Pages

Friday, September 19

Resepi Blackpepper Fried Chicken Chop Goreng

Skarang ni, banyak dah chicken chop segera di pasaran. Senang la nak makan chicken chop banyak-banyak. Ada juga yang siap dengan sos, tapi harganya sama dengan chicken chop order kat kedai :p

Yang BW buat ni menggunakan bahan-bahan frozen. Hehe. Resepi la sangat ;) Tapi sosnya buat sendiri. Ayam tu guna brand Ayamadu. Besar tau saiz chicken chop tu, satu pack ada 3 keping. Sesuai sangat la dengan kami, sekeping untuk BW, sekeping untuk husband, sekeping lagi dipotong dua untuk my dotter berdua.

Besar betul chicken chop ni, double saiz kedai, sekali makan memang tak habis. 
Sedap dimakan bersama sup cendawan. Nyum~~ :)

Bahan-Bahan;

- 1 Pack Ayamadu Chicken Chop
- 1 Tin Sup Cendawan Campbells
- 1/3 Pack Kentang Koreng
- 1/2 Salad Bulat
- 2 Sudu Mayonnaise
Bahan-Bahan (Sos Blackpepper)
- 2 Ulas Bawang Putih (Cincang Halus)
- 2 Biji Bawang Kecil (Cincang Halus)
- 5 Sudu Sup Cendawan
- 5 Sudu Kicap Kipas Udang
- 1/2 Cawan Air
- 1 Sudu Minyak Masak
- Sedikit Serbuk Lada Hitam
- Garam Secukup Rasa

Cara-Cara;
1. Panaskan minyak masak dan tumis bawang putih dan bawang kecil sehingga naik bau.
2. Masukkan air, sup cendawan dan kicap, kacau sehingga sebati dan mendidih.
3. Masukkan Serbuk lada hitam dan garam, kacau rata, tutup api dan ketepikan.
4. Goreng chicken chop dan fries sehingga garing dan ketepikan.
5. Panaskan sup cendawan kemudian hidang dalam mangkuk.
6. Salad dipotong kasar dan digaul bersama mayonnaise.
7. Masukkan chicken chop dalam pinggan bersama fries dan salad. 
8. Tuang sos di atasnya dan hidangkan.

Untuk my dotter, 1/2 keping seorang. Sos blackpepper agak pedas, so BW letak sup cendawan.

Sebab besar sangat, kami makan tak habis tau sorang sepinggan ni. Semua pun tak habis termasuk husband. Tapi tak buang la kan, simpan dulu, pastu makan second round :p My dotter yang first tu cakap "Wow! macam kedai la". Yang dia suka sangat tu tayah share macam kat kedai ;)

Thanks For Viewing! By: BW (Buat Wanita)

4 comments:

  1. kalau idah boleh habis kot... tengok pun nampak kesedapannyer... sluurp... :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. untuk penggemar western boleh habis rasanya wlaupun besar :p

      Delete
  2. hahaha...makcik huda yang baca ne pun nampak sedap anak2...
    meleleh air mata tau

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe ... meleleh air mata kalau tak dapat makan la :p

      Delete

TERIMA KASIH KERANA BERKUNJUNG DI 'BUAT WANITA', BLOG PERKONGSIAN CERITA, RESEPI & REVIEW. SUDI-SUDIKANLAH TINGGALKAN KOMEN DISINI KAY. THANKS :)