Pages

Wednesday, September 10

Resepi Karipap Kari Kentang Ayam Daging & Sardin

Kuih karipap adalah antara kuih paling mudah nak buat. Dan juga kuih paling kerap BW buat selain agar-agar dan jemput-jemput :p Resepi kat bawah ni untuk adik-adik yang baru beajar masak yer :)

Sedap dimakan time masih panas. Sesuai untuk sarapan dan minum petang.

Bahan & Cara Buat Kulit;

1. Ambil 2 cawan tepung gandum masukkan kedalam bekas besar. Masukkan sedikit garam dan 5 sudu minyak masak. Gaul-gaulkan kesemuanya. Untuk mendapatkan doh yang sedap rasanya, minyak masak dicampurkan dengan cairan butter (jika ada).
3. Masukkan air sedikit demi sedikit gaul dan uli sehingga menjadi doh yang tidak melekat ditangan. Guna lebih kurang 11/2 cawan air.Uli uli dan uli :)
4. Jika doh agak keras tambah lagi sedikit air. Jika doh agak lembik, tambah sedikit tepung. Jika doh terlalu melekat di tangan, letakkan sedikit minyak.

Bahan & Cara Buat Inti Sardin.

1. Hiriskan 1 ulas dan 1 biji bawang besar. Panaskan minyak masak satu sudu, kemudian tumis bawang hingga wangi. Jika mahu pedah, tumiskan cili giling sekali.
2. Ambil kentang satu biji dan potong dadu. Masukkan dalam tumisan bawang, gaul dan masukkan sedikit air. Masak sehingga kentang lembut.
3. Masukkan satu tin sardin yang telah dihancurkan kedalam kuali yang sama. Masak dan gaul sebati.
4. Masukkan perahan air limau kasturi sebiji dan garam secukp rasa.
5. Masak sehingga didih dan pekat.

Bahan & Cara Buat Inti Kari Kentang Ayam / Daging;

1. Hiriskan satu ulas bawang putih dan dua ulas bawah kecil. Panaskan minyak masak satu sudu dan tumis bawang sehingga naik bau.
2. Masukkan dua biji kentang dan dipotong dadu. Masukkan sedikit air dan dua sudu serbuk kari.
3. Masukkan ayam / daging yang telah dipotong dadu. Gaul kesemuanya dan tutup kuali.
4. Masak pada api perlahan selama lebih kurang 20 minit untuk ayam, 30 minit untuk daging.
5. Masukkan garam secukup rasa dan masak sehingga kentang dan ayam/ daging lembut dan air kering.

Kalau ada acuan lagi senang, tekap je. Kalau takde, gentel la guna tangan cam BW ni :)

Thanks For Viewing! By: BW (Buat Wanita)

4 comments:

  1. hehehe... yang ne tak per...
    mak saya pandai buat...
    (ehhh bila lah saya nak pandai buat ne....)

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe... nanti bila ade 'someone' suka makan, pandai la buatnya :)

      Delete
  2. Kalau mak idah buat doh tu.... minyaknya dipanaskan sedikit... supaya bila kita goreng dia lebih garing... :) slurrppp yummyy...! :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul.. time sekolah dulu arwah mak ajar camtu gak... tapi bila ada anak ni, nak cepat aje :)

      Delete

TERIMA KASIH KERANA BERKUNJUNG DI 'BUAT WANITA', BLOG PERKONGSIAN CERITA, RESEPI & REVIEW. SUDI-SUDIKANLAH TINGGALKAN KOMEN DISINI KAY. THANKS :)