Pages

Monday, November 10

Belum GST Harga Barang Dah Naik. Rakyat Didahulukan?

Salam ...

Nak membebel sikit la pasal harga barang. Korang perasan tak banyak barang dah naik harga? Memang terkesan betul la GST ni. Ni belum GST lagi. Nanti dah GST, harga barang naik lagi pastu kena lagi bayar GST pula. Berganda-ganda kenaikan harga yer.

"Terima Kasih PM! Sebab mendahulukan rakyat" Saaangattt

Sekadar Hiasan

Kat kedai runcit la ni, telur sebiji 50 sen tau. Barang keperluan asas pun banyak dah naik harga. Susu, pampers semua naik harga. Semua barang naik la kot. Tahun depan GST, lagi la terasa yer. Tapi pendapatan, macam tu juga la.

Pengangkutan awam tak kena GST? Walaupun tak kena GST, tapi harga tiket bas, harga teksi bagai, mesti la naik kan. Harga minyak dah naik. Kos hidup dah meningkat. Pakcik-pakcik teksi tu takanlah pendapatan macam tu je. Driver bas pun mesti nak request naik gaji. Mesti la la harga tiket pun naik.

Barang-barang yang tak kena GST dan tak ada kaitan dengan kenaikan harga minyak pun akan naik juga la harganya, sebab kos hidup dah meningkat. Mestilah peniaga pun nak tingkatkan pendapatan diorang demi menampung kos hidup yang tinggi.

Semua naik la. Gaji je tak naik. (Cam panjang lak bebel, tadi kata sikit ;)

Thanks For Viewing! By: BW (Buat Wanita)

10 comments:

  1. harga brgn naik rasanya sbb nak beri bonus dan BR1M pada januari nanti ... ermmm

    ReplyDelete
    Replies
    1. budget rakyat ni makan dedak je kan... bagi rm450-650 leh cover kenaikan kos hidup setahun.. hoho

      Delete
  2. Masa zaman mak saya rm300 dpt 2 troli brg basah n kering... zaman kita la ni rm300 suku troli je... sedih!

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu la pasal ... mak kita duduk kampung. sayur tanam belakang rumah. rumah pun buat sendiri sikit-sikit tak buat loan. zaman kita rumah harga menjerut leher, kos hidup pun tinggi. aduhai

      Delete
  3. Memang dah terasa pun, barang memang dah naik harga.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu la... pasni kena la catu apa yang patutkan

      Delete
  4. sekarang dah tak nk bergantung dgn mak ayah.. bila cari duit sendiri cepat jer duit habis sedangkan tak beli apa pun tapi dh habis duitnye.. sedih :(

    ReplyDelete
    Replies
    1. erm.. bagus la macam tu. kalau boleh budget la perbelanjaan tu. Makes sure loan yg dapat tu cukup untuk belanja kita. cuti semester kerja part time kay :)

      Delete
  5. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete

TERIMA KASIH KERANA BERKUNJUNG DI 'BUAT WANITA', BLOG PERKONGSIAN CERITA, RESEPI & REVIEW. SUDI-SUDIKANLAH TINGGALKAN KOMEN DISINI KAY. THANKS :)