Pages

Sunday, January 31

Resepi Kuah Kacang Dal Dhal Simple Sedap

Salam ...

Resepi kuah kacang dhal buat semua. Kuah dhal ni feveret encik suami. Senang cerita, semua menu mamak adalah feveret encik suami :p

Resepi Kuah Kacang Dal Dhal Simple Sedap. Cara Buat Kuah Dhal Dal. Cara Masak Kuah Kacang Dhal. Kuah Dal sedap Simple Senang Mudah
Kuah kacang dhal :)~

Bahan-Bahan;

- 3 Cawan Kacang Dhal (Direndam)
- 5 Batang Cili Kering (Dipotong Tiga)
- 1 Tangkai Daun Kari
- 1 Sudu Besar Serbuk Kunyit
- 1 Jug Air Tapis
- Garam Secukup Rasa
- 3 Sudu Minyak Masak
- 1 Biji Bawang Kecil (Dihiris)
- 1 Ulas Bawang Putih (Dihiris)
- Sedikit Rempah 4 Sekawan

Bahan Kisar;

- 1 Biji Bawang Besar
- 2 Ulas Bawang Putih
- 2 Biji Bawang Kecil
- 2 Sudu Jintan Manis.
- 2 Sudu Iklan Bilis (Dikopek)

Cara-Cara;

1. Kacang dhal dicuci bersih dan direndam semalaman hingga kembang.
2. Bahagikan kacang dhal kepada dua dan blend satu bahagian hingga hancur.
3. Panaskan minyak dan tumis rempah emas sekawan dan daun kari hingga wangi.
4. Masukkan hirisan bawang kecil dan hirisan bawang putih dan tumis lagi.
5. Sediakan pressure cooker dan masukkan bahan tumis kedalamnya.
6. Masukkan kacang dhal, yang telah diblend dan yang belum diblend.
7. Masukkan bahan kisar dan air secukupnya, tutup cooker rapat-rapat.
8. Masak selama 30 minit dan tutup api, kemudian biarkan sejuk.
9. Masukkan garam secukup rasa dan gaul sebati.

Kalau korang tak ada pressure cooker, boleh gunakan periuk biasa. Cuma kena masak dengan masa yang agak lama. Dan pastikan sentiasa check dan kacau supaya tidak hangus dibahagian bawah.

Resepi Kuah Kacang Dal Dhal Simple Sedap. Cara Buat Kuah Dhal Dal. Cara Masak Kuah Kacang Dhal. Kuah Dal sedap Simple Senang Mudah
Sewaktu panas dan baru masak, kuahnya kelihatan agak cair.

Resepi Kuah Kacang Dal Dhal Simple Sedap. Cara Buat Kuah Dhal Dal. Cara Masak Kuah Kacang Dhal. Kuah Dal sedap Simple Senang Mudah
Bila dah sejuk ianya akan kelihatan pekat.

Kuah dhal paling sedap dimakan dengan roti canai. Sedap juga dimakan dengan chapati, roti puri dan lempeng. Klik Sini untuk resepi chapati. Klik Sini untuk resepi roti puri dan Klik Sini untuk resepi lempeng.

Selamat Mencuba!

Thanks For Viewing! By: BW (Buat Wanita)

14 comments:

  1. senang je rupanya nak buat kuah kacang dhal ni ye, nanti boleh try buat sbb anak2 suka makan roti canai.

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang senang jer masak dhal ni sue, yang susah nak buat roti canai hehe ... kami pun kalau makan roti canai guna yang frozen ajer :)

      Delete
  2. Wow... kuah dal.. makan ngan roti canai ni memang marvellous!

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu mummy ... memang marvelous makan dengan roti canai dan sambal bilis kan :)~

      Delete
    2. baru nak belaja2 masuk dapur🤣.. doa kan hamba berjaya,😅

      Delete
  3. mmg x de pressure cooker..perlu masak lama kalau guna periuk biasa? huhuhhu.....

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau guna periuk biasa memang kena masak lama lah ... so better beli ajer kan kalau sorang dua ajer yang nak makan :)

      Delete
  4. memang sedap makan dgn roti canai.. nasib lah tgk pg2

    ReplyDelete

TERIMA KASIH KERANA BERKUNJUNG DI 'BUAT WANITA', BLOG PERKONGSIAN CERITA, RESEPI & REVIEW. SUDI-SUDIKANLAH TINGGALKAN KOMEN DISINI KAY. THANKS :)