Pages

Sunday, February 14

Ikan Talang Masin Tulang Ikan Duri Masak Kari Nenas

Salam ...

Siapa kat sini tak pernah tahu pun pasal menu ikan masin masak kari ditambah nenas? Kalau korang tak pernah merasa, kita geng. Actually ni first time BW masak dan makan ikan masin masak kari nenas.

Ikan talang masin dan tulang ikan duri masin masak kari nenas.

Actually encik suami banyak kali sebut menu ni, dengan harapan isterinya akan masakkan agaknya. Akhirnya setelah sepuluh tahun kawin, masak juga kari ikan masin nenas ni ;)

Biasanya ikan masin ni BW masak lemak nenas ajer, Klik Sini. Kali ini encik suami sendiri yang beli ikan masin kesukaan dia, ikan talang masin dan tulang ikan duri masin. Bau jangan cakaplah, terbersin banyak kali :p

Disebabkan ini kali pertama masak dan tak pernah makan pun sebelum ni, BW masak sama macam masak lemak nenas ikan masin tu, cuma ditambah serbuk kari. Yang best tu, BW masuk serbuk kari sama banyak macam masak kari daging, Klik Sini :)

Bila dah siap masak, time panas nampak cair ajer.

Bila dah sejuk, kuahnya jadi pekat likat.

Kali ni tak share lah resepinya. Lagipun BW tak minat sangat lauk ikan masin masak kari nenas ni. Tak masuk lah dengan tekak ni. Selama ni, dari kecil ikan masin tu biasanya digoreng. Kalau masak pun masak lemak nenas ajer.

Masak banyak jugalah ikan masin kari nenas ni walaupun first time. Encik suami makan sorang sajer. Bila tanya, macam ni ke rupa kari ikan masin nenas yang dia asyik dok cakap tu? Dia kata sama ajer semuanya. Asal kari, dia suka ajer, makan sorang pun boleh habis licin ;)

Thanks For Viewing! By: BW (Buat Wanita)

6 comments:

  1. Masak kari ikan masin ni feveret time mual masa pregnant anak. Lauk ni kalo mkn mmg bertambah nasi..

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya pula ni first time makan ... macam tak serasi dengan tekak, ikan masin masak lemak nenas lebih sedap :)

      Delete
  2. sedap sangat kalau makan panas2.. nyum2

    ReplyDelete
    Replies
    1. nina pun suka makan kari ikan masin nenas ni yer :)

      Delete
    2. kalau bab ikan masin mesilah BW :)

      Delete
    3. macam my suami lah ... suka sangat ikan masin :)

      Delete

TERIMA KASIH KERANA BERKUNJUNG DI 'BUAT WANITA', BLOG PERKONGSIAN CERITA, RESEPI & REVIEW. SUDI-SUDIKANLAH TINGGALKAN KOMEN DISINI KAY. THANKS :)