Pages

Saturday, December 6

Cara Buat Lempeng. Mudah Cepat & Ringkas

Selamat Pagi ...

Apa menu sarapan harini? Kalau malas jom kita buat lempeng aje. Kalau dinner semalam masak kari ayam / kari daging. Simpan kuahna yer. Makan dengan sambal  bilis pun syok.

Lemping mini dengan kuah kari. Jom sarap :)

Pernah dengar perkataan sarap tak? Orang kampung je sebut sarap ni. Dah makan lempeng, sebut la sarap kan sebab menu kempung. Ada ke sesape tak pernah makan lempeng? Orang kaya maybe la kot tak pernah makan :p

Cara buat lempeng senang aje. Bahan pun ringkas tepung dengan air je. Untuk lempeng ada pencicah ditambah garam. Untuk lempeng makan begitu saja ditambah gula dan bahan yang disukai. Adunan agak cair dari adunan kek. Tuang adunan dalam loyang, bila nampak macam nak masak, terbalik kan. Cepat aje nak sediakan.

Ni lempeng manis, ditambah susu dan gula. Anak-anak suka :)

Ni lempeng ditambah serbuk kunyit dan garam. Sesuai dimakan bila ada pencicahnya.

Klik Sini untuk resepi gulai kari tulang dan Klik Sini untuk resepi kari ayam kentang.

Untuk makan begitu saja boleh ditambah serbuk koko, kismis, nestum bagai. BW suka buat yang manis dan saiz mini. Letak aje atas meja. Anak-anak BW ambil satu-satu time tengok kartun, last-last licin je bekas :)

Kalau nak resepi lempeng mat salleh, Klik Sini untuk Resepi Mudah Pancake

Thanks For Viewing! By: BW (Buat Wanita)

11 comments:

  1. Asalam ..kenalkan blog Etuza ya http://madey09.blogspot.com/ wah nak apply ni ya...cara buat lempeng mudah..

    ReplyDelete
  2. nmpk sedap.. bleh apply jd makanan ruji student nih.. =) singgah2 ya http://hikayatleyha.blogspot.com/

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe.. ni untuk diet leh la. selalu student nak makan sedap-sedap aje :)

      Delete
  3. sedappp.. lama xmakan. teringin pula :)
    xpernah dgr sarap

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak pernah dengar sarap eh? sama ada org bandar atau org utara kot :p org utara sebut 'menyerok' kan ;)

      Delete
  4. Assalam.. sedap lempeng ni kalau makan panas2. Klau org mua ni suka mkn lempeng dgn kuah asam pedas..

    Bukan setakat bt sarap, bt medang pn boleh...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wassalam ... wah makan dengan asam pedas eh. BW org johor, tapi tak pernah lagi makan dengan asam pedas. nanti boleh cuba ni :)

      Delete

TERIMA KASIH KERANA BERKUNJUNG DI 'BUAT WANITA', BLOG PERKONGSIAN CERITA, RESEPI & REVIEW. SUDI-SUDIKANLAH TINGGALKAN KOMEN DISINI KAY. THANKS :)