Pages

Monday, February 29

Kek Lapis Sarawak Murah Di Shah Alam Selangor

Salam ...

Sekadar nak berkongsi dengan sesiapa yang dok Selangor. Kalau korang mengidam kek lapis Sarawak, tak perlu susah-susah nak kirim dengan orang lain, cari jer sendiri :)

Kek Lapis Sarawak

BW pun lepas ni kalau mengandung, mengidam kek lapis sarawak dah tahu dah nak cari kat mana. Tak payah dah nak susahkan my friend yang kat Kuching tu belikan.

Kek lapis Sarawak ni boleh dibeli di pasar tani hari ahad di Shah Alam. Dah lama kami tak ke pasar tani Shah Alam ni, tak sangka ada kek lapis sarawak feveret ku. Pergi kali ini pun disebabkan encik suami ada kerja disana. Kalau sesajer nak pergi, memang tak lah kot, jauh dari my rumah :)

Harga sepotong RM13, beli dua RM24. Dengan berat RM280 gram seperti yang tertera dikotaknya. Murah kan? Sedap pun sedap. Kek lapis sarawak memang lah sedap :)

Oreo cheese dan coklat jem.

Kek lapis yang BW beli ni perisa oreo cheese dan perisa coklat dan jem. Next time, kalau encik suami kesini lagi, boleh lah mencuba perisa yang lain :)

Thanks For Viewing! By: BW (Buat Wanita)

9 comments:

  1. thanks sis sbb share info. memang teringin nak mkn kek lapis lately ni.

    ReplyDelete
  2. kalau poss boleh la order raya nanti

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak tahu lah ada pos ke tidak, sebab ni kat booth ... kalau ada pos senang nak order kan :)

      Delete
  3. boleh terjah nnt...da laa sy ni peminat kek lapis sarawak ni ishhhhh

    ReplyDelete
    Replies
    1. terjah anies terjah ... dekat dengan rumah ke?

      Delete
  4. Hiii... Ad contact numb x?

    ReplyDelete
    Replies
    1. hai ... tu la, terlupa nak save nombor. saya sendiri pun bila nak beli tercari-cari nombor dia.

      last sekali encik suami belikan online, terkena seller yang jual tak sedap. rasa macam kek span ajer, tak rasa lemak langsung, sabo jer lah :(

      Delete
  5. Nak tanya kek lapis ni dijual di mana yerr dan berapa harga dan ada bermaca2 perisa ke??

    ReplyDelete

TERIMA KASIH KERANA BERKUNJUNG DI 'BUAT WANITA', BLOG PERKONGSIAN CERITA, RESEPI & REVIEW. SUDI-SUDIKANLAH TINGGALKAN KOMEN DISINI KAY. THANKS :)