. terliur :P

    ReplyDelete

TERIMA KASIH KERANA BERKUNJUNG DI 'BUAT WANITA', BLOG PERKONGSIAN CERITA, RESEPI & REVIEW. SUDI-SUDIKANLAH TINGGALKAN KOMEN DISINI KAY. THANKS :)