Pages

Monday, April 7

Tempat Best di Selangor : Perpustakaan Awam, Raja Tun Uda, Shah Alam. Memang Awesome!

Morning ...

Nak cerita experience kami di perpustakaan awam tercanggih kat Malaysia ni. Selepas kami balik dari Rumah Salji @ Rumah Empat Musim, kami berkelah di Taman Tasik Shah Alam. Si kakak kan lagi suka berkelah dari makan kedai, walaupun tapau lauk kedai, hehe :p

After that, kami pergi ke Perpustakaan Awam Shah Alam namanya Perpustakaan Raja Tun Uda. Perpustakaan ni terletak di kawasan perumahan elite dan kawasan golf, patutlah awesome. Kalau buat area rumah flat ni, alamatnya, yang ado jer :p
Pemandangan luar yang awesome :)
Juah kot pergi library, motif? Padahal kat Putrajaya banyak je library, lagi dekat kan. Actually nak bawa anak-anak tengok wayang kartun 3D. Tapi tanak la galakkan diorang pergi cinema komersial tu :p Time kami sampai wayang dah start, tak ada rezeki, next time maybe datang lagi kot. So, kali ni just lepak di zon kreatif, zon kanak-kanak.

Waktu operasi, weekday 9.30am-6pm, weekend 9.30am-5pm. Public holiday tutup kay. Banyak sangat kemudahan yang ada, semuanya selesa, surau, toilet, cafe semua. Ada surau khas kanak-kanak, ada gym juga tau. Ada perkhidmatan coaster dari PKNS ke PPAS ni. Yang paling gempak ada, teater 3D, RM7 seorang selama 2 jam dan teater 6D/ XD, RM15 seorang selama 15 minit.

Tapi bila belek koleksi gambar, tak ada pula gambar yang awesome. Cuma ada gambar anak-anak pose je :p Kepada korang yang berminat nak tengok gambar library yang awesome, boleh la google yer.

 Pokok Ilmu yang jadi tumpuan. Sudahnya jadi tempat main jer ;)

 Baby yang baca buku kot. Kakak-kakak main je lebih :p

Si adik pula nak buat persembahan la kononnya :)

Thanks For Viewing! By: BW (Buat Wanita)

15 comments:

  1. wah..memang bestkan perpustakaan macam nie..

    ReplyDelete
    Replies
    1. best.. tapi jaun la, takleh pergi selalu :)

      Delete
  2. Kalau dekat2 sini, in shaa Allah jadi tempat bersembunyi saban hari.. :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu la, patut diperbanyakkan perpustakaan awam area KL/ Selangor ni, boleh la kerap kesana. Ni banyak mall jer, so weekend je gi mall :p

      Delete
  3. bagus sesekali membawa anak-anak ke perpustakaan begini.. :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul.. kalau boleh nak tanamkan minat membaca dari kecil :)

      Delete
  4. Salam...

    Ini betul2 awesome sis... sebenarnya dah lama dgr pasal "gah dan canggihnya" library ne...
    tapi tak pernah ada kesempatan nak pergi ;p

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam ... memang gah, nak nak bahagian dewasa, siap ada escalator... bahagian kanak-kanak tak berapa gah sangat la :)

      Delete
  5. betul2 bagus. mengisi masa dengan membaca buku..

    ReplyDelete
    Replies
    1. tengok pokok ilmu itu, terkenang masa kecik dahulu..suka baca buku bawah pokok

      Delete
    2. wah rajinnya baca buku bawah pokok.. kalau BW bawah pokok selalu main pondok-pondok :p

      Delete
  6. Cantiknya library nie... pemandangan sekelilingnya pun menenangkan... bagus juga ada masa bawa anak2 ke library kan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. cantik sangat... yang best tu macam-macam kemudahan ada. cuma yang tak best tu jauh dari rumah, kalau dekat ni selalu gi ;)

      Delete
  7. walaupun selalu outstation ke shah alam, tak berkesempatan nak singgah kat library nih.

    ReplyDelete
    Replies
    1. bila outstation busy kot :) nanti kalau datang jejalan singgah la

      Delete

TERIMA KASIH KERANA BERKUNJUNG DI 'BUAT WANITA', BLOG PERKONGSIAN CERITA, RESEPI & REVIEW. SUDI-SUDIKANLAH TINGGALKAN KOMEN DISINI KAY. THANKS :)