Pages

Monday, February 8

Resepi Puding Coklat Milo Simple Senang

Salam ...

Apa dessert korang untuk hari ni? Kalau cuti-cuti tekak memang asyik terasa nak makan manis ajer. Moh kita buat puding coklat. Simple dan senang untuk disediakan. Ramai sangat share video puding coklat ni kat fb, teringin pula nak buat :)

Resepi Puding Coklat Milo Simple Senang. Cara Buat Puding Coklat Milo Sedap. Resepi Mudah Chocolate Milo Pudding
Puding milo coklat simple senang :)~

Actually stok coklat kat rumah ada sikit ajer, itu pun coklat yang kita makan bukan coklat masakan atau coklat compound pun. Stok serbuk koko pun dah habis, so BW tambahkan milo didalamnya. Asal boleh jer lah kan, bukan nak jual pun :)

Bahan-Bahan;

- 2 Cawan Susu Cair
- 1/2 Bar Milk Chocolate
- 1/2 Cawan Milo
- 2 Sudu Tepung (Membukit)
- 1/2 Cawan Gula
- Sedikit Esen Vanilla

Cara-Cara;

1. Panaskan susu hingga sedikit mendidih.
2. Bancuh tepung gandum dengan sedikit air.
3. Masukkan kedalam susu dan masak hingga pekat.
4. Masukkan coklat, milo, esen vanilla dan gula.
5. Sentiasa kacau rata supaya tidak hangus.
6. Setelah masak, masuk kedalam bekas.
7. Simpan fridge 6 jam atau semalaman.

Kalau ada gelatin halal kat rumah lagi best lah. Tak perlu masukkan banyak tepung. Puding yang BW buat ni agak cair / lembek. Kalau ditambah gelatin, lagi best sebab puding jadi keras sedikit.

Resepi Puding Coklat Milo Simple Senang. Cara Buat Puding Coklat Milo Sedap. Resepi Mudah Chocolate Milo Pudding
Tuang puding coklat kedalam bekas.

Resepi Puding Coklat Milo Simple Senang. Cara Buat Puding Coklat Milo Sedap. Resepi Mudah Chocolate Milo Pudding
Ni rupa puding coklat yang dah ready nak masukkan dalam fridge.
Bila nak makan nanti taburkan milo diatasnya kay.

Terlupa nak snap gambar bila dah keluar dari fridge. Anak-anak tak sabar nak makan. Taburkan milo diatasnya lebih cantik dan sedap. Atau masukkan kedalam mangkuk yang lain, kemudian baru lah taburkan milo.

Sewaktu panas dan masih cair, sedap dimakan cicah roti dan lempeng. Klik Sini untuk resepi ringkas lempeng. Kalau nak makan begitu sahaja, sedap dimakan bila dah simpan fridge semalaman.

Actually BW tak follow pun cara buat macam dalam video yang di share tu. Buat ikut suka ajer ni. bahan-bahan pun ikut apa yang ada di dapur. Ni namanya dessert asal ada ajer :)

Selamat Mencuba!

Thanks For Viewing! By: BW (Buat Wanita)

12 comments:

  1. makan puding tabur milo dekat atas, ya Allah nikmatnya tak terkata :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. sedap kan sue ... nak nak kalau puding yang penuh dengan coklat. puding saya ni coklat kurang lah :)

      Delete
  2. pandailah tu..x follow video pun jadi

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak follow sebab bahan-bahan tak ada sebenarnya JM ... adjust ikut bahan yang ada, so step pun ikut suka :)

      Delete
  3. banyak video masakan dlm fb tp semuanya laju.. tak menyempat nk salin resepi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. yang laju tu yang oran suka tengok ... takyah salin resepi kot, masak ikut suka, lebih kurang ajer :)

      Delete
    2. nina jenis buat takut tak jd.. hahah
      rugi lah beli bahan dh la mhal

      Delete
    3. memang sayang kalau tak jadi ... tapi kat rumah ni kalau tak berapa nak jadi pun, habis licin juga, so boleh lah masak ikut suka :)

      Delete
  4. kadang2 bab masak ni kena ikut citarasa sendiri sbb lebih kena dgn tekak :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu ... masak ikut citarasa kita dan bahan yang ada didapur :)

      Delete
    2. kadang2 tu kalau kurang bahan main campak2 jd jugak. ikut nasib lah :)

      Delete
    3. betul tu, campak-campak pun jadi jer sebenarnya :)

      Delete

TERIMA KASIH KERANA BERKUNJUNG DI 'BUAT WANITA', BLOG PERKONGSIAN CERITA, RESEPI & REVIEW. SUDI-SUDIKANLAH TINGGALKAN KOMEN DISINI KAY. THANKS :)