Pages

Sunday, December 28

Tabung Banjir 2014. Jom Derma Sorang Sikit

Salam ...

Hari ni nak share beberapa akaun Tabung Banjir 2014. Kita yang duduk jauh ni, memang tak dapat nak beri bantuan dari segi tenaga. So, kita sumbang la duit sikit, seadanya.

Kalau nak derma baju, makanan, beras, sabun bagai, rasa macam tak ada masa nak pergi hantar. Korang boleh la contact mana-mana sukarelawan yang aktif, minta tolong datang ambil. Serious sukarelawan ni datang kay, diorang memang rajin bab charity ni. Tapi pastikan ada banyak la nak didermakan, biar berbaloi duit minyak diorang :) ajak adik beradik jiran tetangga sumbang sekali yer.

Nama: Prihatin Rakyat
Bank: Maybank
No Akaun: 556057203711


Nama: Muslim Care Malaysia
Bank: Maybank
No Akaun: 564490413882

Nama: Mercy Malaysia
Bank: Maybank
No Akaun: 562179504126

Ada banyak tabung banjir ni, tapi BW listkan tiga aje yang ada akaun maybank. Sebab prefer guna maybank2u.com.my. Jom sama-sama kita sumbang. Tak perlu banyak pun, RM10 satu akaun pun dah cukup. Tiga akaun, baru RM30 kan. So, cut la duit makan KFC ke, duit jalan-jalan ke. Tak pun, pilih satu akaun je, baru RM10. Tak pun, sumbang RM5. Kalau ramai yang derma, banyak jadinya.

Lastly, nak cakap sikit la, kepada yang nak derma pakaian tu, makesure pakaian masih elok. Jangan sebab nak clear rumah, bagi yang koyak, yang lusuh melampau. Kalau dah buruk sangat toksah la bagi, menyusahkan sukarelawan aje nak asingkan.

Thanks For Viewing! By: BW (Buat Wanita)

19 comments:

  1. semoga sedikit sebanyak dapat meringankan beban depa.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan... kalau sorang sikit, bila ramai jadi banyak ;)

      Delete
  2. Salam singgah sini sis...membantu walaupun sedikit yang penting ikhlas....terima kasih atas perkongsian ini sis...

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu... sekarang ni keluar dah iklan kat tv derma sms, rm1 pun boleh :)

      Delete
  3. mohon share yer entry ni, sedih la dengan semua mangsa banjir. doakan yang terbaik buat mereka

    ReplyDelete
    Replies
    1. sila sila share :) sedih kan bila tengok tinggal bumbung je, baby bersalin kat surat khabar :(

      Delete
  4. inshaAllah kita semua pon boleh main peranan masing-masing dalam membantu..pasal pakaian tu, kelakar juga bila tengok pakcik2 semua pakai baju kurung hehe.agaknya baju kurung je yang bertimbun kat rumah untuk didermakan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. kita semua hopefully dapat membantu walau tak banyak sikit pun jadi. erm... tak pernah tengok pulak. haha. nampak sangat kan org perempuan kaki shopping :)

      Delete
  5. Marilah kita sama-sama membantu saudara kita yang sangat memerlukan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu...hari ni hari mereka, esok lusa siapa yg tahu kan

      Delete
  6. Pasti ada hikmah disebalik musibah ini.
    Semoga kita semua mengambil iktibar tak banyak pun sedikit.

    ReplyDelete
    Replies
    1. yer betul, salah satunya konsert di putrajaya dibatalkan :)

      Delete
  7. sama2 la kita membantu.. dh ready dgn bekalan makanan di ofis tngu nk pos je :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. wahh siap pos. bw mintak tolong membe ambil pastu hantarkan ke pusat kutipan :)

      Delete
  8. semoga usaha di berkati insyallah..

    ReplyDelete

TERIMA KASIH KERANA BERKUNJUNG DI 'BUAT WANITA', BLOG PERKONGSIAN CERITA, RESEPI & REVIEW. SUDI-SUDIKANLAH TINGGALKAN KOMEN DISINI KAY. THANKS :)