Pages

Monday, January 18

Resepi Ikan Goreng Masak Kicap Pedas Sedap

Salam ...

Resepi mudah untuk adik-adik, ikan goreng masak kicap pedas. Mudah dimasak, sedap dimakan :)

Resepi Mudah Ikan Goreng Masak Kicap Pedas. Ikan Kembong Selar Jaket Bawal Masak Kicap. Ikan Goreng Kicap Sedap Senang Simple. Cara Masak Ikan Goreng Kicap.
Ikan goreng masak kicap pedas :)~

Resepi ni untuk dua oang makan kay. Ikan goreng masak kicap ni agak banyak sikit bahannya walaupun namanya masak kicap. Bukan macam ikan kicap bujang tu tau, yang tu kicap semata ajer :p

Bahan-Bahan;

- 3 Ekor Ikan (Digoreng)
- 2 Sudu Besar Kicap Manis
- 1 Sudu Besar Kicap Pekat
- 2 Sudu Besar Sos Cili
- 2 Sudu Besar Cili Bawang Blend
- 1 Ulas Bawang Putih (Dihiris)
- 1 Biji Bawang Kecil (Dihiris)
- 1/2 Biji Bawang Holland (Dihiris)
- Sehiris Halia
- Sedikit Serbuk Kunyit
- Sedikit Serbuk Lada Hitam
- 6 Batang Cili Pedas
- Minyak Masak
- Sedikit Air
- Garam Secukupnya

Cara-Cara;

1. Ikan diperap bersama kunyit dan garam kemudian goreng garing.
2. Panaskan minyak dalam kuali yang lain dan tumis cili bawang blend.
3. Masukkan semua bawang, halia dan cili tumis lagi hingga naik bau.
4. Masukkan kicap manis, kicap pekat dan sos cili kemudian kacau rata.
5. Masukkan serbuk kunyit serta serbuk lada hitam dan kacau lagi.
6. Masukkan sedikit air dan garam kemudian masak hingga mendidih.
7. Last sekali, masukkan ikan goreng dan gaul sebati.

Resepi Mudah Ikan Goreng Masak Kicap Pedas. Ikan Kembong Selar Jaket Bawal Masak Kicap. Ikan Goreng Kicap Sedap Senang Simple. Cara Masak Ikan Goreng Kicap.
Masukkan ikan goreng last sekali yer.

Resepi Mudah Ikan Goreng Masak Kicap Pedas. Ikan Kembong Selar Jaket Bawal Masak Kicap. Ikan Goreng Kicap Sedap Senang Simple. Cara Masak Ikan Goreng Kicap.
Zoom sikit :)

Untuk ikan, boleh guna apa sahaja jenis ikan yang kita suka. Antaranya, ikan kembung, ikan selar, ikan jaket dan ikan bawal.

Ikan goreng masak kicap pedas ni lah antara menu feveret time sekolah dulu selain asam pedas. Ini resepi my kakak sebenarnya. Disebabkan dulu suka sangat makan lauk ni, sekarang ni kerap masak lauk ni pula lah :)

Kepada peminat ikan bakar, Klik Sini untuk resepi ikan bakar udang kering.

Selamat Mencuba!

Thanks For Viewing! By: BW (Buat Wanita)

25 comments:

  1. Simple kan.. tapi yang penting sedap huhuu..dulu masa kecik mmg ayam kicap ikan kicap la yg selalu mak masam huhuhu.. :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. rasanya memang ramai yang suka makan masak kicap masa kecil ... air tangan mak memang yang paling sedap kan :)

      Delete
  2. Sedapnye tp anak2 pulak tak bole mkn pedas lg.

    ReplyDelete
    Replies
    1. anak-anak kita bagi ikan goreng ajer, asingkan untuk diorang hehe :)

      Delete
  3. Salam singgah sini zie...sedapnya...MD dan hubby pun suka makan ikan goreng kicap ni...

    ReplyDelete
    Replies
    1. senanglah diana kalau hubby pun suka ikan goreng kicap, masak selalu pun dia tak komplen ;)

      Delete
  4. kalau malas..resii ni lah yg JM akan masak...nak sedap letak kicap manis bak kata zie..perghhh

    ReplyDelete
  5. sedapnya.. ni pon tengah goreng ikan. hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. wahhh ... masak sambil blogwalking ... jangan hangus sudah la yer ;)

      Delete
  6. Memang menyelerakan masakan ini. Saya berminat untuk mencuba. Apa maksud 2 sudu besar cili bawang blend? Cili bawang blend itu apa?

    ReplyDelete
    Replies
    1. sorry, beberapa bulan ni agak kurang sihat, so tak on blog

      Delete
    2. cili bawang blend tu ... cili kering yang diblend bersama bawang putih dan bawang merah.

      Delete
  7. salam.
    sy dah cuba. sedap.
    kwn2 sy pun kata sedap.
    tq kerana share resepi tu ye.

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam ... Alhamdulillah kalau semua kata sedap. sama-sama :)

      Delete
  8. terima kasih resepi..boleh cuba ..jemput singgah blog saya ea: dirawanhartawan.blogsport.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. sama-sama ... will visit your blog later kay :)

      Delete
  9. Thanks akak share resepi nii ... harini nak tryy ❤ harap harap menjadii ....

    ReplyDelete
  10. Terime ksih bgi resepi ni.. saye lelaki merantau ke australia. Biase mmng msak yg simple2 mcm ni..

    ReplyDelete

TERIMA KASIH KERANA BERKUNJUNG DI 'BUAT WANITA', BLOG PERKONGSIAN CERITA, RESEPI & REVIEW. SUDI-SUDIKANLAH TINGGALKAN KOMEN DISINI KAY. THANKS :)