Pages

Monday, March 31

Festival Belon Panas Putrajaya Kali Ke-6

Salam Semua ...

Selamat kembali bersekolah untuk anak-anak yer :) BW pun cuti juga, cuti berblogging seminggu :)

Semalam kami ke festival belon panas di presint 2 Putrajaya. Kami pergi skejap je, pagi dari pukul 8.30 sampai pukul 11.30. Tu pun letih sangat la nak usung perut ni sana sini ;) Dari pagi sampai tengah hari ada satu je belon yang naik. Kalau ikut dalam pamphlet ada la beberapa jenis belon pukul 10.30am, tapi tak nampak pun :p

10.30am kot time ni, belon dah nak diturunkan.


Banyak permainan yang ada di festival ni. Tapi semuanya berbayar la macam biasa :) Kebanyakan aktiviti untuk kanak-kanak besar dan orang dewasa. Antaranya naik belon panas, main belon dalam air, main golek belon atas rumput pun ada, tiup belon of coz la ada, giant buble Putrajaya yang dekat masjid merah tu. Wall climbing, trek basikal 3 roda tu pun ada. Naik helicopter pun ada tau, yang ni RM130 seorang, kalau nak merasa tu memang berbaoi la, tak kalau gayat macam BW ni tayah la buang duit, satgi naik tutup mata lak :p Cruise pun ada buat promo, tapi kami tak naik pun sebab dah pernah naik.

Ni 8.30am, still kembang lagi belonnya

Kami pergi just berkelah dan pusing-pusing tengok aktiviti yang ada pastu jalan-jalan cari makan sebelum balik. Mengah perut bila nak balik tu, haha. Orang lain beraktiviti buang peluh, kami datang isi perut je :p

Kami berkelah di lot sebelah belon panas tu :)

Yang fail pasal festival ni toilet dia. Kot yer pun nak provide toilet, provide la yang sempurna sikit. Ni dah la kayu lantai toilet kembang berair, toilet kotor. Buat malu Malaysia jer bila pelancong masuk, hampeh betul penganjur, tau nak untung jer, punya la banyak tapak gerai disewakan, kemudahan asas sediakan nak tanak jer.

Thanks For Viewing! By: BW (Buat Wanita)

10 comments:

  1. sy pun ke sana semalam... around 6.30pm balloon semua dh gah terpasang.. ramai x sabar nk naik.. tp tak naik2.. 7.30pm mereka gulung semua balloon donno why...

    ReplyDelete
    Replies
    1. yer ker... best la kalau nampak banyak belon.... nasib kami tak baik la kot ... pagi tu nampak satu je pastu tak naik tinggi pun

      Delete
  2. orang putrajaya pun tak p pesta belon ne walhal dah kali yang ke-6...
    hehehehe...

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe... org putrajaya leh tengok dari balkoni apt ;)

      Delete
  3. Idah pernah pergi sekali jer.. tu pun dah lebih 3 tahun dah kot...

    ReplyDelete
    Replies
    1. meriah tak time tu? kami ni baru 1st time pergi, sebab selama ni asyik miss je :)

      Delete
  4. tak sempat ke sana.walaupun dekat jea dengan rumah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. tape.. tunggu tahun depan punya ... actually tak berapa nak meriah la, boleh la untuk isi masa lapang :)

      Delete
  5. macam best je.. tapi jauh la nk turun putrajaya tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau jauh memang ta berbaloi pegi... kat putrajaya ni macam-macam pesta ada... lebih kurang sama je acaranya :)

      Delete

TERIMA KASIH KERANA BERKUNJUNG DI 'BUAT WANITA', BLOG PERKONGSIAN CERITA, RESEPI & REVIEW. SUDI-SUDIKANLAH TINGGALKAN KOMEN DISINI KAY. THANKS :)