Pages

Friday, May 23

Baby Masih Songsang/ Breech @ 36 Minggu

Good Nite All ...

Last time dah cerita pasal "Kerisauan Melanda Bila Baby Songsang". Selepas dua minggu, scan lagi baby still diposisi yang sama, still songsang. Kali ni kandungan dah 35 minggu 5 hari, 36 minggu la senang cerita. Doktor kata kebarangkalian baby nak pusing tipis, sebab walaupun dah dua minggu dia still tak bergerak.

 @ 36 minggu, masih lagi di posisi kaki di bawah, kepala di atas

Dapat surat refer ke O&G Hospital Putrajaya. Untuk scan lagi nak confirmkan kandungan BW ni songsang jenis yang mana dan apa option yang ada untuk melahirkan nanti. So, dari risau dah jadi takut. Tapi still steady la depan doktor dan nurse kan. Cuma bila dah balik rumah, akhirnya terkeluar juga air mata bila memikirkan baby dalam perut ni. Petang tadi dah pun dapatkan appointment untuk jumpa pakar.

So now BW bukan setakat kena menunggu, berdoa dan tawakal sahaja, BW kena juga berusaha. Walaupun doktor kata kebarangkalian nak pusing tu agak tipis, tapi BW still mengharap yang baby akan pusing ke posisi normal disaat nak melahirkan nanti. 

Setelah meng'google', banyak juga cara untuk galakkan baby pusing ke posisi normal. So, BW senaraikan caranya, sebagai info dan panduan untuk semua. (Sumber asal: pelbagai)

Update on 28 Mei 2014, setelah berjumpa pakar O&G. 

1. Berurut dengan bidan berpengalaman. (Tapi yang ni agak berisiko untuk baby, BW memang tak berani)

2. Makan remedi yang membantu baby untuk berpusing. (Yang ni pun BW tak berani, takut ada komplikasi)

Untuk no 1 dan 2 memang tak tanya pakar la, takut kena ceramah free pula :p  memang doktor tak akan sarankan no 1 dan 2 ni rasanya.

3. Senaman seperti sedang sujud. (Ramai sangat suggest yang ni, so BW cuba)

Pendapat pakar: Boleh dicuba, faktor graviti memang mempengaruhi. (So, BW pun terus mencuba)

4. Berendam dalam kolam renang. (Tak ada kolam renang atau bath up pun dirumah)

Tak tanya pakar sebab BW tak buat ;) 

5. Letakkan pek ais di atas perut untuk menimbulkan rasa tidak selesa kepada bayi dan diharapkan bayi akan berpusing ke bawah. (Yang ni BW rasa kurang berisiko, so BW cuba)

Pendapat pakar: Tak ada bukti saintifik. (So, BW stop mencuba)

6. Suluh lampu pada bahagian bawah pusat dengan harapan baby akan tertarik dengan cahaya tu dan berpusing ke bawah. (Yang ni pun BW cuba juga) 

Pendapat pakar: Baby dalam perut tutup mata. Tak ada bukti saintifik. (So, BW stop juga)

7. Bercakap dengan baby dengan nada memujuk sambil mengusap perut. (Yang ni memang dari awal BW dah buat)

Yang ni tak tanya pun, tapi pakar terus recommend (So, BW teruskan)

Bila BW beritahu baby bergerak aktif bila disuluh lampu atau letak ais. Pendapat pakar: Kita just nak bagi baby pusing kepala kebawah sahaja, terlampau aktif pun tak bagus juga.

So far, ini je la usaha BW, selain solat hajat, berdoa dan bertawakal. Tak tau la keberkesanannya dan kesahihannya, cuma disebabkan rasa takut ni, BW rasa perlu lakukan sesuatu. Semoga baby akan berpusing ke bawah, ke posisi normal, InsyaAllah.

Ok la, tulisan yang bewarna hijau je yang diupdate pada 28 Mei 2014 tau. So, korang pilih la, nak ikut pendapat pakar ke, nak ikut pendapat ramai :)

Thanks For Viewing! By: BW (Buat Wanita)

11 comments:

  1. Di doakan sihat selalu..

    anda telah ditag dalam segmen The Liebster Award By syukurnyasihat.blogspot.com

    http://syukurnyasihat.blogspot.com/2014/05/the-liebster-award-by-mycheritacom.html

    ReplyDelete
    Replies
    1. tq ...

      untuk segmen tu pula tak dapat nak join.. sebab skang busy search pasal breech. nway tq sudi tag

      Delete
  2. semuanya akan selamat..in shaa Allah..

    ReplyDelete
  3. semoga bila tiba masanya , semuanya akan kembali normal dan cara2 yg dipraktikkan itu berhasil .

    ReplyDelete
  4. Sis BW... Semoga selamat sejahtera dan dipermudahkan segala urusan...

    ReplyDelete
  5. Banyakkan baca doa nabi yunus... idah doakan semoga baby BW ikut cakap mama dia dan pusing ke posisi yang betul yer... :D insyaallah segalanya akan okay... banyakkan berdoa yer...

    ReplyDelete
  6. Perkongsian yang sangat bermanfaat...terima kasih

    ReplyDelete

TERIMA KASIH KERANA BERKUNJUNG DI 'BUAT WANITA', BLOG PERKONGSIAN CERITA, RESEPI & REVIEW. SUDI-SUDIKANLAH TINGGALKAN KOMEN DISINI KAY. THANKS :)