Salam ...
Korang tau kan 99 Wonderland? Taman yang tengah viral sekarang ni. Taman ala-ala mini zoo dekat Selayang, Selangor. Taman yang family friendly gitew.
|
Destinasi pertama kami, taman burung. |
Sekarang diorang tengah buat promosi masuk percuma. Minggu ni last day promosi free entrance tu. Kami pun minggu lepas baru gi. Waktu dilancarkan tu berduyun orang kesana, ramai yang cakap sampai tak boleh nak gerak, punyalah ramai tak ingat kan.
Waktu kami datang ni, magic bridge ditutup. Maybe sebab sebelum tu terlampau ramai sangat, problem lah kot bridge tu. Dah kata promosi, masuk free, berebut lah semua orang datang kan. Kalau tengok gambar yang share di fb tu, penuh jambatan tu, macam overload pun ada :)
Seronok taman 99 Wonderland ni. Anak-anak suka sangat, especially sebab boleh bagi makan haiwan. Nak bagi makan just beli jer makanan ada dijual. Harga sebekas RM3 dan RM5 sahaja. Tiket masuk pun affordable RM10 dewasa RM5 kanak-kanak.
Taman ni ala-ala mini zoo yang ada tasik ditengah-tengah. Tak besar sangat, tak kecil sangat. Sesuai lah untuk family. Dibuka dari 6.00 petang samai 9.30 malam. Surau pun ada disediakan. So bolehlah pusing dari petang sampai kemalam :)
|
Susahnya nak tangkap gambar dia, tak senang duduk dia tengok haiwan. |
|
Selfie time. Banyak patung haiwan tuk buat selfie. |
|
Si abang kaki selfie, peace sengih sana sini, si adik masam manjang. |
|
Paling seronok bagi haiwan makan. Yang ni bagi makan kat rusa dan burung unta. |
|
Yang ni sangkar burung. Burung kenyang, sekor pun tak makan kuaci kami. |
Part bagi makan ni anak-anak paling seronok. Tapi yang bagi si kakak-kakak dan si abang jer, si adik takut, baby apatah lagi memang takut lah dia. Bila tanya rusa makan apa? Semua jawab "carrot" Burung unta makan apa? "kacang panjang". Jangan nanti exam jawab macam ni sudah :p
|
Sampai tertidur si baby, penat sangat lah tu, padahal duduk ajer manjang. |
|
Macam i-city bila malam. Walaupun dah penat, still hyper bila nampak lampu :) |
|
Dinasour ni dekat dengan entrance. Tapi waktu kami masuk,
kami terus ke taman burung, last baru gi kat dinasour. |
|
Tak reti penat memasing. Ibu yang snap gambar sana sini yang penat. |
Puas hati lah taman ni. Nanti boleh datang lagi. Harga tiket pun boleh tahan, affordable. Tapi lama lagi lah kot nak datangnya, tunggu diorang macam dah lupa dulu baru datang lagi ;)
Thanks For Viewing! By: BW (Buat Wanita)
Wah menarik ni... nanti mummy nak pi jugaklah.. Masuk free kan..hhihihi
ReplyDeleteMeh ler datang mummy ... Tapi free sampai tengah bulan ni jer mummy :)
DeleteThis comment has been removed by a blog administrator.
ReplyDeleteSorry! Link not allowed. Tq
Deletebaru tahu ada taman ni...leh ckp kat adik soh bwk anak2 dia g sini..tiket masuk kira murah dah tu
ReplyDeleteIONQQ**COM
ReplyDeleteagen terbesar dan terpercaya di indonesia
segera daftar dan bergabung bersama kami.
Whatshapp : +85515373217 :-* (f)
Very nice blog thanks for sharing. Art Attackk
ReplyDeletekalau nak sewa kereta di area selayang ni, ada cadangan ke lol
ReplyDelete