Pages

Wednesday, March 16

Resepi Spaghetti Goreng Cendawan Ala Aglio Olio

Salam ...

Sebelum ni dah share Resepi Mushroom Sauce, Klik Sini. Ada lagi sikit cendawan butang dalam tin, so moh la kita masak spaghetti goreng cendawan ala aglio olio. Tapi tak ada seafood didalamnya, so ala-ala sajer. Menu vegetarian pula lah untuk hari ini :)

Resepi Spaghetti Goreng Cendawan Ala Aglio Olio Senang Mudah Cepat Sedap Simple
Spaghetti goreng dengan tiga jenis cendawan.

Actually untuk resepi spaghetti goreng cendawan ala aglio olio ni, BW gunakan tiga jenis cendawan. Cendawan butang, cendawan tiram dan cendawan shimeji. Kepada sesiapa yang nak tahu rupa cendawan shimeji boleh Klik Sini.

Bahan-Bahan;

- 1/2 Pack Spaghetti (Direbus)
- 1 Ulas Bawang Putih (Cincang Halus)
- 1/2 Biji Bawang Holland (Potong Dadu)
- 1/2 Sudu Besar Butter
- 1/2 Sudu Besar Minyak Masak
- Cendawan Butang (Dipotong)
- Cendawan Tiram (Dicarik)
- Cendawan Shimeji
- Sedikit Mix Herbs
- Garam Secukup Rasa

Cara-Cara;

1. Panaskan butter dan minyak masak kemudian tumis bawang hingga wangi.
2. Masukkan spaghetti yang telah direbus bersama sedikit mix herbs dan garam.
3. Masukkan cendawan butang, cendawan tiram dan cendawan shimeji.
4. Gaul rata kesemuanya dan tutup api.

Step by Step Cara Masak Spaghetti Goreng Cendawan Ala Aglio Olio Senang Mudah Cepat Sedap Simple
Langkah-langkah mudah nak goreng spaghetti ala aglio olio.

Cara Masak Spaghetti Goreng Cendawan Ala Aglio Olio Senang Mudah Cepat Sedap Simple Pedas
Untuk orang dewasa haruslah tambah cili flakes bila nak makan.
Tekak melayu mesti nak pedas kan :)

Kepada penggemar cheese boleh cuba masak spaghetti ataupun pasta menggunakan kepingan cheese cheddar sahaja, Klik Sini.

Selamat Mencuba!

Thanks For Viewing! By: BW (Buat Wanita)

33 comments:

  1. Suka sangat Aglio Olio! Nampak sedap nie!

    ReplyDelete
  2. Sedapnye. Anak2 pun suka makan spaggeti aglio olio ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. sedapkan ... mudah pula tu nak masak, anak-anak pun suka :)

      Delete
  3. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  4. apa jadi dengan projek cendawan dulu tu? still continue ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. gagal lah huda ... hangat-hangat taik ayam jer tau hehe :)

      Delete
  5. betullah nhhas , dulu zie ada projek tanam cendawan tiram kan ...

    ReplyDelete
    Replies
    1. dah gagal dah vee ... bersemut lah, plastik berlubang lah, last sekali give up ;)

      Delete
  6. kalau tambah sos carbonara tu lg best.. dgn cendawan yg banyak.. nyum3x..

    ReplyDelete
    Replies
    1. spaghetti carbonara cendawan memang terbaik :)

      Delete
  7. bestnyaaa banyak cendawan.. tu best kalo masak sendiri. letak semua nak letak..

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu, letak semua ... baru puas hati makan :)

      Delete
  8. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  9. sedapnyaaaa lama tak masak. hehehee

    ReplyDelete
  10. sedapnya! cili flakes tu wajibkan..sama la ngan mummy..

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu mummy ... kalau tak ada cili flakes, rasa ada kurang sesuatu :)

      Delete
  11. Penulis2 blog yang suka masak dan makan ni mesti nak join kelas memasak bersama chef profesional iaitu Dato Chef Ismail. Bukan setakat ilmu dapat lagi hadiah2... boleh terjah blog >> http://www.mahamahu.com/2016/05/nak-memasak-bersama-dato-chef-ismail.html

    ReplyDelete
    Replies
    1. ok dah tengok dah mahamahu baking cotton cheese cake dengan chef ismail kat TV :)

      Delete
  12. adakala mencuba sesuatu yang baru menarik juga

    ReplyDelete
    Replies
    1. kannn tukar selera ... disamping guna apa yang ada dalam fridge :)

      Delete
  13. ni yg rs blk ni nk trs buat hahahaha

    ReplyDelete

TERIMA KASIH KERANA BERKUNJUNG DI 'BUAT WANITA', BLOG PERKONGSIAN CERITA, RESEPI & REVIEW. SUDI-SUDIKANLAH TINGGALKAN KOMEN DISINI KAY. THANKS :)