Ini cerita beberapa hari yang lepas. Kami bercuti ke Melaka. Aktivi pertama kami di Melaka adalah mandi di kolam air panas gadek, yang terletak di Alor Gajah.
Pintu gerbang kolam air panas gadek. |
Belum masuk lagi dah excited ;) |
Muka excited semuanya bila dengar nak mandi kolam, especially diorang bertiga ni. Sebab si baby tak paham lagi mandi kolam tu apa. Diorang ingat kolam mandi macam yang diorang selalu pergi agaknya tu yang excited. Padahal kolam air panas ;p
Harga tiket kolam air panas gadek. |
Harga tiket kolam mandi air panas gadek ni murah ajer. RM5.00 untuk dewasa dan RM3.00 kanak-kanak 6-12 tahun. Ada juga disediakan mandian wap steam & sauna dengan harga RM15.00 satu jam untuk dewasa dan RM10.00 satu jam untuk kanak-kanak. Tapi kami just mandi kolam panas sahaja.
Kolam-kolam mini yang disediakan. |
Untuk pengetahuan korang tahap kebersihan kolam mandi air panas gadek ni sama ajer dari dulu. Yang ado. Enam tahun yang lepas macam ni lah juga tahap kebersihannya, sikit pun tak upgrade. Yang upgrade sikit pun harga tiket ajer. Sabor je lah.
Kolam besar pun ada, tapi lebih kotor berbanding yang lain. |
Kolam kecil pun tak bersih manalah. Boleh lah labu :p |
Bagi BW lah kan, semua kolam pun tak berapa nak bersih. Kolam besar lagi lah nampak macam kotor ajer. So, kami pilihlah kolam mini yang airnya kurang panas sikit. Padahal sama jer kot, semua pun panas sebab kami datang tengah hari. Disebabkan dah datang mandi jer lah. Tapi tak mandi sangat pun, lebih kepada jirus badan dan rendam kaki ;)
Kolam air panas gadek ni bukan lah tempat kita nak bawa family bersantai-santai. Ianya lebih sesuai untuk mereka-mereka yang ada masalah kulit, kerana kandungan airnya yang berkhasiat untuk kulit. Harga tiket yang agak murah memang berbaloi lah untuk mereka-mereka yang ada masalah kulit kan.
Banyak tempat duduk dan juga rumah rehat disediakan. |
Yang best pasal kolam air panas gadek ni, banyak rumah rehat yang disediakan. Kami pun berehat sekejap lah bila semua dah kepanasan. Berehat sambil makan coklat M&M dan keropok Mr. Potato yang ada dijual di area kaunter tiket.
Inilah kawasan air panas asal, airnya dipam dari sini tau. Yang ni memang panas giler, kalau masukkan telur pun masak kot. |
Susahnya nak snap gambar si baby ni, moody sebab panas ;) |
Si babang still excited walaupun asyik menjerit kepanasan. |
Time nak balik tu kami tanyalah, "Seronok tak mandi kolam panas?". "Seronok" jawab my dotter serentak. "Nak datang sini lagi tak?" Dua-dua pun jawab "Takkk Nakkk" Hahaha So, korang decide sendirilah seronok ke tidak :p
Thanks For Viewing! By: BW (Buat Wanita)
balik melaka,tapi tak pernah sampai ke sini lagi
ReplyDeletepasni boleh la cuba, better datang malam lah kot, tak lah panas bebeno :)
Deletedah pernah sampai
ReplyDeletekaki travel kan, mesti dah pernah sampai :)
DeleteSepatutnya pihak kolam air panas jagala kebersihan sbb kita bayar untuk masuk.
ReplyDeletetu la kan ... tapi ramai yang datang malam kot, diorang tak perasan kolam tu kotor sikit, tu yang tak improve :)
Deletedatang melaka tak pernah smpai sini..follow blog sys jika sudi
ReplyDeletepasni boleh lah singgah ... done follow G+ :)
Deletesesekali dapat rendam kaki kat dalam air panas tu mesti best.. seharusnya pihak pengurusan kena tingkatkan tahap kebersihan..
ReplyDeletememang best rendam kaki, nak rendam satu badan memang tak tahan panas... kannn patutnya diorang selalu bersihkan kolam tu :)
Deletebest best :)
ReplyDeletepart harga tiket upgrade tu mmg x blh blah ... heheheee
ReplyDeletehehe ... poyo sikit ayat tu :p
DeleteErm... x bahaya ke bwk mandi situ if x bersih?
ReplyDeleteTakut juga skrg ni mcm2...
Dgn kencing tikus nya
sebab dok pikir, air tu ada sulfur, so kuman mati lah kot. tu yang main rendam jer tu. :p
Deleteactually, dalam kolam jer kotor sikit, persekitaran tu bersih, so tak ada tikus kot. lagipun tikus tahan air panas ke? hehe
Awat comei sgt jwpn ikhlas ur dotter...
ReplyDeleteHi hi hi
budak-budak memang bagi jawapan ikhlas lah kan hahaha ;)
Deletebyk kolam air pns yg ni sy x jejak lg ;-)
ReplyDeleteni mesti dah banyak kolam air panas yang anies pergi ni kan :)
DeleteDalam kolam tu ada belerang sbb tu xbole nk bersihkn contoh mcm air perigi..mne ada org sental dlm perigi..hehehe pendapat saya la
ReplyDelete