Ni sambungan entri Taman Botani, Bukit Cerakah, Shah Alam. Actually kami dah datang sebulan lebih sebelum tu, tapi rumah empat musim tutup sebab nak bertukar musim. So, kami datang lagi ;) Kali ni dapat la masuk ke rumah salji. Maybe ni la tarikan utama taman botani ni selain cycling, det's why ramai orang time kami datang kali ni.
Tiket masuk ke rumah salji RM5 untuk dewasa RM3 untuk kanak-kanak. Kalau musim bunga, musim luruh dan musim panas RM3 untuk dewasa RM1 untuk kanak-kanak. Actually kecil je rumah empat musim ni. Ada dua bahagian untuk pengunjung, setiap bahagian satu pintu. Dibenarkan masuk sekejap je. Hanya sesuai untuk anak-anak yang masih kecil, kalau anak dah remaja ni mesti diorang akan cakap bosan :p
Bahagian luar rumah empat musim. My baby takut sangat dengan patung salji tu, menangis-nangis dia :)
Pemandangan dalam. Just gambar didinding je. Boleh la labu :p
Pokok salji ala-ala tak siap, batang pokok pakai beluti empat segi tu je ;)
Pondok kecil disudut hujung ruang. Tak boleh masuk pun tengok dari jauh je.
Sempat lagi main salji la kononnya.
Kesejukan dah main salji la sangat. Tunggu kat luar jap.
Ada juga ruang yang tak bersalji. Motif? Musim sebelum ni kot, tak sempat tukar semua ruang agaknya.
Kami kesejukan sebab tak bawa sweater. Macam duduk dalam fridge. Husband awal-awal dah bawa baby keluar sebab baby dah sejuk sangat. BW je layan my dotter dua orang ni main salji katanya. Tapi tak lama pun, sebab ada pekerja yang akan suruh keluar. Setiap ruang peninjau boleh muat dalam 15 orang je kalau tak silap, det's why dia suruh keluar, orang lain nak masuk pula.
Bila balik tanya la my dotter, 'Syok tak?' Diorang jawab, 'Syookkk' Sekarang kecil lagi, mana pandai memilih, semuanya syok :p Si kakak bila tengok dora je, dia akan kata nak dok tempat salji. Tapi kali ni bila BW tanya, 'Kakak nak dok tempat salji tak?' Dia kata 'Tanak la, sejukkk' Tau takpe ;)
Thanks For Viewing! By: BW (Buat Wanita)
menarik jugak tempat nie kan..
ReplyDeletemenarik la juga, sekadar mengisi masa cuti anak-anak dengan destinasi budget :)
Deletetak pernah lagi sampai sana.. padahal dekat je dengan tempat aiza duduk sekarang.. hehe..
ReplyDeletep.s: terima kasih masukkan blog aiza di dalam bloglist blog ini.. blog buat wanita juga dalam 'bloglist wanita' blog aiza.. :D
biasalah... bila dah dekat memang tak teringin nak pergi :) ... tq juga sbb masukkan blog BW dalam blog list aiza
Deleteblm pena sampai lg.. asal nak g sana ada jer halangan... next time maybe :)
ReplyDeletepergi rumah salji ke? habis dah musim salji... rumah 4 musim berubah ikut iklim sebenar. cuba lagi next year :)
Deletetak pernah sampai tmpt ni lg walaupun slalu dtg shah alam.
ReplyDeletebiasala govt handle ... tak berapa nak komersial, so org lain tak tau kewujudannya ...
Deleteeh saya tau kewujudan tempat ne... sebab idea asal dan deraf paper work mewujudkan tempat ne salah seorang pengasasnya ayah saya ;p
ReplyDeletetapi dah namanya gomen... bukan dapat IP pun ;p
dapat le sijil yang di tanda tangani oleh Tun M...
Hahaha....
saya pernah p tapi tak pernah berjaya masuk sebab tiap kali p, depa tgh renovate... hampeh betul...
ok la tu dapat sijil :) jadi la kenangan untuk ditunjuk pada anak-anak. tapi tu la ideanya memang bagus, macam-macam ada dalam tu, pelbagai taman, rumah ala-ala mini malaysia pun ada, cuma tak terurus jer, rasa cam bazir lak
DeleteIdah tak pernah bawa anak2 ke sini... mungkin sebab nak jalan tu jauh kot... so malas nak berenyah... tapi idah pernah pergi... rasanya zaman sekolah2 dulu kot... dan rasanya macam tak berubah pun rumah salji tu... padan la dengan harganya yang murah kan... jadi laaa untuk merasa salji... :D
ReplyDeleteskang ni ada bas mini open air tu, so tayah susah -susah jalan jauh :) Tu la, kami first and last la kot masuk rumah salji ni. Nak bagi anak-anak jer rasa tempat sejuk. Masuk sekali memang rasa berbaloi la sebab murah. Kalau masuk lagi memang rasa tak berbaloi sebab sama aje :)
Deletekalau tanya orang dewasa pun rasanya ramai juga yang akan jawab syok
ReplyDeletetu kalau anak besar yg tak memilih la... normally remaja skang memilih, kalau tak berapa best diorang akan cakap bosan
Delete