Pages

Thursday, July 28

Berhujung Minggu Di Pantai Bagan Lalang Sepang

Salam ...

Ini cerita dua minggu yang lepas. mood nak upload baru datang hari ni ;) Kami sekeluarga berhujung minggu di Pantai Bagan Lalang Sepang. Actually sebelum ni dah beberapa kali lah kesana, tapi lama dah lah. Kali ni, Pantai Bagan Lalang dah banyak fasiliti berbanding dulu.

Tempat Menarik Dan Best Di Selangor. Pantai Bagan Lalang Sepang. Apa Yang Best Di Pantai Bagan Lalang. Makan Seafood Dan Ikan Bakar Di Pantai Bagan Lalang.
Bagan Lalang @ Sepang. Dulu kami datang, signboard ala Hollywood ni belum ada lagi.

Apa yang menariknya di Pantai Bagan Lalang ni? Hurm, tak ada apalah sangat yang menariknya, lebih kurang macam Pantai Morib lah juga, Klik Sini. Pantai ni sesuai untuk family nak bersantai-santai bersama keluarga. Sesuai untuk bermain pasir, berkelah, berkhemah dan BBQ, memang ramai family yang datang kesini. Cuma untuk mandi-manda tu air lautnya tak berapa nak cun.

Tempat Menarik Dan Best Di Selangor. Pantai Bagan Lalang Sepang. Makan Seafood Dan Ikan BakarBerkelah Berkhemah BBQ Mandi Manda Main Pasir Di Pantai Bagan Lalang Sepang Best.
Sampai-sampai jer terus kami berkelah. Kami just bawa nasi lemak dan snek.
Mak buyung tak larat nak masak banyak. Lagipun anak-anak kecil tak cerewet kan ;)

Tempat Menarik Dan Best Di Selangor. Pantai Bagan Lalang Sepang. Apa Yang Best Di Pantai Bagan Lalang. Makan Seafood Dan Ikan Bakar Di Pantai Bagan Lalang.
Habis makan, terus tak sabar nak main pasir si kakak berdua ni.

Tempat Menarik Dan Best Di Selangor. Pantai Bagan Lalang Sepang. Makan Seafood Dan Ikan BakarBerkelah Berkhemah BBQ Mandi Manda Main Pasir Di Pantai Bagan Lalang Sepang Best.
Si boboi boy, kami tak bagi main pasir pun, sebab masih awal nanti kotor pula.

Tempat Menarik Dan Best Di Selangor. Pantai Bagan Lalang Sepang. Apa Yang Best Di Pantai Bagan Lalang. Makan Seafood Dan Ikan Bakar Di Pantai Bagan Lalang.
Bila dah petang, barulah kami benarkan diorang main pasir puas-puas.

Tempat Menarik Dan Best Di Selangor. Pantai Bagan Lalang Sepang. Makan Seafood Dan Ikan BakarBerkelah Berkhemah BBQ Mandi Manda Main Pasir Di Pantai Bagan Lalang Sepang Best.
Dapat main pasir ke tidak ke, excited jer muka dia dari mula sampai ;)

Tempat Menarik Dan Best Di Selangor. Pantai Bagan Lalang Sepang. Apa Yang Best Di Pantai Bagan Lalang. Makan Seafood Dan Ikan Bakar Di Pantai Bagan Lalang.
Kalau anak-anak tak suka main pasir, ada juga playground disediakan, agak besar jugalah.
Anak-anak BW pun nak main playground juga sebenarnya, tapi disebabkan tak larat nak jaga,
BW cakap lah, setakat playground kat rumah pun ada ;)

Tempat Menarik Dan Best Di Selangor. Pantai Bagan Lalang Sepang. Makan Seafood Dan Ikan BakarBerkelah Berkhemah BBQ Mandi Manda Main Pasir Di Pantai Bagan Lalang Sepang Best.
Malamnya kami makan di Restoran Ikan Bakar D'Bagan. Sejam lebih menunggu.

Kalau ke Bagan Lalang ofcourse lah semua orang pun nak pekena makanan laut segar kan. First-first kami pergi restoran area tepi pantai, tapi bila beratur nak pilih ikan, pekerja kat situ inform dua jam lebih lagi baru siap, untuk yang sanggup menunggu sahaja. Kami pun berpindah ke Restoran Ikan Bakar D'Bagan. Time pilih ikan, pekerjanya tak inform pula masa siap, so kami assume dalam 30-45 minit jer lah kot. Sekali, tunggu punya tunggu samai sejam lebih dah.

BW yang perut besar ni kelaparan tak ingat, pinggang sakit, punggung pun dah naik kebas dah menunggu makanan ready. Si boboi berdua tu tak senang duduk, siap merengek lagi. Si kakak berdua pun dah masam dah muka menunggu. So, kalau korang nak makan seafood kat Bagan Lalang ni time hujung minggu, disarankan order dulu, then tanya masa siap, barulah datang bersama family.

Masa makanan sampai tu dah lapar giler, hilang dah mood nak snap gambar makanan, terus ngap ajer. Tapi kami order menu biasa-biasa ajer, sebab mengandung kali ni BW ada alahan gatal-gatal, so memang berpada-pada lah kami order. Kami order ikan pari bakar, sotong goreng tepung dan sup cendawan sahaja. Total harga RM65, harga sekali nasi dan air lah yer. Dari segi harga not bad lah sebab seafood kat sini memang fresh. Cuma dari segi masa, moody sikit nak menunggunya :p

Tempat Menarik Dan Best Di Selangor. Pantai Bagan Lalang Sepang. Apa Yang Best Di Pantai Bagan Lalang. Makan Seafood Dan Ikan Bakar Di Pantai Bagan Lalang.
Selfie seround sebelum balik. Kat belakang tu Avani Sepang Goldcoast Resort.

Nampak tak Avani Sepang Goldcoast Resort kat belakang tu? Actually dari dulu bila datang sini, teringin nak cuci mata pusing-pusing resort tu. Tapi sekali pun tak pernah jejakkan kaki, tengok dari jauh jer. Dulu rate paling murah dalam RM1000 kalau tak silap, waktu resort ni mula-mula buka. Sekarang bila tengok online, ada jer bilik dalam RM500 semalam. Tapi, still mahal bagi kami ;p

Tempat Menarik Dan Best Di Selangor. Pantai Bagan Lalang Sepang. Makan Seafood Dan Ikan BakarBerkelah Berkhemah BBQ Mandi Manda Main Pasir Di Pantai Bagan Lalang Sepang Best.
Bye-bye Pantai Bagan Lalang. Ada masa free, maybe kami datang lagi.

Pantai Bagan Lalang Sepang ni actually tak ada lah jauh mana dari rumah kami. Dalam sejam lebih jer. Tapi, bilalah agaknya nak datang lagi kan. Si kakak kecil tu bising mulut dia, "Sekejapnya kita datang sini", "Nanti nak datang sini lagi" Budak-budak sekarang ni kan. Kita dulu kecil-kecil duduk jer kat kampung, mana pandai nak complaint itu ini ;)

Sepanjang di Bagan Lalang ni kami bermalam di Hotel Seri Malaysia, Klik Sini.

Thanks For Viewing! By: BW (Buat Wanita)

26 comments:

  1. Bestnya santai-santai tepi pantai..")

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang best kan sekali-sekali santai-santai kat pantai, berangin jer :)

      Delete
  2. bestnya mandi laut kat sini..pantai bagan lalang dekat dgn avani resortkan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. mandi? macam tak berapa cun lah air laut dia kalau nak mandi :p

      betul tu, dekat dengan avani resort ... suhaila pernah bermalam kat sana ke?

      Delete
  3. Best kan santai2 tepi laut hitamkan kulit.. Ha ha ha

    ReplyDelete
    Replies
    1. hitam kan kulit? fefeling mat saleh gitew hehe ;)

      Delete
  4. Seronoknya berpiknik tepi laut

    ReplyDelete
    Replies
    1. seronok kannn ... kalau lah dapat pergi selalu lagi seronok :)

      Delete
  5. Dah penat2 berjalan raya, bawa anak2 santai2 tepi pantai pulak... nyaman..

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang nyaman di tiup angin laut kan bunda :)

      Delete
  6. wahhhh....bestnye...last pegi sana 15thn lepas....pantai bagan mu tunggu ambo datang...

    ReplyDelete
    Replies
    1. 15 tahun dah lama dah tu ... dah lain sikit sekarang. nanti bolehlah datang lagi yer :)

      Delete
  7. xpenah smpi sini lg...cuma penah dgr je...
    anak2 laa plg excited kan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau teringin nak makan seafood fresh area selangor ni, boleh lah singgah kat bagan lalang ni anies.

      anak-anak memang excited, walaupun sebenarnya dekat dengan rumah, diorang rasa macam bercuti jauh :)

      Delete
  8. mahal jugak avani tu. dlm 500 blh bt macam2 lg. lepas ke ke luar mlaysia. hehee

    tgk air laut mcm ok je. skurangnya xpyh dh nk ke PD mandi laut. kesian tnggu makanan lambat ni. ish2

    ReplyDelete
    Replies
    1. kami pun rasa mahal juga hehe ... kalau single, 500 tu boleh travel asian kan

      air laut tu ok lah boleh mandi, tapi secantik air laut kat PD lah.

      memang lama tunggu makanan, kalau tahu lama macam tu, awal-awal dah makan kat cafe hotel jer :)

      Delete
    2. mungkin sbb nmpk mewah dr atas flight nampak cantik la kalau trun klia2 hehehe

      bab tunggu makanan tak sanggup

      Delete
    3. dalam bilik dia pun mewah kot, tu yang mahal :)

      Delete
  9. bagan lalang ni yg dekat perak tu ke..?

    ReplyDelete
    Replies
    1. oh kat perak pun ada bagan lalang eh, baru tahu :)

      yang ni bagan lalang kat sepang selangor pha is.

      Delete
  10. skrg JM dah kurang nk ke pantai sbb takut kulit sunburn

    ReplyDelete
    Replies
    1. amboi JM takut sunburn ... jaga kulit nampak hehe ;)

      Delete

TERIMA KASIH KERANA BERKUNJUNG DI 'BUAT WANITA', BLOG PERKONGSIAN CERITA, RESEPI & REVIEW. SUDI-SUDIKANLAH TINGGALKAN KOMEN DISINI KAY. THANKS :)