Pages

Wednesday, May 28

Baby ku Dari Songsang ke Melintang. Info ECV dan Caesar

Selamat Malam ....

Just sambungan entri "Baby Songsang @ 36 Minggu". Sebelum pergi jumpa pakar O&G, BW pun google la pasal baby songsang ni. So, tau la reason sebenar kenapa baby dalam perut BW ni songsang. Disebabkan jarak kehamilan yang dekat, so otot rahim BW lemah dan regang. Ingatkan hanya risiko pada kesihatan ibu sahaja, tak sangka pula effect baby juga. Lepas ni dah tak boleh merancang sendiri dah, kena ambil ubat juga nampaknya.

@ 36 minggu 5 hari, dari songsang jadi melintang

Baby songsang diawal kehamilan dikira normal tau, tak perlu risau. Tapi jika kandungan dah lebih 33 minggu perlu la untuk risau. Nak tahu cara galakkan baby pusing ke posisi normal/ kepala kebawah, klik sini. Untuk baby songsang ni ada tiga pilihan cara melahirkan;

1. Melahirkan secara normal songsang.

Pilihan 1 ni hanya untuk baby songsang yang punggung dibawah sahaja. Berat baby pun tidak melebihi 3.5kg. Hanya dilakukan oleh doktor pakar. Agak berisiko untuk baby, risau baby akan lemas kalau lambat dikeluarkan atau oksigen kurang sampai ke otak.

2. Melakukan proses ECV (External Cephalic Version) dan bersalin secara normal

Pilihan 2 ni hanya untuk ibu-ibu yang tiada masalah kesihatan. Kandungan 36 minggu ke atas. Baby pula tidak terlalu berat, tiada masalah uri pendek dan air ketuban mencukupi. Baby akan dipusingkan oleh doktor pakar dan prosesnya agak menyakitkan. Jika berjaya, boleh balik dan tunggu due/ tanda bersalin. Tetapi ada kemungkinan baby pusing semula. Sekiranya ECV tidak berjaya dan baby tidak bermasalah, boleh set appoinment Caesar. Tapi jika baby distress, kena bedah hari tu juga, risiko baby akan lemas dalam kandungan.

3. Melahirkan secara Caesarian

Pilihan 3 adalah pilihan paling selamat dan tidak merisikokan baby. Melahirkan secara Caesar by appoinment ni memang tak rasa sakit langsung. Cuma masalah bila nak berpantang nanti, masa nak sembuh double, triple kot dari yang bersalin normal.

Rasanya mana-mana ibu pun kalau boleh nak bersalin normal. Nak juga merasa nikmat penghapusan dosa kecil disaat rasa sakit separuh mati tu :) Bila berbincang dengan doktor pakar, dia kata kebarangkalian baby BW ni berjaya dipusingkan 90%. So, memang BW nak pilih ECV la. Tapi bila scan, baby melintang pula. Aduhai. Untuk pengetahuan korang, baby melintang ni hanya ada satu option sahaja, Caesar.

Doktor bagi appointment untuk scan lagi seminggu. Skang ni kandungan BW 36 Minggu 5 Hari. Baby Melintang, kepala di tangan kanan BW, kaki di tangan kiri BW. Doktor just inform kebarangkalian untuk next scan la ...

1. Jika baby masih melintang di posisi yang sama, terus kena set appointment Caesar.

2. Jika baby telah berpusing ke posisi normal, boleh bersalin ikut due/ tanda bersalin. (Berharap Sangat)

3. Jika baby jadi songsang, berat baby ok, air ketuban ok, boleh proceed dengan ECV

4. Jika baby melintang tapi posisi yang bertentangan, kena terus masuk wad, sebab nak monitor pergerakan baby yang tak tetap tu. Baby hanya boleh dilahirkan normal sekiranya kepala kebawah melebihi tujuh jam. Kalau pergerakan sentiasa tak tetap, Caeser la jawabnya.

5. Sekiranya ada tanda-tanda nak bersalin, cepat-cepat datang hospital, kemungkinan untuk emergency Caesar. (Harap Dijauhkan)

"Buat baby ibu sayang. Walau apa pun caranya baby dilahirkan nanti, ibu harap baby dilahirkan dalam keadaan selamat, sempurna dan sihat wal-afiat"

Thanks For Viewing! By: BW (Buat Wanita)

15 comments:

  1. semoga ibu dan baby selamat ... sabar dgn ujian Allah ...

    ReplyDelete
    Replies
    1. amin ... betul tu kena sabar. ramai lagi ibu-ibu dengan dugaan pelbagai bila pergi O&G ... walaupun rasa berat hati nak caesar, tapi kena ada perasaan redha juga

      Delete
  2. smoga urusan bersalin nnti dipermudahkanNya.. amiin.

    ReplyDelete
  3. Sis... semoga selamat dan dipermudahkan... Kakak saya dah 3 kali caeser... huhuhuhu... kesian dia....

    ReplyDelete
    Replies
    1. amin... yer ker... kesiannya, mesti first time Caesar tu dia rasa takut kan

      Delete
  4. Teman lak berdebar baca entri ni, semoga Allah permudahkan segalanya yea.. buat baby dalam perut, kembalilah ke kedudukan normal.. semoga lahir dengan sihat wakafiat dan comel sekali... teman doakan keselamatan both of u..

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan... memang berdebar, tu baru kedudukan baby... bila pergi O&G, ramai lagi ibu-ibu dengan macam-macam masalah, macamana la perasaan diorang agaknya ... terima kasih atas doa

      Delete
  5. Semoga semuanya dipermudahkan.

    ReplyDelete
  6. kita sama ka BW. kandungan sy songsang masa 33w. unstablise. bila scan balik selang sehari baby dok melintang pulak��. and now 37w4d. dah 4hari warded. and pakar dah set 38w utk ceaser�� hanya mampu redha.

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya sebulan sebelum bersalin, scan setiap minggu, songsang, melintang ajer. seminggu sebelum bersalin seronok sangat dah normal.

      tapi bila nak bersalin, dalam labor room melintang, terpaksa emergency czer. dalam ot room pulak, dia songsang.

      bila dah keluar, doktor inform tali pusat terbelit. Allahu nasib baik selamat.

      so redha jer sis, ada sebab tu kenapa dia tak boleh pusing normal. lagipun czer by appointment much better dari emrgency czer. saya tumpah darah 1 liter czer, scary.

      sis sepatutnya dah bersain sekarang ni kan. tahniah sis :)

      Delete

TERIMA KASIH KERANA BERKUNJUNG DI 'BUAT WANITA', BLOG PERKONGSIAN CERITA, RESEPI & REVIEW. SUDI-SUDIKANLAH TINGGALKAN KOMEN DISINI KAY. THANKS :)