Wednesday, September 24

Resepi Asas Nasi Special Simple Senang Sedap

Nasi special tapi simple? Bagi anak-anak BW, nasi selain nasi putih semuanya special. Nasi ayam, nasi serai, nasi beriyani, nasi daging semua dioarang suka. Termasuklah nasi lemak, pun diorang rasa special :p Kalau kat kedai memang tak digalakkan makan selalu sebab berminyak dan ditambah banyak garam. So, masak dirumah ni bolehlah kurangkan minyak dan kurangkan garam yer.

Nasi Berempah Special. Bau harum ajer time masak :)

Bahan-Bahan;

- 2 Cawan Beras
- 3 3/4 Cawan Air
- 1 Sudu Minyak Masak
- 1 Ulas Bawang Putih (Dihiris)
- 1 Biji Bawang Kecil (Dihiris)
- 1 Hiris Halia
- 1/2 Batang Kayu Manis
- 1 Kuntum Bunga Lawang
- 3 Biji Cengkih
- 3 Biji Buah Pelaga
- Garam Secukup Rasa
- 2 Helai Daun Pandan

Cara-Cara;

1. Panaskan Minyak Masak.
2. Tumis bawang dan halia yang dihiris bersama rempah 4 sekawan tu.
3. Masukkan beras, air, garam dan bahan tumis dalam rice cooker.
4. Basuh bersih daun pandan, masukkan dalam rice cooker juga.
5. Kacau rata semua, on rice cooker dan tunggu masak

Nasi Ayam agak remeh untuk dimasak tapi sangat disukai anak-anak ;)

Untuk Nasi Ayam: Tambahkan serbuk kunyit dan air diganti dengan air rebusan ayam.
Klik Sini
untuk resepi penuh.


Untuk Nasi Lemak: Gantikan air dengan santan. Kalau nak sihat gantikan dengan susu.
Klik Sini untuk resepi penuh.


Untuk Nasi Serai: Tambahkan serai yang telah diblend dan serai yang diketuk.
Klik Sini untuk resepi penuh

Nasi Beriyani Daging kegemaran husbandku ;)

Untuk Nasi Beriyani : Tambahkan serbuk rempah beriyani kedalam nasi.
Klik Sini untuk resepi penuh.

Untuk Nasi Daging: Tambahankan hirisan daging dan gantikan air dengan air rebusan daging.
Klik Sini untuk resepi penuh.


Untuk Nasi Tomato: Tambahkan sesudu rempah soto mak siti serta sos tomato / puri.
Klik Sini untuk resepi penuh.

Tips Tambahan: Jika mahu lagi special, guna beras basmathi. Boleh juga ditambah kismis dan gajus jika ada. Tambahkan susu sejat atau susu segar untuk rasa lebih kick. Normally, BW tak letak pun. Kurangkan lemak, minyak dan garam lagi better :)

Selamat Mencuba!

Thanks For Viewing! By: BW (Buat Wanita)

4 comments:

  1. Thanks sharing...aroma nasi yg ada bhn2 semulajadi mmg enak..

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu ... aroma rempah dan daun pandan memang semerbak :)

      Delete
  2. mudah lah saya nak buat dgn resipi asas ni ...

    ReplyDelete

TERIMA KASIH KERANA BERKUNJUNG DI 'BUAT WANITA', BLOG PERKONGSIAN CERITA, RESEPI & REVIEW. SUDI-SUDIKANLAH TINGGALKAN KOMEN DISINI KAY. THANKS :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...