Pages

Wednesday, April 23

Letih Berganda Hamil Di Usia 30 & Risiko Hamil Lewat Usia

Salam Semua ...

Hari ni just nak sharing sedikit pengalaman dengan semua, especially yang belum pernah mengandung. Kali ni BW mengandung anak ke empat di usia 30. Ni nak cerita beza mengandung tiga kali sebelum ni dengan mengandung kali ke empat ni. Antara perbezaan ketara yang BW dapat rasakan ...

1) Keletihan yang berganda. Walapun kandungan tak berapa nak besar lagi, BW dah rasa letih sangat bila buat kerja. Ini kan pula sekarang kandungan dah masuk 7 bulan, memang letih berganda la.

2) Kerap sakit tulang belakang. Kandungan pertama dan kedua, jarang sangat sakit tulang belakang. Kandungan ketiga, kadang-kadang sakit tulang belakang. Kandungan keempat ni hari-hari sakit tulang belakang. Walaupun dah minum susu dan ambil multivitamin yang disarankan. Maybe faktor osteoporosis di usia 30 mempengaruhi kot.

3) Kerap buang air kecil. Actually kandungan pertama, kedua dan ketiga pun kerap juga ketandas bila perut dah membesar. Bezanya, kandungan keempat ni, baru sebulan mengandung dah kerap ke tandas dah tau. Letih asyik nak ke tandas especially bila time tidur.

4) Berat badan terlebih naik. Normal la kan kalau mengandung berat badan naik. Cuma mengandung kali ke empat ni berat badan naik melebihi had biasa BW :p Kandungan pertama, kedua, ketiga dulu maksimum berat yang dicapai BW tidak melebihi 70kg. Tapi kali ni baru masuk 7 bulan, dah lebih dah dari 70kg.

Lain-lain symptom sama jer dengan mengandung sebelum-sebelum ni. Actually pengalaman setiap ibu mengandung dan bersalin berbeza-beza. Ni just pengalaman BW aja kay.

Apapun memang ada fakta tentang faktor usia mempengaruhi kesuburan, kehamilan dan proses bersalin. So, kepada yang baru berkahwin tu, jangan merancang terlalu lama. Kepada yang belum berkahwin dan dah ada calon, cepat-cepat lah berkahwin, jangan tangguh lagi :)

Sedikit info dari babycenter.com.my ...

Apakah kesan umur ke atas kesuburan?

" Ada berlaku pengurangan kesuburan yang perlahan bagi wanita selepas umur 30, yang mungkin menyebabkan anda sukar menjadi hamil dengan cepat, atau mungkin terdapat masalah separa kesuburan atau ketidaksuburan."
 

Apakah kesan umur ke atas kehamilan?

"Ibu lebih berusia selalunya lebih berkemungkinan untuk mendapat penyakit seperti diabetes, darah tinggi atau lain penyakit kronik, yang boleh menjejaskan kehamilan dan proses kelahiran."

Apakah kesan usia lebih tua ke atas bayi?

"Tidak dinafikan yang wanita berusia mempunyai kebarangkalian yang lebih tinggi untuk melahirkan bayi yang mempunyai keabnormalan, seperti sindrom Down, sindrom Edward atau sindrom Patau."

"Terdapat satu lagi risiko yang kecil tetapi serius berhubung bayi ibu lebih tua. Lebih banyak bayi mati dalam uterus di peringkat akhir kehamilan bagi ibu berumur 40 ke atas."


Apakah kesan umur ke atas proses bersalin itu sendiri?

"Tedapat pola di mana, lagi tua seorang ibu itu, lebih bertambah kejadian intervensi. Jika anda lebih daripada 35 anda akan lebih cenderung untuk kelahiran dicetus, suntikan epidura atau kelahiran forseps atau ventouse. Hampir kesemua kajian bersetuju bahawa kadar pembedahan caesarean juga meningkat mengikut usia ibu."


Artikel penuh, Klik Sini

Actually BW ngan husband kalau boleh nak anak ramai kalau diizinkan Allah. So, terpaksa la BW planning betul betul yer lepas ni, dah tak banyak masa lagi dah ni :)

Thanks For Viewing! By: BW (Buat Wanita)

14 comments:

  1. nur doakan semoga BW & baby sentiasa sihat... :-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. tq nur .. hopefully semuanya berjalan lancar sampai la bersalin dan berpantang nanti :)

      Delete
  2. Sis BW, semoga diberi kemudahan dan kesihatan sepanjang masa...

    Keep me in your doa yer sis selamat dunia akhirat...
    doa seorang ibu (tgh susah payah pregnant lak tu) mudah2 an Allah perkenankan....

    ReplyDelete
    Replies
    1. tq ... samalah, semoga nhhas pun diberi kesihatan sepanjang masa juga :)

      Delete
  3. yg jeni smacam saya ni, calon pun x de lagi, mcm mna plak. hehehe
    x e la, nnti bila masa dah sampai, nk kena cari calon yg muda la.. hehehehe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. itu saranan untuk org perempuan. lelaki kawin tua pun tape, boleh cari bini muda .. hehe

      Delete
    2. yer.. sbb laki x kena mengandung.. kan? hehehe

      Delete
    3. kan ... syok je terus dapat baby :p

      Delete
  4. terima kasih. info yang menarik.

    ReplyDelete

TERIMA KASIH KERANA BERKUNJUNG DI 'BUAT WANITA', BLOG PERKONGSIAN CERITA, RESEPI & REVIEW. SUDI-SUDIKANLAH TINGGALKAN KOMEN DISINI KAY. THANKS :)