Pages

Monday, September 2

Tips Banyakkan Susu Ibu Tanpa Milk Booster

Salam ...


Hari ni BW nak berkongsi sedikit tips yang BW amalkan untuk tingkatkan susu badan a.k.a susu ibu :) Tanpa perlu makan ubat / supplement / milk booster tau!




1. Kerap beri susu

- Kena start dari hari pertama baby. Kena 'push' ;) baby minum susu sekerap yang mungkin sekurang-kurangnya sejam sekali (for 1st month). Lepas tu, setiap 2-3 jam sekali pun ok. So, kena selalu la kejut baby tidur untuk minum susu, siang & malam. Semakin kerap kita susukan baby, semakin banyaklah production susu kita :)

2. Minum susu campur oat

- Normally BW akan minum segelas susu dicampur dengan 4 sudu quaker oat, 2 kali sehari, setiap pagi dan malam. Bagi ibu-ibu yang susu tersangatlah kurang bolehlah cuba amalkan 3-4 kali sehari.

3. Banyakkan minum air masak.

- Amalkan sekurang-kurangnya 1 botol mineral yang besar. Ni paling kurang tau. Se eloknya minum dalam 2 botol besar mineral tu.


4. Banyakkan makan makanan bersup.

- Semua pun masak sup, sup ikan, sup ayam, sup daging, sup sayur. Mesti bosan kan makan hari-hari? So, jadikan la sup tu sebagai lauk tambahan bukannya lauk main. Amalkan la la demi baby :)


5. Banyakkan makan sayuran.

- Antara sayur yang akan banyakkan susu ibu sayur sawi dan lobak putih. FYI, lobak putih ni rasanya pahit sedikit. Next time, BW akan kongsi resepi nak masak lobak putih kay.

Ni la antara tips yang BW amalkan. Simple & mudah nak follow kan? :) Tips ni sesuai untuk ibu yang menyusukan baby secara direct. Bagi ibu-ibu yang 'pump' susu, tak tau la pula keberkesanannya. Apepun Selamat Mencuba! Go! Go! Love Your Baby :)


Thanks For Viewing! By: BW (Buat Wanita)

No comments:

Post a Comment

TERIMA KASIH KERANA BERKUNJUNG DI 'BUAT WANITA', BLOG PERKONGSIAN CERITA, RESEPI & REVIEW. SUDI-SUDIKANLAH TINGGALKAN KOMEN DISINI KAY. THANKS :)