Pages

Friday, January 3

Bapa Tak Sedar Anak Dalam Kereta

Salam ...

Hari ni BW tertarik dengan satu berita dari myMetro, Bapa Tak Sedar Anak Dalam Kereta.

Tak dapat BW bayangkan macamanalah perasaan si ibu & si ayah anak tu yer. Mesti sedih yang teramat. Si ayah tu mesti ada rasa menyesal sangat-sangat tu. Banyak dah BW baca kes macam ni, dalam & luar Malaysia. Sedih la bila baca.


Ni Petikan dari myMetro tu ...

Kuantan: “Kami terlupa, minta maaf.” Demikian kata seorang wanita berusia 39 tahun selepas anaknya yang berusia tiga tahun, Muhammad Arif Mohd Yusof ditemui tidak sedarkan diri sebelum disahkan meninggal dunia kira-kira jam 6.30 petang, semalam, selepas ditinggalkan dalam kenderaan selama kira-kira sembilan jam.

Bagaimanapun, keluarga mangsa yang ditemui di wad kecemasan Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA), di sini, petang semalam, enggan mengulas lanjut mengenai kejadian itu dan menyerahkannya untuk siasatan polis.

Harian Metro difahamkan, kejadian berlaku apabila bapa mangsa yang berusia 41 tahun terlupa untuk menghantar anak bongsunya itu ke sebuah taska di Indera Mahkota, di sini, sebelum menyedari mangsa berada di bahagian tempat duduk belakang kenderaannya kira-kira jam 5.30 petang, semalam.


Thanks For Viewing! By: BW (Buat Wanita)

9 comments:

  1. Ya Allahh... minta dijauhkan la peristiwa begini dari kita semua kan...
    rasa dah tak sanggup dah nak dengar lagi kes kecuaian melibatkan anak2 kecil nie...

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu la, minta dijauhkan ... sebak la baca

      Delete
  2. ish3. bahaya betol.. tapi bnda dah jadi..

    ReplyDelete
    Replies
    1. banyak dah kes macam ni.. especially bila letak kerusi baby kat belakang, parents pula busy kejar masa...

      Normally BW letak kerusi baby kat sebelah, so time nak kunci kereta memang perasan la.

      Delete
    2. nice tips.. nnti dah ada ank, kena buat macam tu la kot.. heheh..

      Delete
  3. ish sungguh bahaya lupa kat anak.. huhuu

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang bahaya... hopefully kita semua tak lupa la w/pun sebusy mana.. amin

      Delete
  4. sob sob sedih la. Mintalah di jauhkan dari kita semua dan keluarga

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu.. minta dijauhkan. terkesan sampai bila-bila kalau kitalah puncanya

      Delete

TERIMA KASIH KERANA BERKUNJUNG DI 'BUAT WANITA', BLOG PERKONGSIAN CERITA, RESEPI & REVIEW. SUDI-SUDIKANLAH TINGGALKAN KOMEN DISINI KAY. THANKS :)