Pages

Thursday, September 25

Resepi Nasi Beriyani Daging Hitam Berempah Madu

Resepi nasi beriyani ni dari Resepi Asas Nasi Special, cuma tambahkan serbuk rempah beriyani jer. Husband BW suka sangat, seminggu sekali dia suruh masak. So, kurangkan minyak, garam dan serbuk rempah beriyani la kalau dah kerap makan kan :)

BW suka guna Rempah Beriyani Maggi. Banyak dah rempah beriyani BW guna, jenis serbuk dan jenis paste semua dah cuba, tapi Maggi ni yang menjadi pilihan suami. Paling sedap katanya :)

 Nasi Beriyani bersama acar timun dan Daging Beriyani. Yummy~

Untuk Nasi boleh dapatkan resepi penuh di Resepi Asas Nasi Special. Tambahkan 1/3 Pack Serbuk Rempah Beriyani Maggi sudah memadai, sebab rempah ni ada perasa tambahan, less is better. Untuk daging beriyani pula. Sama stepnya dengan masak nasi, cuma gantikan beras dengan daging, lebihkan serbuk beriyani dan jangan tambah air, kemudian masak sampai daging lembut dan sedikit kering.

Nasi Beriyani dengan Daging Hitam Berempah Madu. Acar timun tu mesti ;)~

Bahan-Bahan;

- 1/2 Kg Daging
- 1 Sudu Minyak Masak
- 1 Biji Bawang Besar (Dikisar)
- 3 Ulas Bawang Putih (Dikisar)
- 3 Biji Bawang Kecil (Dikisar)
- 2 Hiris Halia
- 1/2 Batang Kayu Manis
- 1 Kuntum Bunga Lawang
- 5 Biji Cengkih
- 5 Biji Buah Pelaga
- Garam Secukup Rasa
- Kicap Manis Secukupnya
- 5 Sudu Madu

Cara-Cara;

1. Panaskan Minyak Masak. Masukkan Rempah 4 Sekawan.
2. Tumis bawang putih, bawang kecil, bawang besar dan halia bersama rempah 4 sekawan tu.
3. Masukkan daging yang telah dihiris dan dibasuh bersih kemudian tutup kuali.
3. Perlahankan api dan tunggu sehingga daging lembut dan air daging berkurangan.
4. Masukkan kicap, madu dan garam. Kacau rata semua bahan.
5. Masak seketika kemudian tutup api dan boleh dihidangkan.

Selamat Mencuba!

Thanks For Viewing! By: BW (Buat Wanita)

2 comments:

TERIMA KASIH KERANA BERKUNJUNG DI 'BUAT WANITA', BLOG PERKONGSIAN CERITA, RESEPI & REVIEW. SUDI-SUDIKANLAH TINGGALKAN KOMEN DISINI KAY. THANKS :)