Last time dah share deco kek princess menggunakan kek carrot, Klik Sini. Kali ni nak share resepi kek carrot pula :)
Kek lobak merah / carrot cake in the making. |
Macam biasa bila buat kek, masih menggunakan resepi asas kek, Klik Sini. Cuma kuantitinya digandakan sedikit, nak bagi penuh mangkuk bulat yang ada dirumah.
Bahan-Bahan;
- 31/2 Cawan Tepung Naik Sendiri
- 2 Biji Lobak Merah (Disagat)
- 11/2 Cawan Minyak Jagung
- 11/4 Cawan Gula Kastor
- 11/2 Cawan Susu Cair
- 1 Sudu Besar Cuka
- 2 Biji Telur (Gred A)
- 1 Sudu Esen Vanilla
Cara-Cara;
1. Masukkan cuka kedalam susu dan biarkan hingga menjadi buttermilk.
2. Masukkan minyak dan telur kedalam bekas, pukul hingga sebati dan kembang.
3. Masukkan gula dan lobak merah yang telah disagat dan pukul lagi guna mixer.
4. Masukkan esen vanilla, butter milk dan tepung, pukul hingga sebati dengan perlahan.
5. Masukkan kedalam loyang yang telah digris hingga penuh.
6. Bakar pada suhu 180 darjah celcius atau kukus selama satu jam.
7. Cucuk dengan lidi untuk check sama ada dah masak ke tidak.
8. Biarkan sejuk dan hidangkan atau letakkan cream diatasnya.
Sebelum dan selepas dibakar. Untuk kek yang agak tebal, perlulah check dengan lidi sama ada dalamnya dah betul-betul masak atau tidak. |
Beginilah rupanya bila dah diterbalikkan. Yang ni dalam prosess nak deco menjadi kek princess. Klik Sini untuk lihat cara deco simple. |
Selamat Mencuba!
Thanks For Viewing! By: BW (Buat Wanita)
Salam singgah sini zie....wahh....memang kreatif zie buat kek dan mendeco kek ni...kek princess tu nampak comel jer...
ReplyDeletesalam diana ... deco tu tak pandai lagi sebenarnya, masih comot, hehe ... cer tengok :p
Deletecarrot tu kalau blend hancur boleh tak?
ReplyDeleteboleh juga ... blend bersama susu satu setengah cawan tu :)
DeleteYg ni I like... hi hi hi
ReplyDeletejemput tengok huda :)
DeleteZalim kot sttmnt jemput tengok tu...
DeleteCehhh
hahaha habis tu takan jemput makan pula kot ... dah habis kena flush dah pun hehehe :p
Deletekarot ...sedap ni
ReplyDeletecarrot cake memang sedap :)
Deletesimpan dulu resipi ni sbb belum beli oven
ReplyDeletesimpan JM simpan ;)
DeleteInSya Allah nak Cuba buat kek ni..
ReplyDelete