Pages

Tuesday, December 8

Resepi Mudah Roti Chapati Capati Sukatan Cawan

Salam ...

Moh kita buat roti capati. Bahan-bahan ringkas ajer. Menu yang sihat untuk sarapan pagi dan minum petang sebab roti capati tak berminyak :)
roti capati chapati lembut sedap
Resepi Mudah Roti Chapati Capati Sukatan Cawan. Cara Buat Roti Chapati Capati. Roti Chapati Capati Sedap Lembut Gebu Simple Senang
Roti capati feveret encik suami :)
roti capati chapati lembut sedap
Untuk adunan roti capati ni boleh menggunakan tepung attar sahaja, atau tepung gandum sahaja atau campuran tepung gandum dan tepung atta. Ikut suka selera masing-masing. BW suka buat guna tepung campur.
roti capati chapati lembut sedap
Kalau tepung gandum sahaja, tak rasa macam capati pula dekat my tekak. Kalau tepung attar sahaja agak strong pula rasa rempahnya. Korang pun boleh la test nanti suka yang mana. Actually tepung atta tu bahan utamanya tepung gandum la juga :)
roti capati chapati lembut sedap
Bahan-Bahan;
roti capati chapati lembut sedap
- 1 Cawan Tepung Atta
- 1 Cawan Tepung Gandum
- Secubit Garam
- 2 Sudu Minyak Jagung
- Air Secukupnya
roti capati chapati lembut sedap
Cara-Cara;
roti capati chapati lembut sedap
1. Campurkan semua bahan kering dan gaul rata.
2. Masukkan minyak dan gaul rata lagi.
3. Masukkan air sedikit demi sedikit dan uli.
4. Uli sehingga doh lembut dan tidak melekat ditangan.
5. Bulat-bulatkan doh menjadi lima atau enam biji.
6. Leperkan menggunakan roller.
7. Pakar diatas kuali leper.
roti capati chapati lembut sedap
Minyak jagung boleh juga digantikan dengan minyak masak atau cairan butter atau pun cairan marjerin. Bila leperkan doh tu pastikan tidak terlalu nipis. Kalau terlalu nipis, bila dibakar capati jadi garing dan keras.
roti capati chapati lembut sedap
Resepi Mudah Roti Chapati Capati Sukatan Cawan. Cara Buat Roti Chapati Capati. Roti Chapati Capati Sedap Lembut Gebu Simple Senang
Bulatkan doh, leperkan dan bakar kedua-dua bahagian.
roti capati chapati lembut sedap
Resepi Mudah Roti Chapati Capati Sukatan Cawan. Cara Buat Roti Chapati Capati. Roti Chapati Capati Sedap Lembut Gebu Simple Senang
Sedap dimakan dengan kari ayam atau kari daging.
Klik Sini untuk resepi kari ayam. Klik Sini untuk resepi kari daging. 
roti capati chapati lembut sedap
Teringat masa mula kahwin dulu. Bila encik suami kata nak makan capati buatan sendiri. Jenuh menguli. Time tu kami dok rumah sewa, dapur kecil ajer. Terabur tepung satu dapur, first time buat la katakan. Terus BW cakap kat encik suami "terasa macam kahwin dengan mamak la pulak". Dah la asyik-asyik nak makan lauk kari, pastu order capati pulak dah :p
roti capati chapati lembut sedap
Thanks For Viewing! By: BW (Buat Wanita)
roti capati chapati lembut sedap

33 comments:

  1. lamanya tak makan capati.. ehhehe dapnyaaa

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau area selangor dh minta alamat. ehhehe

      Delete
    2. hehe kalau rumah sebelah boleh lah hantar sepinggan kan :)

      Delete
  2. tengok gambar da sedap, aishh kalau boleh makan nie..perghh sedapnya :)

    ReplyDelete
  3. Salam singgah pagi Zie.....sedapnya ni kalau dapat makan pagi²....

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam diana ... memang sedap buat sarapan kan :)

      Delete
  4. Replies
    1. Kalau dah cicah kari ayamm.. kurma daging.. mmg layan tu Tuan Khairuddin :D

      Delete
  5. Tepung atta ada di rumah boleh cuba buat nnt. Tq BW :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. sue pun mesti selalu buat capati ni sebab ada tepung atta :)

      Delete
  6. Uishhh la senang jer nak buat capati nie.. insyallah akan cuna try.. semua minyak tu guna minyak jagung sahaja?

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang senang ... guna minyak masak pun boleh :)

      Delete
  7. Kalau rajin blh buat guna resepi tp klu t'lajak rajin cari kat pasaaya je la kot,hehee....;-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. eh kalau terlajak rajin kena cari kat kedai mamak lah ... kalau beli kat pasaraya dapat tepung ajer, kenalah merajinkan diri :)

      Delete
  8. buat sendiri lagi bersih dan jimat.. puas makan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu ... puas makan sampai kenyang :)

      Delete
    2. oklah juga, kena bini yang mau buat apa yang laki nak makan, bila laki nak mkn apa yang laki nak mkn, kena jengok kat kedai la kot kot ada, bila jumpa tu, belom sempat nak mkn, tel dah bunyi, ada mana? ada kedai mkn, tengah mkn capati, sedap ka? bawa balik mai sebiji nak rasa. leteh leteh.

      Delete
    3. hahaha ... next time nak makan tu ajak bini dating sekali. boleh lah makan lama-lama tak ada telefon berbunyi :)

      Delete
  9. Mana lagi bagus letak minyak ke atau tak payah letak minyak, ada saya tengok dalam youtube dia tak letak minyak, ada yang setengah tuletak minyak, agak2 mana lagi elok...

    ReplyDelete

TERIMA KASIH KERANA BERKUNJUNG DI 'BUAT WANITA', BLOG PERKONGSIAN CERITA, RESEPI & REVIEW. SUDI-SUDIKANLAH TINGGALKAN KOMEN DISINI KAY. THANKS :)