Pages

Tuesday, April 1

Resepi Mudah Nasi Ayam Goreng Madu Sedap

Salam ...

Jom buat nasi ayam dirumah. Leceh sikit nak buat sebab banyak kuah dan banyak step. Tapi berbaloi bila tengok anak-anak makan dengan berseleranya ;)

Yummylicious nasi ayam madu :)

Bahan & Cara (Air Rebusan)

1. Didihkan 1 jug besar air dalam periuk.
2. Masukkan 1/2 ekor ayam yang telah dipotong dan dicuci.
3. Tutup api dan biar ayam didalam air didih seketika.
4. Asingkan ayam bila ianya setengah masak.


Bahan & Cara (Nasi)

1. Tumis dua ulas bawang putih, dua biji bawang kecil, 3 hiris halia, dan rempah 4 sekawan (kayu manis, bunga cengkih, buah pelaga & bunga lawang).
2. Masukkan 4 cawan air rebusan ayam, 2 cawan beras yang telah dicuci, sedikit serbuk kunyik, garam secukup rasa dan sehelai daun pandai.
3. Pindahkan ke dalam rice cooker dan biarkan sehingga masak.


Bahan & Cara (Ayam Madu)

1. Ayam yang telah direbus seketika, di tapis airnya.
2. Perap bersama 2 sudu besar serbuk soto, 4 sudu besar madu, 4 sudu besar kicap dan sedikit garam.
3. Perap dalam 30 minit kemudian goreng garing.

Ayam yang diperap boleh juga dibakar dalam oven pada suhu 180 celcius selama lebih kurang 45 minit hingga 1 jam. Ayam dibakar lebih sihat. Tapi ayam digoreng lebih sedap. The choices is yours ;)


Bahan & Cara (Sup)

1. Tumis satu ulas bawang putih, satu biji bawang kecil, sehiris halia, dan rempah 4 sekawan sehingga naik bau.
2. Masukkan sedikit hirisan ayam dan tuang baki air rebusan ayam.
3. Masukkan garam secukup rasa & daun sup (jika ada).
4. Masak sehingga mendidih dan tutup api.

Bahan & Cara (Kuah Kicap)

1. Tuang minyak dari kuali goreng ayam tadi.
2. Masukkan 5 senduk sup ayam kedalam kuali yang sama.
3. Bancuh 1 sudu besar tepung gandum dengan air dan tuang dalam kuali.
4. Masukkan 3 sudu besar kicap manis kedalam kuali dan masak hingga didih.

Bahan & Cara (Sambal Lada)

1. Kisar semua bahan. 5 batang lada merah, 2 sudu besar gula, 2 sudu besar sos cili, 2 ulas bawang putih, 2 biji air perahan limau kasturi dan 2/3 cawan air.
2. Masak sehingga mendidih dan sedikit pekat.

Hidangkan bersama salad, timun dan tomato.

Nasi ayam, nasi ayam, nasi ayam. Anak-anak suka sangat nasi ayam :)
Nasi ayam kali ni ditambah serbuk kunyit, ayam pula diperap dengan extra kicap.

Selamat Mencuba!

Thanks For Viewing! By: BW (Buat Wanita)

6 comments:

  1. wah..sedapnyer..feveret nik ni :)

    ReplyDelete
  2. adik saya ada pernah buat ayam madu macam ni. lebih kurang la..

    ReplyDelete
    Replies
    1. wah... adik tak kawin lagi pun rajin masak yer :)

      Delete

TERIMA KASIH KERANA BERKUNJUNG DI 'BUAT WANITA', BLOG PERKONGSIAN CERITA, RESEPI & REVIEW. SUDI-SUDIKANLAH TINGGALKAN KOMEN DISINI KAY. THANKS :)