Pages

Saturday, March 5

Hari Kantin 2016 Bananana @ Alamanda Putrajaya

Salam ...

Ini cerita pagi tadi. Kami ke Alamanda Putrajaya. My dotter berdua tu nak pergi Hari Kantin Bananana yang diadakan di area kolam Esplanade shopping mall Alamanda.

Hari Kantin 2016 Banana @ Esplanade Alamanda Putrajaya.

Apa yang ada di Hari Kanti Bananana ni? Ada booth makanan lah, nama pun hari kantin kan. Ada juga persembahan dari pelajar sekolah. Untuk persembahan, banyak jugalah sekolah yang join. Kita boleh nampak ramai pelajar-pelajar dengan costume yang pelbagai. Tapi panas lah, kami tengok sekajap ajer, lepas tu masuk semula dalam mall.

Untuk membeli makanan yang ada dijual di booth-booth pula, kita kena beli kupon. Mimimum kupon yang boleh dibeli RM10. Tapi tak banyak sekolah yang join. Adalah 10 gerai ajer. Itupun 2 darinya, gerai Bananana. Apesal lah tak ramai sekolah yang join. Hurmmm ...

Baru sampai terus beratur depan badut nak kan belon :)

Dapat pun belon 'love' puas hati dah lah :)

Selfie dengan Boboiboy, Yaya, Gopal dan Ying.

Bergambar dengan props pelajar sekolah yang nak buat persembahan :)

Lagi selfie dengan maskot. Awang khenit, badang dan shasa super squad.

Bergambar dengan pelajar sekolah yang tengah tunggu turn nak buat persembahan.

Selain ada hari kantin di area esplanade, ada juga booth promosi Boboiboy di tengah mall. Seronoklah budak berdua ni. Ada pertandingan mewarna dan game susun puzzle di booth Boboiboy.

Pentas Boboiboy. Time tak ada pengacara, boleh lah sesuka hati naik pentas :)

Bobiboy dan yaya.

Sibuk nak bergambar dengan patung Boboiboy kuasa tiga.
Bila suruh bergambar dengan maskot, bukan main takut lagi dia ;)

Overall, tak lah meriah mana Hari Kantin Bananana ni. Tak lah semeriah Karnival Upin & Ipin, Klik Sini. Tapi, best lah, BW memang suka kalau tak meriah sangat, senang nak pusing, taklah bersesak-sesak :)

Thanks For Viewing! By: BW (Buat Wanita)

12 comments:

  1. Replies
    1. meriah juga ... anak-anak yang suka sangat hari kantin ni :)

      Delete
  2. Weih best nya... kiteorg g alamanda lps maghrib smlm... hahaha... x tau pun ada karnival hari kantin ni...

    Hihihi.... cer pm lenkali

    ReplyDelete
    Replies
    1. lepas maghrib? alaa habis dah la kan. 10.00 am sampai 6.00pm jer kalau tak silap.

      takpelah ... hari kantin ni untuk budak-budak jer, nak membeli makanan pun jenuh beratur belakang budak sekolah :p

      Delete
  3. wahh ada boboi la.. ish teruja kejap

    ReplyDelete
    Replies
    1. siapa yang teruja ni? mummy ke hero-hero mummy? ;)

      Delete
  4. kalo macam ni punyer meriah mummy pun naik join la. hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. tahun depan manalah tahu diorang tukar lokasi kat melaka pula, boleh lah mummy join :)

      Delete
  5. meriahnyaaa.. sesuai la utk kanak2 yg sukakan kartun mcm ni :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu la ... sesuai untuk orang yang ada anak-anak atau adik kecil event macam ni :)

      Delete
  6. Replies
    1. wahhh jinak betul harimau kalau macam tu ;)

      Delete

TERIMA KASIH KERANA BERKUNJUNG DI 'BUAT WANITA', BLOG PERKONGSIAN CERITA, RESEPI & REVIEW. SUDI-SUDIKANLAH TINGGALKAN KOMEN DISINI KAY. THANKS :)