Pages

Monday, January 4

Cara Deco Kek Puteri / Princess Cake Simple

Salam ...

Hari ni BW nak share cara deco kek puteri / princess kek yang sangat simple. Princess cake ni di order oleh si kakak sempena birthday dia ahad yang lepas. Besar dah si kakak, dah lapan tahun, rasa macam sekejap jer masa berlalu :)

Cara Mudah Deco Kek Puteri. Cara Deco Princess Cake Simple. Deco Princess Cake Dengan Butter Cream. Cara Deco Kek Puteri / Anak Patung / Doll Yang Simple.
Kek princess pink, special order dari si Kakak :)

Actually BW bukanlah expert bab mendeco ni, masih amatur lagi. Tapi nak share juga cara deco yang simple untuk adik-adik yang nak mencuba deco cake sendiri.

Untuk princess cake kali ini BW menggunakan carrot cake dengan orange buttercream. Macam biasalah, kalau order dari si kakak haruslah warna pink ;)

Acuan kek pula hanya menggunakan mangkuk yang ada dirumah sahaja. So, tak semi bulat pun acuan tu. Hanya perlu tuang adunan kek sehingga penuh. Bila kek dah masak, ianya akan terkeluar sikit. So, potong bahagian yang terkeluar dari mangkuk untuk digunakan buat tampal nanti.

Cara-Cara Deco Princess Cake Simple;

1. Potong bahagian bawah kek supaya rata dan terbalikkannya. Tampal lebihan kek diatasnya supaya ianya berbentuk semi bulat.

2. Lubangkan sedikit diatasnya dan cucuk anak patung / doll. Pastikan tangan anak patung diikat keatas supaya tidak terkena cream nanti.

3. Ambil butter cream menggunakan spatula dan sapu disekeliling kek. Tujuannya supaya bila kita piping cream nanti ianya mudah lekat.

4. Lorekkan corak diatas cream menggunakan batang sudu ataupun lidi. Lorekkan menjadi design dress yang kita mahu, lorek ikut suka.

5. Masukkan butter cream kedalam piping bag yang telah diisi nozzle. BW guna nozzle berbentuk bintang. Pipingkan cream diatas kek.

6. Keluarkan semua cream dari piping bag. Masukkan sedikit pewarna pink dan gaul sebati. Masukkan cream pink kedalam piping bag yang telah digunakan tadi. Pipingkan lagi cream diatas kek.

7. Ulang langkah 6 dan tambahkan lagi pewarna supaya warnanya kontra. Tapi yang BW buat warna cream tak berapa kontra la pula :p

8. Turunkan tangan anak patung dan kemaskan rambutnya. Kemudian, lekatkan ribbon atau bunga atau apa sahaja aksesori kek yang kita suka.

Cara Mudah Deco Kek Puteri. Cara Deco Princess Cake Simple. Deco Kek Princess Cake Dengan Butter Cream. Cara Deco Kek Puteri / Anak Patung / Doll Yang Simple.
1. 2. 3. 4.

Cara Mudah Deco Kek Puteri. Cara Deco Princess Cake Simple. Deco Kek Princess Cake Dengan Butter Cream. Cara Deco Kek Puteri / Anak Patung / Doll Yang Simple.
5. 6. 7. 8.

Cara Mudah Deco Kek Puteri. Cara Deco Princess Cake Simple. Deco Kek Princess Cake Dengan Butter Cream. Cara Deco Kek Puteri / Anak Patung / Doll Yang Simple.
Pandangan sisi, terserlah kecomotannya ;)

Si adik pun nak princess cake juga bila birthday dia nanti. So, BW pun cuci bersih anak patung tu dan simpan, nanti boleh guna lagi ;)

Yang best tu, nak baju princess macam sofia the first katanya. Amboi, macamlah ibu dia ni expert bab mendeco ni kan. Deco princess cake yang first time ni pun pun yang ado jer :p

Thanks For Viewing! By: BW (Buat Wanita)

10 comments:

  1. cantikla BW deco, kalo Sue memang tak reti nak buat. tahu makan je ;)
    jimat dah duit sbb buat sendiri..

    ReplyDelete
    Replies
    1. main picit jer ni sue, tu yang comot tu :p ... memang jimat kan, especially yang anak ramai, tak perlu order kek banyak kali setiap tahun ;)

      Delete
  2. cntiknye..dah boleh bukak kedai ni😊

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau comot macam ni, agaknya ada ke yang nak order yer hehe :p

      Delete
  3. cntiknye..dah boleh bukak kedai ni😊

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau comot macam ni, agaknya ada ke yang nak order yer hehe :p

      Delete
  4. Replies
    1. hehe suweett lah sangat ... sampai comot habis dapur dengan krim dek kerana tak pro men deco :p

      Delete
  5. BW buatkn lh juga birthday kek kita...
    Nk princess gak tau...

    Hi hi hi

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha. ada ke orang dewasa sambut besday dengan kek princess lagi? haru :p

      Delete

TERIMA KASIH KERANA BERKUNJUNG DI 'BUAT WANITA', BLOG PERKONGSIAN CERITA, RESEPI & REVIEW. SUDI-SUDIKANLAH TINGGALKAN KOMEN DISINI KAY. THANKS :)