Pages

Thursday, January 21

Drama Korea Tema Sejarah. Historical Korean Drama

Salam ...

Siapa kat sini peminat drama Korea? Sila angkat tangan, kita geng :) BW start terpengaruh dengan drama korea yang lagha ni sejak first year di uni.

Drama Korea Tema Sejarah. Historical Korean Drama. Drama Korea Bertemakan Sejarah Top Best. Top Historical Korean Drama Best
Historical Korean drama pertama yang BW layan :)

Tahun pertama tak ada internet kat hostel, masing-masing beli CD, share dan tukar-tukar. Tahun ketiga dah ada internet, keraplah mendownload di mirc. Adik-adik yang muda remaja mesti tak tahu apa tu mirckan :)

Drama Korea ni, bukan semua lah drama yang BW layan. Suka tengok drama dan movie yang ada unsur lawak dan yang bertemakan sejarah. Kalau drama yang sedih cintan semata memang tak syok langsung nak layan :p

So, berbalik kepada historical Korean drama. Antara drama historical pertama yang BW tengok ialah jewel in the palace @ dae jang gum. 54 episod tau. Kalau sekarang 54 episod senang-senang jer tengok kat youtube ke viki ke. Tapi dulu jenuh nak mendownload. Satu episod dipecah kepada 5-6 siri, jenuh mendownload beratus-ratus siri.

Selain jewel in the palace, banyak lagi lah historical Korean drama yang BW dah tengok. Antaranya, time slip dr. jin, faith @ the great doctor, the moon embracing the sun, syungkwan scandal. Memang layanlah historical drama korea ni, sebab bukan cinta semata kan.

Historical drama ni yang bagusnya sebab tak ada lah kiss melampau bagai. Semuanya pun berpakaian sopan ajer. Even gisaeng / pelacur pun berpakaian sopan. Tapi drama la ni, heroin pakai seksi dah macam gisaeng pun ada :p

Thanks For Viewing! By: BW (Buat Wanita)

12 comments:

  1. Dulu mmg layan cerita korea. Skrg dah x sempat nk layan. Tgk kejap2 je tv kalo sempat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu sue ... sekarang memang dah jarang juga layan, sebab tak ada masa free sangat kan ... tapi kadang-kadang curi masa juga hehehe :)

      Delete
  2. Bab cerita Korea ni pernah tengok Autumn in my heart Dan my sassy girl lepas tu tak minat dah entah mengapa

    ReplyDelete
    Replies
    1. biasa orang perempuan jer layan cerita korea ni ... lelaki memang jarang sangat lah kan :)

      Delete
  3. saya tgk drama ni . hampir semua drama korea saya layan ...

    ReplyDelete
    Replies
    1. samalah ... kalau list kan semua memang banyak lah kan vee :)

      Delete
  4. cite lama...dah pernah tgk..sedih cite!!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. yups memang citer lama ... sedih tapi best layan :)

      Delete
  5. dh berkurun tak tgk drama korea. hehee

    ReplyDelete

TERIMA KASIH KERANA BERKUNJUNG DI 'BUAT WANITA', BLOG PERKONGSIAN CERITA, RESEPI & REVIEW. SUDI-SUDIKANLAH TINGGALKAN KOMEN DISINI KAY. THANKS :)