Pages

Thursday, November 6

Tempat Menarik di Selangor : Rombongan Ke Farm In The City & Kilang Coklat Beryl's

Salam Semua ...

Last entri dah cerita pasal my dotter tanak bawa beg dan tertinggal duit time pergi rombongan (Klik Sini). Kali ni nak tempek sikit gambar yang di whatsapp oleh cikgunya, cikgu anis nama guru kelasnya. Tq kepada semua guru-guru yang menjaga sepanjang rombongan.

Bergambar bersama guru-gurunya. Yang 4 orang besar tu anak cikgu kata my dotter.

Story bedasarkan cerita my dotter la ;) Mula-mula mereka ke Farm In The City, Seri Kembangan. My dotter cerita, diorang bagi makan haiwan, main dengan arnab, pegang kura-kura dan pegang anak itik. Ada macam-macam haiwan, ada yang dia tahu sebut, ade juga yang dia tak tahu, dia just explain, tapi BW tak paham pun, haha :)

Ada persembahan burung ceritanya. Nama burung tu Ben, penjaga tu burung tu tanya "Ben, kalau orang datang cakap apa?" burung tu cakap "Hello", kalau cakap english pun burung tu paham.Time diorang nak pergi, burung tu pandai angkat tangan (kepak) bye-bye.

Kat Farm In The City ni, selain haiwan ada juga kebun-kebun. My dotter cerita la ada 'orang sawah' macam kat kampung ayah. Selain sawah, ada kebun-kebun sayur dan buah-buahan juga.

 Sesi bagi makan arnab. Suka sangat la dengan arnab. Setiap kali ada kandang arnab di mana-mana expo mesti ajak ayah dia masuk.

 Sesi menangkap ikan kecil. Warna merah katanya. Sorang pun tak dapat.

 Bergambar di kolam. My dotter tak tahu diam agaknya. Habis anak tudung tutup mata. Time pergi kemas aje tudung dia. Baru beberapa jam dah comot. Hai la anakku :)

 Excitednya la. Yang pegang kijang (kot) tu la my dotter. Pegang haiwan katanya.

 Sesi bagi makan ikan di tasik. Seronok sungguh la.

 Time rehat. Mereka berhenti makan di KFC, Jusco Seri Kembangan.

 Di Kilang Coklat Beryl's. Cikgu bagi coklat satu bar sorang. Seronok juga dia, walaupun tertinggal duit tak dapat beli coklat ;)

 Ada filem kata my dotter. Cerita pasal buat coklat. Gambar dalam kilang coklat tak ada pula cikgunya whatsapp.

Thanks For Viewing! By: BW (Buat Wanita)

14 comments:

  1. farm in the city tu kat tpt saya tapi saya pun tak sampai lagi ...

    ReplyDelete
    Replies
    1. kami sekeluarga pun tak pergi lagi. tengok dalam tv aje :p tu yg excited si kakak bercerita tu

      Delete
    2. Assalam...
      Kilang makanan ..biasanya akan dapat bawa balik makanan

      Delete
    3. wassalam. betul .. coklat pula tu.. suka sangat la bebudak kan :)

      Delete
  2. mesti sronok kalau dapat datang satu family kat sini.

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu la, seronok ni kalau anak semua dah besar... tapi kalau ade baby, tak berapa seronok kot ;p

      Delete
  3. Replies
    1. tengok pun dah best kan... my dotter yg pergi ni dok ngulang cerita jer sebab seronok sangat kot, nak nak pergi dengan kawan :)

      Delete
  4. dah pergi dah FIC, mmg best la kalo bawa anak2..

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu la... tengok gambar pun macam best, teringin juga nak pergi bila baby besar :)

      Delete
  5. Seronoknya dapat jalan2, dapat tambah pengalaman.

    ReplyDelete
    Replies
    1. seronok double triple dah kot... sebab ramai kawan dia :)

      Delete
  6. bestnye.. nanti kalau ada masa nak juga sampai ke sini :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. best la, bebudak kan. kalau BW yg mak budak ni tatau la rasa best ke tidak :p

      Delete

TERIMA KASIH KERANA BERKUNJUNG DI 'BUAT WANITA', BLOG PERKONGSIAN CERITA, RESEPI & REVIEW. SUDI-SUDIKANLAH TINGGALKAN KOMEN DISINI KAY. THANKS :)