Pages

Monday, September 29

Resepi Mudah Nasi Serai Ayam Bakar Madu

Resepi mudah dengan bahan-bahan simple. Untuk nasi, dari Resepi Asas Nasi Special. Ayam pula dibakar guna oven je. Takyah susah-susah cuci dapur, tak ada yang terpecik tertumpah :p

Ayam bakar madu setengah ekor. Sihat dan sodap ;)~

Untuk nasi, klik pada Resepi Asas Nasi Special. Cuma perlu tambah, 1 batang serai yang telah diblend dan 1 batang serai yang telah diketuk.
 
Nasi serai hias dengan kismis dan salad, amatur style ;)
 
Untuk ayam pula caranya mudah sangat. Perap saja ayam dengan bahan-bahan yang disenarai dibawah dalam sejam dua. Kemudian masuk oven dan bakar pada suhu 200 darjah celcius selama 30 minit. Keluar dan hidangkan.

Bahan-Bahan;

- 1/2 Ekor Ayam
- 3 Sudu Kicap
- 5 Sudu Madu
- 1 Sudu Rempah Soto Mak Siti
- 1 Sudu Minyak Masak 
- 1 Sudu Sos Tomato
- Sedikit Lada Hitam
- Sedikit Garam

Nasi serai dan ayam bakar madu ni sedap dimakan bersama acar timun atau kubis goreng bersama air asam atau sambal ala-ala nasi ayam tu. Yummy ~

Selamat Mencuba!

Thanks For Viewing! By: BW (Buat Wanita)

4 comments:

TERIMA KASIH KERANA BERKUNJUNG DI 'BUAT WANITA', BLOG PERKONGSIAN CERITA, RESEPI & REVIEW. SUDI-SUDIKANLAH TINGGALKAN KOMEN DISINI KAY. THANKS :)